Advertisement

Responsive Advertisement

Panggilan Telefon...

Kisah 1:

Minggu tu sepatutnya aku, suami dan anak tak balik ke rumah kakak disebabkan dah balik minggu sebelumnya. Minggu sebelum aku balik seperti biasa untuk jenguk ummi yang dah hampir dua bulan terlantar akibat serangan strok. Serangan kali ke3 yang melumpuhkan seluruh anggota badan terutama bahagian otak ummi. Bekalan susu untuk ummi dan pampers dah topup siap-siap. Krim untuk elak bedsore ummi pun dah beli. Cukup untuk sampai minggu depan di mana aku akan balik minggu depannya pula.

Kerja sebelum ni perlu ke banyak tempat. Pada waktu tu, office client dekat dengan pejabat si suami. Dan hari tu pergi dan balik kerja suami hantarkan. Waktu balik menjengah. Tunggu suami di hadapan bangunan office client. Sampai je suami, senyuman dilemparkan. Pakai topi keledar, menuju ke pejabat Suami. Malam tu ada bacaan Yassin di pejabat suami. Memang plan balik lambat. Anak masih di rumah pengasuh tapi sudah dimaklumkan awal-awal. Singgah minum di kedai makan bawah pejabat suami. Abang ipar call. Mula-mula cakap dengan suami, lepas tu suami passed dekat aku.

"Dah tahu ke belum?" Dengar suara abang ipar tahan sebak. Nangis ke dia? Kenapa nangis? Ada apa-apa yang berlaku ke? "Dengar apa?" Aku bertanya. Abang ipar jawab, " Ummi dah tak ada" . Sentap hati. Dalam hati aku, main-mainkah dia? "Abang jangan main-main bang, betul ke?" Aku dah separuh jerit. Aku dah berombak dada. Dan aku meraung tika itu juga. Suami terpinga-pinga dan bertanya kenapa. "UMMI DAH TAK ADA" Aku lemah.




Kisah 2:

Penat tunggu dia check in. Aku dan anak pulang rumah seketika. Sambil-sambil itu menelefon keluarga suami yang berada di dalam perjalanan ke mari. Aku letih dengan ragam anak yang masih tak tahu apa-apa. Sebelum ni, suami yang banyak tolong aku uruskan anak tapi bila waktu dia sakit begini, aku kena uruskan anak sepenuhnya. Hurmm..anak mengamuk. Meragam. Kenapalah dengan si anak ni.

Setelah mak dan ayah sampai, kembali ke hospital. Mencari suami di wad kecemasan. Aik? Dah tak ada? Tanya nurse di situ. Katanya dah dibawa ke HDW. HDW dikira seperti wad ICU. Kritikal ke dengginya sampai masuk ICU? Nurse tu pun cakap,"Denggi dia berada dalam tahap bahaya, terpaksa dimasukkan dalam ICU. Jangan risau, di sana satu pesakit akan ada satu doktor dan satu nurse yang akan pantau dia sepanjang masa". Aku terus menuju ke HDW. Dia masih dalam proses pemeriksaan doktor di wad, tak boleh masuk. hurmm..

Bila tiba masa boleh masuk, dapat lihat keadaan dia lemah. Dia mahu minum air tapi bila minum air, senak di dada. Tak boleh minum air banyak, terpaksa pakai alat bantuan pernafasan. Jantung juga diberi perhatian. Dalam hati, aku mahu dia sembuh. Dah mula rindu gurauan dia. Selesai lawat, aku, mak dan ayah balik.

Balik dari hospital, aku tak boleh lena. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, aku masih teringatkan dia di wad. Mesej pada dia, aku tak boleh tidur. Tak berbalas. Akhirnya aku terlena. Tapi baru 10 minit aku lelapkan mata, satu panggilan dari nombor tak dikenali masuk. Panggilan dari hospital. Mintak aku ke hospital untuk satu prosedur emergency.

Berdesup aku ke hospital pada pukul 3 pagi. Lori ke kereta ke, aku tak peduli. Akhirnya aku sampai di wad. Doktor menerangkan keadaan dia yang makin kritikal dan perlu ditidurkan untuk prosedur seterusnya. Aku terpaksa buat keputusan segera. Tanpa berlengah, aku menandatangan surat setuju untuk menyelamatkannnya.

Dan buat kali terakhir aku bercakap dengannya, "Abang kena kuat, untuk sayang, untuk Qa'id, untuk semua" Sempat dia berkata pada aku "JANGAN NANGIS" sambil keadaan gusinya yang berdarah. Nurse di sekeliling katilnya menyuruh aku ajar dia mengucap Dua Kalimah Syahadah sebelum ditidurkan. Dan selepas beberapa hari bertarung, dia tidur buat selamanya...


**********************************************************

Qa'id kehilangan tok umminya pada umur 4 bulan dan kehilangan ayahnya pada umur 11 bulan. Tahun yang sama, jarak hanya 7 bulan.

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi buat selamanya.

Acik rindu Ummi. Sayang rindu abang.

Post a Comment

9 Comments

  1. sabarlah IQ ... hidup ni memang banyak dugaan...
    baru tau suami IQ kena denggi, tertanya2 juga selama ni suami IQ sakit apa ...
    al fatihah, semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

    ReplyDelete
  2. Allah sedihnya.. sabar ye IQ.. ada hikmah disebalik semua kesusahan..

    ReplyDelete
  3. alfatihah.. sedih baca kisah qis ni

    ReplyDelete
  4. Be strong IQ. kalau de pape wasep reen ye. :)

    ReplyDelete
  5. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Ira paham sangat perasaan kehilangan orang terpenting dalam hidup ni. Moga kita terus kuat ye sis :)

    Salam kenal.

    ReplyDelete
  6. salam takziah dan al fatihah buat arwah suami dan mak IQ, kuatnya dugaan yang perlu ditempuh tapi sis percaya IQ mampu harunginya kerana Allah Maha Mengetahui keupayaan umatnya

    ReplyDelete
  7. Allahuakhbar.. Sis tak sekuat IQ..
    Allah lebih menyayangi mereka..
    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  8. Sayu rasa baca ni. IQ kuat, stay strong ye...

    ReplyDelete
  9. Lama tak jengah blog IQ sebab busy. terbaca pulak entry sedih ni. Allah. Moga IQ terus kuat. I know u're.

    al- fatihah untuk arwah-arwah. moga roh mereka aman di sana

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)