Advertisement

Responsive Advertisement

Pengalaman Pertama Mendaki Qa'id Aqhar

Pengalaman Pertama Mendaki Qa'id Aqhar
Minggu lepas kan, IQ dapat mesej daripada sorang Junior kelab rekreasi IQ dulu. Dia ajak hiking dekat Setia Alam. First ekspresi IQ masa tu macam, Setia Alam? Jauhnya. Dan Junior IQ explain lagi, trek sesuai untuk bawak budak kecik. 200m jer. Trek senang. So, dalam fikiran IQ, SENANG? macam trek balak ke (trek tanah merah)? So, tetiba je IQ setuju. Padahal fikir jugak nak gerak awal pagi ke Setia Alam dari Keramat. Jauh tu!

Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa geng-geng kelab rekreasi ni, so...why not ambik peluang jumpa dorang kan? So, IQ buat persiapan naik bukit untuk Qa'id memandangkan ni kali pertama Qa'id join aktiviti luar macam ni. Segala air, susu, baju extra prepare awal-awal. Bawak biskut sarap pagi-pagi dalam kereta. 

GERAK AWAL KE SETIA ALAM
Pagi hari kejadian, gerak awal dalam pukul 7 pagi dah keluar ke Setia Alam. Disebabkan Qa'id bangun awal, dia tertidur kejap dalam perjalanan kitaorang ke Setia Alam. Dapat mesej dari junior, ajak sarapan dekat Meru. Terus ON sebab memang nak kumpul tenaga dulu sebelum mendaki. WAJIB WOO. Nak naik bukit ni.

Plan asal dalam 5 orang dewasa + 1 kanak-kanak. Tetiba terserempak dengan sorang lagi geng dengan anaknya. So, jadi 6 orang dewasa + 2 kanak-kanak. Sangat excited sebab Qa'id ada kawan nak naik bukit sama-sama! Lagi seronok dia ada kawan even kadang-kadang dia tunjuk kegedikan dia. haha!
Pengalaman Pertama Mendaki Qa'id Aqhar
The Team
Perjalanan bermula di Starting Point Setia Alam Community Trail. Ambik gambar dulu. Sebagai bukti, dan juga provok kawan-kawan dalam group kelab rekreasi yang lain untuk dorang bawak anak dorang join hiking jugak. haha! Selain dapat sihatkan badan, boleh la jumpa kawan lama, kan kan? Tapi IQ ingatkan trek jalan balak, rupanya trek macam naik gunung betul haaa....

REAKSI QA'ID SEPANJANG MENDAKI?
Expectation IQ tentang kemampuan Qa'id naik bukit? IQ sebenarnya takut Qa'id cepat letih bila dah sampai satu tahap. Tapi sangkaan IQ meleset sama sekali! Dia sangat aktif dan bergerak sangat laju dalam barisan. Sampai nak potong orang yang ada depan dia. Tapi bila sedar ibu dia tak ada di belakang dia, baru dia stop jalan. haha!

IQ sangat suka tengok gelagat Qa'id sepanjang mendaki bukit ni. Tak sangka pun ada, sebab IQ langsung tak fikir Qa'id mampu untuk panjat bukit dan sangat enjoy aktiviti dia hari tu. Mungkin juga disebabkan ada kawannya, Omar, dia jadi sangat seronok nak explore mendaki bukit tu bersama-sama kawan dia.
Pengalaman Pertama Mendaki Qa'id Aqhar
Minum air duluuuu
Qa'id tak letih? Letih! Sape je tak letih naik bukit kan? Ianya bukan 200m perjalanan yer sebenarnya. 200m tu untuk ketinggian. haha! Tertipu betul IQ kali ni. Padahal bukan tak tahu kalau naik gunung orang akan bercerita tentang ketinggian, bukan jarak. adehhh. Punya la lama tinggalkan dunia rekreasi ni.

