Tuesday, October 31, 2017

Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang

Salam korang!

Perghh, lama tak update blog kan? Sebab kemalasan melanda! haha! Ada dua tiga draft pun masih tak berganjak. Ampun maaf dipinta walaupun bukan di pagi raya. hehe. Doa2 la mood blogging IQ ni pulih. Mungkin disebabkan penat travel pergi kerja jauh2 ni, kemalasan jadi raja plak. huhu

PLANNED TRIP BY IN LAW
OK, last weekend, adik beradik ipar IQ plan nak bawak mak dan ayah dorang a.k.a mak dan ayah mertua IQ ke Bukit Tinggi, Pahang. Dorang juga plan untuk sambut birthday mak, ayah dan angah sekali memandangkan 28 Oktober tu pun birthday ayah. Sambut sekali birthday untuk semua yang lahir dalam bulan Oktober.

Tiba hari kejadian, mak, ayah dan adik2 yang lain gerak dari Melaka awal pagi. Jadi lebih mudah untuk kitaorang nak bawak kek surprise dalam kereta kitaorang. Kitaorang naik dua buah kereta. Singgah UIA ambik lagi sorang adik ipar. haha! Jangan terkejut yer, adik beradik Arwah suami ni ada 7 orang semuanya. Memang riuh!

Video Trip Ke Bukit Tinggi

Gerak dalam pukul 11 pagi macam tu. Biasa la, sarapan, tunggu yang tu bersiap, tunggu si Angah datang dari rumah sewa dia. So, delay tu perkara biasa dah. Tu sebab kena buat waiting hour jugak dekat dorang ni. heheh!

Sampai je persimpangan Bukit Tinggi dari Lebuhraya KL-Karak, semua dah teruja! Tapi bila dah masuk simpang dan nak menuju ke Taman Jepun tu alahai....semua duk tanya, "bila nak sampai ni, jauh lagi ke?" haha! Corner sana corner sini. Si angah plak main lap lap. Ada dua jalan sebenarnya. Kitaorang ikut jalan lama. Yang banyak corner. Kalau satu lagi jalan tak banyak sangat cuma bukitnya agak tinggi. 

BAYARAN MASUK KE BUKIT TINGGI, PAHANG
Sampai di entrance kawasan Bukit Tinggi tu ada guard. Kena bayar tiket masuk. Kira ikut bilangan yang masuk. Dewasa RM15 dan kanak-kanak RM8. So, kitaorang total RM150. Qa'id dikira baby. kuikuikui. Kitaorang terus menuju ke Taman Jepun. Ramai juga orang, sesak dengan kereta dan jugak tram yang bawa pelancong. Tapi mujur ada parking yang dekat dengan entrance Taman Jepun tu.

Ni kali kedua IQ datang ke Bukit Tinggi. So, dah tahu rasa penat naik bukit dekat Taman Jepun tu. So, bagi family mertua IQ plak rasa macam mana. Memang berlecak lahai ketiak! haha! Tapi yang bestnya, dekat Taman Jepun tu sejuuuukkkk...sebab Bukit Tinggi ni pun agak tinggi sebenarnya. No wonder la sejuk semacam jer. 
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Plan nak pakai kimono tapi kirim salam jer la. Ada sorang staff yang pakai Kimono dalam Teahouse tu tak berapa nak mesra. Adik ipar cakap dorang cakap "kalau nak bergambar, kena bayar RM20" dengan nada kasar. Ok, terus mati niat masing2. haha! Tak berapa mesra, so...kita tak yah layan. hehehe.
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Unplanned dress up. Tudung semua lebih kurang je warna.
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Kesayangan semua.
Banyak la port nak ambik gambar cantik. Kalau pakai kamera cantik dan ada skill ambik gambar power, memang cantik hasilnya kalau ambil gambar dekat Taman Jepun ni. 
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Mak dan ayah mertua. =)
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Budak yang paling susah ibu nak pegang kalau atok dan yang lain-lain ada. haha!
AISKRIM RM3!
Kitaorang pergi juga dekat Botanical Garden. Sebelah jer dengan Taman Jepun ni. Banyak la bunga dan pokok2 yang ada dekat situ. Ada juga restoren jepun, tapi harganya tahu-tahu jer la yer. Alangkan ais krim Solero pun RM3, ni kan pula menu Jepun. haaa..paham la kan?
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Bobob atok sangat! Comot makan ais krim
CARI KAWASAN NAK BERPIKNIK TAPI....
Lepas tu, kitaorang plan nak makan memandangkan mak dah bawak bekal nasi dan lauk pauk dari Melaka ok! Nak cari port nak berpiknik la kononnya. Last2 nampak signboard kecik je tulis, NO PICNIC. haha! 

Lawak plak masa ni. Duk cari juga kawasan yang ada pokok dan tanah lapang sikit, nan hado la plak. Sampai ke Golf Resort sana haa carinya. Oh ya, masa ni kitaorang dah terkeluar dari kawasan guard tu, tapi kitaorang dah tanya boleh masuk balik ker pakai tiket yang sama. Dan Guard tu pun cakap, BOLEH! boleh masuk balik. yes!!

