Thursday, October 19, 2017

Eczema - Sejarah Qa'id Hadapi Eczema

Salam korang.

Saje nak catat dekat blog perihal Qa'id dan Eczema dia setelah ter'inspired' dari baca blog Dorsett Pink tadi. Well, Qa'id ni dulu boleh dikatakan teruk jugak la kena Eczema. Terutama dekat bahagian badan dia. Tu masa dia masih baby,  dan bila dia kena selsema jer, mesti dah start naik merah-merah gatal.

Eczema Di Perut Dan Muka
Masa baby tu teruk kena dekat perut. Qa'id menggaru (even masih baby, tapi dah pandai garu!) sampai berdarah! Kadang rasa nak menangis bila tengok kuku dna perut dia ada darah. Terus masukkan baju dalam seluar, nak elakkan dia selak baju dan garu sesedap hati dia.

Sejak Arwah Ayah dia meninggal, Qa'id kena Eczema dekat muka plak. Start jadi masa dia start makan secara banyak. Masa tu langsung tak dapat detect apa yang dia allergic. Tapi tetap bagi makan ayam, telur, daging, nasi, semua tulah. Semua tu masa tempoh IQ dala iddah dan berada di Melaka.

Alah Dengan Ayam??
Bila IQ start kerja baru, IQ akan sediakan makanan dekat Qa'id tiap-tiap pagi. Masa ni dah perasan Qa'id 'macam' alah dengan ayam dan telur. Bila makan ayam dan telur, dia akan start menggaru sampai berdarah pipi dia. Dan mula la pantang makan ayam dan telur. Try bagi ayam organik pun tak jalan.

Tapi kalau korang nak tahu, penggunaan krim Steroid masa ni masih digunapakai, walaupun ada sesetengah pihak dah bagi nasihat, jangan guna. Tapi bila IQ tengok krim steroid tu boleh hilangkan merah pipi Qa'id tu dengan cepat, IQ teruskan pakai steroid. Kalau diingatkan balik, memang rasa bodoh sangat. Kesian Qa'id yang terima semua tu.

Tak Boleh Makan Seafood Pulak
Masa awal tahun hari tu, masa IQ dalam perjalanan balik ke Terengganu, IQ singgah makan dekat RnR LPT. Disebabkan Qa'id tak boleh makan ayam, IQ try la bagi Qa'id makan seafood; iaitu sotong. Sotong masak singgang macam tu. Seronok Qa'id makan. Tapi bila IQ dah sampai rumah abah IQ di Dungun, IQ perasan naik bintik-bintik merah dekat muka Qa'id. Jelas sangat Qa'id tak boleh makan seafood jugak. Ikan pun kena tengok ikan yang tak gatal macam ikan tenggiri, ikan selar macam je boleh makan. Banyak jugak kena pantang. Pening kepala jadinya nak sediakan menu bekal dia hari-hari.

Masa Qa'id kena Chicken Pox dan Kayap hari tu, IQ ingatkan Eczema. Nasib la IQ ni bawak juga Qa'id ke klinik. Nasib baik IQ tahu awal yang Qa'id kena kayap. Masa kena chicken pox tak ada apa sangat. Tapi paling teruk masa kena kayap. Sebab penggunaan Steroid buatkan kayapnya lebih teruk! Sejak dari tu IQ memang banned Steroid dari badan Qa'id. huhu.
Eczema - Sejarah Qa'id Hadapi Eczema
Beransur Kurang Sejak Ulangtahun Kedua
Dan sejak Qa'id genap dua tahun ni, IQ sebenarnya rasa lega sangat. Sebab apa? Eczema Qa'id bertambah reda. Pipi dia dah makin berkurang merah dan luka lepas IQ sapu krim Cetaphil. Memang ngam krim tu dengan kulit muka Qa'id. Lagi satu, Qa'id sebenarnya boleh makan ayam dan telur.
Cuma memang Qa'id tak boleh makan seafood.

Segala jenis makanan yang ada kandungan perasa seafood sekalipun akan buatkan badan Qa'id gatal-gatal. Kiranya kalau dah triggered gatal-gatal, makan ayam dan telur akan buatkan badan jadi bertambah gatal. So, ayam dan telur bukanlah makanan yang Qa'id tak boleh makan langsung. Buktinya IQ bagi chicken chop, roti canai telur, elok jer dia makan, tak naik merah-merah pun.

