Tuesday, October 24, 2017

Pejabat Baru di Hicom Glenmarie, Shah Alam

Salam Korang!

Nampak tak macam bersemangat je IQ sekarang? Tak tahu sebab environment office baru ni bagi suntikan rajin nak update blog kan kan? kuikui.

Semalam IQ off kerja. Pagi tu dah bangun awal, pukul 5 pagi dah bangun sebab nak pergi kerja. Tapi tetiba tengok Qa'id muntah. Lepas tu cirit sampai tembus pampers. Lepas tu muntah dan muntah lagi. Last decide EL sebab risau keadaan dia makin teruk. Tapi lepas dah membuang, Qa'id terus tidur. Bila bangun tu, PLING! eh...elok dah dia.? haha! Memang sekelip mata elok! Tak memasal kitaorang lepak2 atas katil je sepanjang hari. haha!

So, hari ni jadi hari pertama IQ di office baru (walaupun kawan-kawan yang lain dah start semalam dah). Bangun awal pagi. Alhamdulillah. Boleh bangun pukul 5 setengah pagi, dan siapkan makanan Qa'id. Dan tiba-tiba....nampak satu benda!

Qa'id!! Terpancul depan pintu bilik. Terkejut ibu dia dibuatnya. Melatah IQ tetiba. haha! Then, terus angkut Qa'id masuk tandas, tukar pampers. Dan IQ pun mula bersiap. Matlamat keluar dari rumah sebelum pukul 7 setengah pagi tercapai! yes!

Perjalanan dari Keramat ke Subang makan masa sejam!! Padahal dari Keramat ke Tol Subang cuma 20 minit jer. Kat mana yang teruk sangat jem?? tu laaa..dalam area Glenmarie. Ada satu traffic light tu makan masa 20 minit nak lepas. huhu. Kalau tak, IQ dah sampai awal 15 minit dari waktu pejabat bermula. Baru nak bangga datang kerja awal. haha! Biasanya selalu lewat. kuikui.

So, sampai office baru jer, memang kena unpack barang sorang-sorang la sebab masuk lewat sehari dari orang lain. Buka kotak dan keluarkan dekstop. Cantik juga office ni. Bergabung dengan HQ kitaorang. Surrounding memang best. Rasa lah sikit macam dalam office sebab sebelum ni staff tak ramai, bila dah bergabung ni, ramai la sikit nampak staffnya. haha!

So, anyway....harap-harap hati ni kental la pergi kerja jauh-jauh hari-hari. Ikutkan hati tak kental mana. Nak cari area KL. Mudah2an ada peluang di kemudian hari. Kalau tak, di sinilah IQ mencari rezeki. 

Till then, bai!

10 comments:

  1. oo bangunan hicom glenmarie yg tepi jalan tu.. jauh jugak dari keramat ke shah alam.. mudah-mudahan dipermudahan urusan iq..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bngunan hicom glenmarie kak...area hicom glenmarie...huhu...jauh mmg jauh...demi mencari rezeki

      Delete
  2. Wahhh..dah pindah ofice baru. Cantik.. Agak jauh tue dari keramat..semoga urusan iq dipermudahkan and take care tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...office bru ni mmg cntik....tapi tu la..jauh sgt...kena fkirkn alternatif lain jugak ni

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan urusan perjalanan IQ dan selamat tempuh jammed. Kawasan standard jammed. Masuk keje fleksible ke apa ni boleh relax je keluar rumah pukul 7.30 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk kerja pukul 8.30, xde la fleksible sangat, kena on time gak. hehe...sbb perjalanan mmg ambik masa 1 jam.. terima kasih lynda

      Delete
  4. keramat - subang = sejam.. tu time tak jem tu.. kalau jem ??? mereput la awak, dik.. hee~ bertabah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! sejam tu include jem kak...mana tak masukkan sekali...kalau highway jem yg sangkut.

      Delete
  5. Reen xtaw sangat jalan area sana. Tp dr apa yg IQ tulis ni mmg jauh rase lagi2 sebab jem.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pandai cari jalan, boleh sampai awal. KL klau tak jem memang tak sah. huhu.

      Delete

Komen Sepatah Dua Kata