Advertisement

Responsive Advertisement

First Time Rasa Boot Noodle di Publika. JAKUN!

Percaya atau tak, IQ sebelum ni belum berkesempatan nak rasa menu berasaskan Thailand ni! IQ dah tertarik nak makan di Boat Noodle ni dah lama, sejak Arwah Suami ada lagi, tapi disebabkan Arwah Suami ni suka makan nasi je, so...makan makanan macam ni kena tolak tepi.

So, baru-baru ni, ofismate IQ teringin nak makan Boat Noodle ni. Haaaa..satu peluang yang IQ tak kan lepaskan. Nak try jugak makan makanan di Boat Noodle ni. Apa yang bestnya sampai viral betul sebelum-sebelum ni? Then, menapak la kitaorang ke Publika, tempat makan yang tak asing lagi antara kitaorang. Naik Grabcar, bayar RM3 dah sampaiiii...
BOAT NOODLE PUBLIKA
Keadaan dalam kedai agak lapang. Ada la dua tiga buah meja yang ada customer. Mungkin kitaorang pun datang awal. Nak buat macam mana, lunch start pukul 12 tengahari. hehe. Masa kitaorang sampai tu macam ada satu meja khas untuk photoshoot. Untuk buat Promotion mungkin. 
IQ tahu Boat Noodle ni hidangan dia dalam mangkuk kecik-kecik tu. Harga dulu RM1.90. Sekarang mungkin dah disertakan sekali GST, so...satu mangkuk berharga RM2.01. Tapi sebenarnya jugak, IQ baru tahu, Boat Noodle ni makanan mee daripada Thailand. Intro atas kemain macam tahu, tapi sebenarnya baru tahu! haha! Ingatkan menu mee biasa tapi dengan kuah special macam tu je. Tapi memang kuah dia special pun, sebab resipi dari Thailand. haha!

So, kena pilih nak ayam atau daging. Mee pun ada tiga jenis mee iaitu Rice, Egg dan jugak Springy. Springy ni mee baru. Dan ada dua jenis kuah. Satu macam kicap, satu lagi kicap+santan. Kawan IQ suggest order banyak-banyak terus sebab kalau nak tambah order akan makan masa. So, IQ order 4 mangkuk siap2. Senang, tak perlu repeat order kalau tak cukup. First time nak rasa, tak tahu la macam mana rasanya kan? Kena ke dengan selera IQ yang konon sensitif ni. IQ kan takut2 nak rasa resipi dari luar, kalau kawan IQ tak ajak, mana la IQ nak cuba.

Oh ya, ada juga menu lain yer kalau tak nak makan mee yang seciput-seciput ni. Boleh tengok menu di bawah. 
Minuman dan dessert yang terdapat di Boat Noodles. Boleh tahan jugak menu dia...
First Time Rasa Boot Noodle di Publika. JAKUN!
PILIHAN AIR
Kalau minuman dari Thailand ni, IQ suka satu jenis air ni jer. GREEN TEA! Yezza, IQ suka sangat air Green Tea ni. Memang rasa dia unik habis. Untuk air Tea biasa tu pun ok. Rasanya pun kaww sangat. Dua jenis air ni jadi pilihan IQ di Boat Noodle ni. Ada akak office IQ tu plak, order coconut shake. Rasa ok la...boleh laa...
First Time Rasa Boot Noodle di Publika. JAKUN!
DESSERT FAMOUS, SANGKAYA
Untuk dessert, kawan office IQ pilih Roti+ Kaya, iaitu Sangkaya. Menu yang femes dan fofular di Boat Noodle ni. Orang katalah...dan bila tiba waktu IQ rasa...YES! Sangat sedap wooo! Kaya dia lain daripada yang lain. Roti yang dia bagi pun lembut. Tak macam roti di luar. Memang sedap betul rasanya. Rasa nak repeat makan Sangkaya jer. haha!
First Time Rasa Boot Noodle di Publika. JAKUN!
MENU UTAMA SAMPAI
Dan bila tiba mangkuk-mangkuk mee kitaorang sampai, mulalah sesi mencuba. Berdebar tau! First IQ order mee jenis RICE; dua mangkuk berkuah kicap, dua mangkuk lagi berkuah kicap+santan. IQ rasa yang santan dulu. 

Ermmm..macam boleh telan lagi. Ok la, rasa memang agak pelik sebab tak pernah try menu Thailand selain Tomyam Kung. hehe. Second try yang berkuah kicap tu plak. Ok, yang ni macam tak boleh nak telan sangat. Rasa pelik sangat. IQ prefer yang berkuah kicap+santan kot. Lagi sedap rasanya, lemak2 je rasa dia.
First Time Rasa Boot Noodle di Publika. JAKUN!
Mungkin IQ ni tak pandai makan sangat. Kawan office IQ pandai makan, dia campur dengan ramuan tambahan seperti cili flakes, perasa yang ada atas meja kitaorang tu. IQ memang makan terus tanpa tambah apa-apa perasa. So, mungkin lepas ni kena tambah perasa akan dapat rasa yang sedap kot.
RATE UNTUK BOAT NOODLE
Bagi IQ first time rasa Boat Noodle ni, IQ bagi 3 bintang laa dari 5 bintang. Not bad. Mungkin boleh repeat lagi next time. Well, IQ bukanlah jenis terus blacklist tempat makan yang agak2 tak kena dengan tekak IQ. Semua orang alami first time dorang kan? So, ni first time IQ. So, jom try lagi next time!

IQ ada nampak hari tu, Boat Noodle baru buka cawangan baru di Aeon AU2 Setiawangsa.  Dekat sangat dengan rumah IQ. Jom serbu! Yokkk!

Lokasi untuk Boat Noodle di Publika

Post a Comment

18 Comments

  1. wah nampak sedap je.....sangkaya tu roti dia di kukus ke nampak yummy je

    ReplyDelete
  2. Wahhh sedapnyaaa. Terus memberontak lapar perut nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, pergi makan nasi, baru kenyang, makan ni saje xkenyang sgt. hehe

      Delete
  3. nanti bila IQ berpeluang pegi boat noodle lagi, cuba pulak kra pow chicken rice or try meatball dia...sedap jugak :D

    ReplyDelete
  4. Reen pun tak pernah rasa boat noodle. Nanti reen g sana, IQ bawakkan taw.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah rasa Boat Noodle lagi! Nampak sedap. :D

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sedap tapi kena rasa dulu, baru tahu camne..hehe

      Delete
  6. akk dah try, tak boleh masuk tekak la hahaha, tekak owang kampong memag giteww.. klau air ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? tekak orang melayu memang kadang tak boleh nak terima semua jenis makanan sgt. hehehe...air dia memang sedap. serius!

      Delete
  7. Tak pernah lg try makan kat Boot Noodle, teringin laa plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba sikit2 dulu kot MK3, sebab kadang tak boleh nak masuk tekak sgt. huhu

      Delete
  8. Roti stim tu sis sgt suka...sis pun lately baru2 ni try mkn boat noddle...nanti sis story apa plak rasa sis ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? roti stim tu serius sedap! ok, next entry yer kak juju

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)