BILA HAMPIR TIBA KE PUNCAK...
Qa'id berenti kerap bila dah sampai kawasan yang agak panas. Ada satu kawasan tu botak, maknanya tak ada pokok. Sangat panas apatah lagi kitaorang gerak naik pun pukul 9.00++pagi. Cuaca terik tapi nak hujan. Qa'id pun kerap mintak air bila hampir sampai ke puncak. Last sekali, dukung! Sebab dia dah tak larat. Sikit lagi nak cecah puncak, dia turun dari dukungan si John dan berlari. Yeay! Sampai! *Drama sangat.
Pengalaman Pertama Mendaki Qa'id Aqhar
Yeay!!! Qa'id dah sampai puncak!
Akhirnya kitaorang sampai puncak selepas 1 jam 10 minit perjalanan naik. Tempoh masa agak Ok la sebab bawak 2 orang budak kecik kan? Bukan senang, nasib la dua orang budak ni sangat la baik moodnya sepanjang perjalanan naik tu. Bila dah sampai pun mood still ok. Si Omar siap layan view dari puncak lagi. Alhamdulillah. Senang nak jaga budak berdua ni.
Pengalaman Pertama Mendaki Qa'id Aqhar
Puncak Setia Alam
Info Menarik tentang Setia Alam Community Trail ni ada banyak route nak naik puncak Setia Alam ni, tapi setiap route tu berbeza yer. Ada yang dekat tapi trek agak curam. Ada yang jauh tapi treknya agak landai. So, pandai-pandai la korang yer.
Pengalaman Pertama Mendaki Qa'id Aqhar
Suka yer dah sampai puncak, dapat susu kemenangan gitu.
Masa kitaorang nak sampai puncak tu, ramai hiker lain turun, sebab nak hujan. Tapi disebabkan junior IQ cakap ada pondok dekat puncak, IQ jadi lega sikit. Ada tempat berteduh kalau hujan. Si John siap buat teh panas lagi. Dasar budak gunung, ada jer mess tin dan jugak tong gas dalam beg tu.
Pengalaman Pertama Mendaki Qa'id Aqhar
Ibu proud of you  SON.
Lepas rehat dalam 30-45 minit, kitaorang pun nak gerak turun. Kena la ambik gambar kenang-kenangan dulu. Wajib! 
Pengalaman Pertama Mendaki Qa'id Aqhar
The women or girls? mana-mana pun boleh.
Pengalaman Pertama Mendaki Qa'id Aqhar
Omar dah melecet kaki. So, kena dukung. Mujur tak meragam.
PERJALANAN TURUN LEBIH CEPAT
Perjalanan turun biasanya lagi cepat berbanding perjalanan naik. Just ambik masa dalam 40 minit. Bila gerak turun ni, Qa'id mintak dukung banyak kali, mungkin sebab badan dia dah penat. So, kadang-kadang IQ dukung, kadang-kadang si Rahmat tolong dukungkan. Alhamdulillah, sampai bawah pun budak berdua ni mood ok sangat-sangat. Alhamdulillah. dorang suka aktiviti ni.

Sampai jer bawah, gerak ke Petron, bersihkan budak-budak ni dan makan tengahari. Gerak balik jer si Qa'id dah pengsan!! Tak sampai 5 minit IQ gerak, enjin tak panas pun lagi tup tup dia dah lena. Letih betul anak ibu. Tapi ibu bangga, Qa'id boleh panjat bukit.

TIPS BAWAK ANAK BEREKREASI UNTUK KALI PERTAMA
  1. Pastikan bawak air secukupnya. Air mineral, air manis pun boleh tapi jangan banyak sangat. IQ bawak susu Qa'id jugak in case dia nak.
  2. Bawak jugak jajan atau coklat. Untuk tenaga. Selalunya budak-budak tak fokus sangat nak makan sepanjang perjalanan sebab dorang lebih suka minum. Coklat boleh bagi bila dah sampai puncak. Jadi makanan kemenangan gituu.
  3. Bawak tuala kecil. In case nak lap peluh anak. Baju dan seluar confirm basah sebab peluh.
  4. Pakai pampers yang jenis pants. Ini tips dari Satai, kawan IQ sebab si Omar pakai pampers Pants, dan Qa'id pakai pampers biasa. Hasilnya, pampers tercabut, nasib seluar dia pegang pampers dia betul2. hehe.
  5. Selalu berada di samping anak sepanjang perjalanan sebab ada banyak kawasan yang ada curam/lubang. Pegang tangan anak bila perlu seperti melalui curam.
  6. Jangan lupa bawak First Aid. Kalau luka, senang nak cari.
  7. Sila bawak bagpack. Kat mana korang nak letak barang-barang di atas kalau tak ada bagpack kaannn?
IQ sangat seronok dapat bawak Qa'id naik bukit kali ni sebab ia menjadi impian IQ untuk libatkan Qa'id dalam dunia rekreasi ni. InsyaAllah, rancang nak panjat dinding (wall climbing) plak lepas ni. Seronok oii lama tak buat aktiviti ni semua!
Video Qa'id First Hill Trekking . Jangan Lupa klik Subscribe channel OK!

ok. Till then, bai!


Post a Comment

8 Comments

  1. wahh Qa'id ikot prngai ibu dia ni suka sukan2 lasak gini. lepas ni boleh la daki gunung lain plak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sebab dia aktif, kena bagi try sukan lasak plak lepas ni. hehe...InsyaAllah, gunung bila dah besar skit, dah pandai urus diri, bawak naik gunung plak, heee

      Delete
  2. hebatnya qa'id dapat mendaki.. good job qa'id and IQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat peluang emas ni bukan senang, thanks to junior IQ yg ajak, hehe

      Delete
  3. syoknyaa...best bawak budk2 hiking macm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, explore benda baru, kadang2 budak suka benda mencabar macam ni

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)