Rawat Eczema Luar dan Dalam
Eczema ni memang kena rawat dari luar dan dalam. Sebelum ni IQ rawat dari luar sahaja tapi kurang berkesan bila makanan tak dijaga, tetap Eczema dia naik. So, kawal makan tu penting. Kena try and error cuba makanan mana yang dia boleh makan. Kalau nampak kesasn serta merta, memang makanan tu PALING dia tak boleh makan. Kalau kesannya 2-3 jam selepas makan, makanan tersebut bagi efek pada badan cuma tak banyak.

IQ ambil masa hampir setahun juga nak tahu apa yang Qa'id tak boleh makan sebenarnya. Penat mencuba jugak, tapi demi Qa'id, IQ tak boleh putus asa. Dialah satu-satunya anak IQ. Kena rawat dan jaga dia sebaik mungkin. Anak sendiri, sapa tak sayang oi! huhu.

Setiap anak-anak mempunyai sifat yang berbeza. Kadang cara yang IQ amalkan ni tak sesuai untuk anak yang lain. Contoh banyak. IQ ada kenalan office yang anaknya juga ada Eczema. Adik IQ sendiri ada anak yang ada Eczema TAPI tak teruk. Di kalangan kenalan blogger yang IQ kenal juga ada anaknya yang ada Eczema. Antara teruk atau tidak jer. Sebab alangkan badan mak dan anak pun berbeza sifatnya, apatah lagi orang lain kan?

Kalau korang ada pendapat dan pengalaman korang sendiri, boleh drop komen di bawah. Sama-sama kita berkongsi cerita dan pengalaman menghadapi Eczema ni bersama. IQ bukanlah seorang yang arif dalam bercakap tentang hal ni namun boleh nak berkongsi rasa, tak banyak, sedikit pun jadilah.  Kan?

Till then, bye!

14 comments:

  1. kesiannya byk tak boleh makan. eczema ni akan beransur hilang kan bila meningkat umur? hope eczema Qaid cepat hilang and boleh makan seafood. udang n ketam sedap kot. huhu. ikan pun tak boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...akn berkurangan mengikut umur...seafood stakat hri ni tak boleh lagi...tggu dah besar sket....ni pun bru boleh makan ayam

      Delete
  2. banyak tahu hal eczema dan kayap ni pun bila baca baca blog IQ..
    lil' Iman pun dulu eczema juga kat bahagian leher kata doktor, tapi tak teruk mana...
    doktor bagi krim, kecil cinonet jer krim tu, harga boleh tahan lah juga...
    pakai sampai setahun mcm tu, akhirnya eczema hilang ...
    tapi mmg kesian, badan leher merah dan gatal ...
    lil' Amin pula alergik dgn cerelac, habis merah satu muka kalau makan cerelac.
    mmg merisaukan kalau anak2 sakit kan ... hope qa'id sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau krim dri dktor kne pastikan penggunaannya mcm mna. Kdag doktor pn bg krim yg ad steroid...kne kawal penggunaan steroid...stop bila tak perlu...amiinn...mudah2an

      Delete
  3. Syafi takde eczema tp lately ni kulit dia ada dekat certain part kemerah-merahan. G klinik doc kata tu biasa kena dekat kanak2 tp sampai skrg masih merah. Huhu.

    Semoga qaid semakin sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdag2 certain budak kne xtruk...radang merah2 tu biasa la...huhu...

      Terima kasih

      Delete
  4. patut tgok kat iq pipi Qaid sentiasa ada ruam2 merah..siannya qaid.. cepat sembuh ye sayang..kulit eczema ni sensitif.. tak bolh habuk sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah....kdag ramai tanya...tapi sebab penat jugak nak xplain...huhu...mmg xde karpet pn kt rumah..tak boleh ad klu jrag nk kemas rumah...huhu

      Delete
    2. Rumah saya pun tak ada karpet IQ.. orang eczema ni sensitif dengan karpet

      Delete
    3. aah DP. mmg alergik betul dia dengan carpet + kucing, tapi kalau balik rumah opah dia, xboleh nak elak. huhu

      Delete
  5. eh! ada tertulis nama kita lah disitu.. waahhh! terharu nya... TQ busyra. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, silap org ni DP, tapi its ok!. eheh

      Delete

Komen Sepatah Dua Kata