Tuesday, October 3, 2017

Tak Boleh Komen Di Blog Kawan? (Problem Solved)

Salam korang,

Dah dua hari ni buntu tak tahu nak buat macam mana. Kemain komen dekat blog kawan-kawan semalam, baru perasan yang komen tu tak disave pun. Apa yang berlaku ni? IQ tak boleh komen blog kawan-kawan??

Semalam sesi blogwalking dekat blog kawan-kawan. Tapi tetiba perasan komen tak keluar sebab komen dekat sorang blog kawan tu tak perlu approval pun. Aik...kenapa tak keluar? Apa masalah ni?

IQ perasan kalau nak tulis tu, bahagian bawah tu ada "Comment As" tu kan? Selalunya akan auto-select sebab kita pakai Chrome akan redirect select profile Google. Tapi dia just show macam ni je...

Cuma show Google Account.

Bila dah siap tulis komen panjang-panjang, then publish. Tapi langsung tak ada tulis "comment waiting approval" ke apa. Pelik tak? aishhh..

Then, IQ try pakai Microsoft Edge. Buka dashboard dan buka blog semua. Dan ni yang IQ dapat tengok.
See. Ada nama IQ siap2.

IQ try komen pakai Microsoft Edge ni, ok...dapat! So, chrome IQ ada masalah. Bukan blogger ke apa. Tapi CHROME. IQ try dah uninstall Chrome ni tapi still masalah yang sama. Chrome dekat Handphone IQ pun jadi benda yang sama sebab IQ link chrome handphone dan laptop sekali. Pakai akaun Google yang sama kan? 

IQ try jugak clear history semua. Still tak berkesan. Huhu. Ada sesape boleh tolong tak? Kasihanilah IQ, IQ nak komen blog korang. Dah tak ada mood nak tulis blog macam ni tau..huhu..

Kalau ada cadangan, boleh drop dekat komen di bawah. Korang boleh komen blog IQ tapi IQ yang tak dapat reply komen korang. huhu. Pleaseee...help me?

UPDATED
PROBLEM SOLVED

Baru beberapa minit post entry, terus settle masalah bila dapat solution. Tadi ada terbaca satu page ni tentang masalah yang sama. Ada dua cara; satu: Remove Ad-Block Extension dekat Chrome dan dua: Allow third party Cookies!

So, dua-dua IQ try. Dan result dia...BERJAYA!!

Thank you Google. Pandai IQ cari solution sendiri. (mood puji diri sendiri) hahaha! K bai.

17 comments:

  1. yeay, dah okay chrome IQ. boleh komen dgn jayanya..hehe

    nanti kalau ada masalh ni boleh rujuk sini. :)

    ReplyDelete
  2. saya punya masalah pulak - tak boleh nak reply komen di blog sendiri. huhuhu. ntah tak tahu sebab apa, kene merujuk pada yang pakar jawabnya.huhu

    ReplyDelete
  3. Ok saya nak puji... hihi... Tahniah IQ... Saya ada juga kena benda ni.. tapi on off phone je lepas tu tgk dah ada balik.. btw nice info... mana tau kena lepas ni...

    ReplyDelete
  4. ooo macam tu ya. ada jgak kes tak boleh komen macam ni hihi. Alhamdulillah settle dah kan.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah masalah selesai, buktinya IQ dah komen di blog sis.. ;-)
    Terima kasih IQ..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah akhirnya problem solved. Frust kan bila dah komen sekali Google tak save.

    ReplyDelete
  7. Yayy selesai dah masalah! Tapi memang tak suka sangat pakai Chrome ni 😄

    ReplyDelete
  8. solve akhirnya , tapi kadang stress namati bila cari tempat komen tak jumpa , memang tak komen lah .. sejam duk cari haha

    ReplyDelete
  9. Ok anis pun ada problem mcm ni dengan chrome and bila try pakai Opera, macam lagi best pulak so terus say goodbye to chrome.. hehe

    ReplyDelete
  10. ehh mmg IQ patut puji diri sendiri.. sbb mencuba dan terus cuba.. yeayyyy alhamdulillah dah ok..

    ReplyDelete
  11. nasib baik..kalau tak memang tak best lah nak blogwalking kan

    ReplyDelete
  12. Yeah, thanks sharing...
    Kdg2 chrome ni mengada ngada kan ....

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata