Advertisement

Responsive Advertisement

Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id

Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Rasanya ramai dah tahu ke mana IQ bawak Qa'id masa birthday dia yang lepas. IQ memang plan nak pergi bawak Qa'id main dekat indoor playground. Plan asal nak pergi Sunway Putra sebab situ ada indoor playground jugak tapi seminggu sebelum birthday Qa'id hari tu, pergi Melawati Mall (MM). Lepas tu, ternampak la indoor playground dekat MM tu. So, sebab MM memang dekat sangat dengan rumah IQ, so...IQ decide nak pergi dekat situ jer.

MM ni baru buka beberapa bulan lepas. Memang baru sangat. So, pada awalnya, IQ ingatkan indoor playground macam ni belum dibuat sepenuhnya di MM, tapi sangkaan IQ meleset sama sekali. huhu

GERAK KE MELAWATI MALL
IQ bertolak ke MM dalam pukul 11 pagi. Konon nak pergi pukul 10 pagi tapi tahu-tahu je la kan bila dengan budak, nak masak lagi. Delay sejam jadinya. Sampai dekat sana, terus menuju ke tingkat 6, dan kitaorang sampai ke......
KIDZ ZONE!
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Kaunter pendaftaran masuk Kidz Zone
Masa kitaorang sampai, memang tak ramai lagi budak-budak dalam tu. Kurang dari 10 orang la. Parents yang tunggu pun dalam 2-3 parents je. Bayaran masuk ke Kidz Zone? Harganya berbeza mengikut hari dan peringkat umur. Boleh tengok dekat bawah ni.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Disebabkan Qa'id dah cecah 2 tahun, so dia dikira harga 2 tahun ke atas. Kitaorang plak pergi hari ahad iaitu hujung minggu, so harga untuk seorang Qa'id berharga RM58. Masuk percuma untuk seorang penjaga dan penjaga seterusnya kena bayar RM5 seorang. Qa'id ramai sangat penjaga, so..kena tambah untuk dua orang tambahan.

Dalam Kidz Zone, semua orang kena pakai stokin. Dan stokin lain harga, RM5 sepasang. IQ dah alert pasal stokin ni dan IQ dah bawak stokin IQ dan Qa'id tapi IQ lupa bagitahu adik-adik ipar IQ. So, dorang tak ada stokin dan kena beli stokin. Sorry lupa nak habaq. hehe.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Peraturan yang perlu dipatuhi.
PELBAGAI PERMAINAN ADA!
Dan bermula la sesi bermain Qa'id. Kemain haa dia. Seronok yang amat! Melompat sana sini. Seronok sangat la tu. Say thank you ibu first la sayang. haha! Tak reti cakap panjang-panjang lagi. Yang tahu cuma la beri ciuman paling manis dekat pipi je haa. hehe.

Dalam Kidz Zone ni ada banyak bahagian. Ada bahagian untuk buat party hari jadi, ada bahagian main untuk Toodler (kanak-kanak 2 tahun ke bawah). Dan jugak tempat mainan budak-budak yang dah besar. Mula-mula Qa'id main dekat bahagian Toodler tu. Acah-acah malu nak main beriya. So, main bola dalam kolam je dulu.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Kolam bola di bahagian Toodler
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Kalau datang awal pagi ni seronok sikit. Budak-budak tak ramai. Boleh conquer tempat. haha! Sorang budak conquer satu kawasan terus. Barang pun masih tersusun elok. Segan nak sepahkan. Gituuu.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Game merangsang minda si kecil
KAWASAN PERMAINAN YANG LUAS DAN MENARIK
Dah puas main dekat bahagian Toodler, terus pergi main dekat bahagian lain. Banyak jugak bahagian game dalam Kidz Zone ni. Boleh panjat sampai level atas pun ada. Ada Gelongsor tinggi semua. Memang best la. Mak-mak ni plak excited terlebih. hehe. Zaman dulu mana nak ada taman mainan macam ni kan kan. hehehe.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Bertemakan lautan
Ada jugak mini padang futsal + court basketball. Si Qa'id dah la suka main bola, kira tempat ni jadi tempat yang paling dia suka. Suka sangat tendang bola, haaa..tendang la puas2. Ibu dan Acik Nina dia pun layan main bola sama. Seronok dia haa.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Cengang tengok ibu ambik gambar ke Qa'id?
RUANG UNTUK SAMBUTAN HARI JADI
Ni kawasan untuk buat birthday party. Besar jugak kawasannya. Boleh muat sampai 50 orang dalam satu-satu masa. Menarik jugak kalau sambut birthday anak-anak dekat indoor playground kan? Seronok dorang mesti malamnya tidur pengsan!
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Ruang khas untuk sambutan hari jadi
Tengaharinya, IQ keluar kejap. Jumpa personal agen insurans IQ. Sambil-sambil tu nak makan tengahari sekali. Walaupun kita dah check in masuk, kita boleh keluar dan masuk bila-bila masa sahaja tau! Senang. Nak cari makan ke, nak beli barang kejap ke. Mudah. Scan je gelang dekat tangan tu, boleh la keluar kejap.