Duk mencari-cari, last2 jumpa masjid. Then, decide makan dekat masjid je la sebab ada meja dan kerusi kat situ. Boleh solat Zohor sekali. Alang-alang sampai Asar. Dan masa ni kitaorang buka kek surpriseeee! Nyanyi lagu ALLAH SELAMATKAN KAMU je la memandangkan di kawasan masjid. hehe. Drag masa makan-makan sampai Asar, lepas tu ke mana pula kita?
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Along tu Arwah Suami, sambut sekali walaupun orangnya dah tak ada. Doa yang terbaik untuknya

SAMBUNG JALAN-JALAN KE....
COLMAR TROPICALE! - Yeay! Tempat ala-ala perkampungan Inggeris lama gitu. Katanya Colmar Tropicale ni sebenarnya French Village. Cantik seni binanya, Unik dan old skool sangat. Memang tak perlu pergi luar negara kalau nak tengok bangunan antik Inggeris ni. Datang Bukit Tinggi je. hehe.
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Kat Colmar Tropicale ni ada beberapa ekor Swan. Ada warna putih dan hitam. Hitam tu ala-ala kena sumpah dengan puteri raja kot. haha! Tak der, main-main jer. Kesian Swan kena bahan. haha!
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Kakak ipar dorang ni memang over sket, tapi sebenarnya dorang lagi over. haha!
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Well, I'm good in being captured of course. haha! Poyo nau!
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Full house!
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Tugu kitaorang. 
Settle Colmar Tropicale, patah balik ke Masjid. Solat Maghrib dan gerak balik KL. Masa gerak balik KL, hujan lebat yang amat! Memang keadaan agak bahaya sebab jalan banyak corner. Memang slow betul masing-masing bawak kereta. huhu. Sampai KL dah reda hujannya. Alhamdulillah.

TIPS MELANCONG KE BUKIT TINGGI, PAHANG
  • Bawak air masa naik ke Taman Jepun sebab kena mendaki bukit untuk sampai ke sana dari kawasan parking. At least bawak la sebotol air mineral 1.5liter untuk dikongsi bersama. Kalau tak nak bawak, boleh beli di atas tapi harga bukan sama dengan harga yang biasa kita beli.
  • Kalau bawa makanan nak berpiknik, IQ suggest tak perlu sebab tak ada tempat sangat nak berpiknik. Tapi kitaorang ada la detect satu kawasan yang ada tempat duduk dekat Colmar Tropicale tapi tak tahu boleh makan ke kawasan tu. Nak selamat, makan kenyang-kenyang atau bawak light meal macam roti dan botol air macam tu. Kalau duit berkepuk, boleh jer makan dekat area Colmar Tropicale tu. Tapi harga, paham-paham sendiri.
  • Nak honeymoon dekat Bukit Tinggi ni ok, cuma kawasannya terhad. Ada aktiviti berkuda dan juga sky trek tapi tempatnya jauh antara satu sama lain. Kena naik kereta. Tapi tak ada la jauh mana. Macam jauh Taman Jepun dan Colmar Tropicale ni jugak. hehe
  • Hotel? Ada dua tiga hotel yang kita boleh menginap kalau nak bermalam di Bukit Tinggi ni. Harga rate macam pergi Honeymoon la yer. Bukan hotel 3 bintang yang pastinya. Dan juga tak ada homestay. =) 
Till then, bai!

14 comments:

  1. Ohh sehari pun cukup ye jalan-jalan kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukup jer, masa sampai pun dah tengahari, kalau pergi awal pagi lagi banyak tempat nak pergi

      Delete
  2. Meriahnya ramai2 kan... seronok sesekali jalan2 bersama keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kalau dah ada ramai2 ni memang meriah..riuh!

      Delete
  3. Last pergi masa tahun 2013 kalau tak silap. lamaanyaa lah. Teringin nak pergi lagi tapi tak tahu la bila.

    best kan pergi sini sebab view cantik , jadi boleh snap gambar banyak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2013 tu tak ada la lama mana, tapi 4 tahun lepas la..haha! aah, boleh snap gambar cantik2...best!

      Delete
  4. adik ipar pun muda2 belaka geng la gan kakak yg ipar vouge.. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik2 ipar pun macam sebaya, kakak ipar jadi muda balik..hehehe

      Delete
  5. Ramai tak masa iz ke sana? Masa ana pergi sana last year sesak juga. So kena pergi awal pagi nak elak org ramai.

    Meriah tgk gambar2 iz dekat atas ni. Semoga sentiasa berbahagia. Dan semoga arwah suami iz ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai orang, penuh! tapi ok lagi nak jalan2....cuma tak syok nak ambik gambar..hehe

      Alhamdulillah...Amiin, mudah2an..terima kasih kak. =)

      Delete
  6. Pernah pergi sekali tu pun sebab ada urusan , xsempat jenjalan ke taman Jepum tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada peluang, jejalan snap pic mmg best, kena try tau nanti!

      Delete
  7. seronok tengok gambar2 IQ n family ...
    meriah dan cantik tempat tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, terima kasih. hehe...meriah dan ramai orang juga

      Delete

Komen Sepatah Dua Kata