Si Qa'id ni, masa kitaorang keluar kejap tu, dia bantai tidur! Take a nap la kononnya. Penat sangat main. Tapi kalau ikutkan dia memang akan tidur kejap sebelum tengahari. So, memang waktu tidur dia. Bagi susu, terus senyap dalam stroller dia. 
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Pengsan!
CAFE DI KIDZ ZONE
Lepas makan, jalan-jalan kejap sementara nak bagi Qa'id tidur. Banyak kedai dekat MM ni. Tapi ada jugak yang masih belum buka. Nak try cari aiskrim cheese cake, sekali salah mall. haha! Lepas jalan-jalan, masuk Kidz Zone balik sebab Qa'id dah bangun! Tapi dia tak makan lagi...adui! Mujurlah dalam Kidz Zone ada cafe dorang sendiri. Senang, tak perlu keluar. Cuma harga boleh agak sendiri la. hehe.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Ruang Cafe Kidz Zone yang selesa
Qa'id ni kan agak alergik dengan ayam. Memang kalau ikutkan tak nak bagi dia makan ayam, tapi pilihan agak terhad. Sampai IQ berbincang dengan chef dorang pasal menu yang boleh Qa'id makan. Kebetulan chef tu kelapangan, so boleh la nak masak special sikit. Kot. So, IQ order nasi goreng paprik ayam+ikan untuk Qa'id. Boleh tahan la rasa dia. Not bad!
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Hidangan untuk Qa'id
SAMBUNG MAIN...
Habis makan, terus sambung main. Dari pagi sampai petang, memang budak-budak punya tenaga mengagumkan betul! Tak reti penat. Sesekali je minum air dan susu. Selebihnya ke sana ke mari. Boleh tengok gelagat si Qa'id ni dalam video di bawah. Lagi menggedik bila Pak Ngah datang join jugak.


Hari dah makin petang. Si Qa'id plak memang tak tunjuk langsung tanda-tanda nak berhenti main. Jenuh tarik tangan dia nak ajak keluar dari Kidz Zone, memang meronta habis! Tak mau keluar, nak main lagi. Sampai la satu saat, dia dah penat sangat kot. Bila angkat bawak keluar, dia ikut je. hehe.
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Qa'id dan ibu.
Bagi IQ, Kidz Zone ni best. Tempat baru lagi kan? So, memang semua nampak baru. Bau-bau getah semua ada lagi. So, ok la kalau nak try. IQ berpuas hati dengan semua permainan di Kidz Zone ni. Next time mungkin akan datang lagi bawak Qa'id main. Tapi nak jugak try tempat lain kan? hehe.

PESANAN BUAT PENGUNJUNG KIDZ ZONE
Kidz Zone ni bagi IQ tempat yang bagus untuk kanak-kanak bermain. Kalau mak ayah tak nak bawak anak beli barang, boleh tinggalkan anak-anak dorang dekat Kidz Zone ni. Tapi anak-anak mestilah dah besar kalau nak tinggalkan dorang bermain. Kalau 4 atau 5 tahun ke bawah ni better ada penjaga jugak. Staff Kidz Zone sentiasa ada tapi hanya untuk pemantauan sekitar Kidz Zone, bukanlah penjaga persendirian untuk seorang kanak-kanak.

Kawasan Kidz Zone ni agak besar. Anak-anak pasti agak keletihan bermain. Boleh la bawak air minuman atau snek untuk isi perut anak-anak sementara. Kalau nak beli snek dekat cafe Kidz Zone pun boleh, cuma sedia duit lebih. 
Kidz Zone Melawati Mall - Hadiah Birthday Untuk Qa'id
Apa-apa pun, bawak anak-anak ke tempat macam ni boleh menghiburkan hati anak-anak juga. Kalau nak pergi selalu, kopak jugak duit mak ayah. haha! Sekali sekala boleh la kan? Untuk ganjaran cemerlang sekolah ke kan? Anak gembira, ibu ayah senang hati. Gituuu.

Lokasi Melawati Mall, Kidz Zone di Tingkat 6 yer.

Post a Comment

8 Comments

  1. bestnya ... seronok Qaid...
    Happy birthday Qaid ...:))
    cuet jer Qaid tidur dala stroller,
    eh memang big fan of lorry Qaid ni ...
    tidur sekali dgn lori ...muah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu mrs pip! dia memang, dalam stroller pun boleh tidur. asalkan dah letih dan ada susu, lori baru dapat, seronok sangat la tu

      Delete
  2. tak tahu pulk kat MM ada kidzonne.. lps ni bolh la terjah.. tiket entrance boleh tahan mahal jugak ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ pun baru tahu minggu sebelumnya. sama aras dengan tempat yang ada wallpaper kedai antik tu

      Delete
  3. Reen pernah teman anak buah main calam tempat macam ni.
    dengan kita2 sekali seronok main.

    mujurlah qaid nak balik kan,kalau tak kena bermalam kat situ.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kalau dah masuk, dengan kita2 yang seronok main, hehehe, tu la, mujur sangat

      Delete
  4. comelnyaaa diaa. sampai pengsan.. hehe.. seronok main

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)