Monday, August 21, 2017

The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK

The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Sluurrppp. Pagi-pagi kalau pekena kopi secawan mesti rasa lengkap hidup walaupun hakikatnya kerja menimbun dekat tepi. Tapi pernah tak korang terbayang, bagaimana kopi dihasilkan? Bagaimana rupa dan bentuk asal biji kopi dan juga pokok kopi itu sendiri? 

IQ sendiri tak pernah kenal kopi secara terperinci sebab IQ bukanlah seorang penggemar kopi yang tegar. Namun, setelah IQ dikenalkan pada Encik Hafizi, seorang pengusaha kopi yang bernama The Koppi, IQ mula rasa berminat untuk mencuba dan meminati rasa kopi yang unik ni.

PENGHASILAN KOPI SECARA TRADISIONAL

The Koppi  ialah kopi organik yang dihasilkan di sebuah ladang yang terletak di Sungkai, Perak. The Koppi telah mula beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas oleh Encik Hafizi atau lebih mesra dikenali Gee ini bersama-sama ayahnya. 
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Ladang The Koppi yang terletak di Sungkai, Perak
The Koppi bebas bahan campuran yang mengandungi 100% roasted beans. The Koppi menggunakan kopi dari jenis Robusta dan juga Liberica yang sesuai ditanam di Malaysia. Biji kopi jenis Robusta dan Liberica mempunyai bentuk yang berbeza di mana bentuk Liberica lebih tirus dan panjang berbanding biji kopi Robusta. 

Kenapa The Koppi digelar sebagai kopi organik? Kerana penanaman pokok kopi The Koppi menggunakan baja semulajadi yang dicipta sendiri menggunakan kacang soya, gula merah dan juga sejenis garam. Penggunaan balik kulit buah kopi yang dikupas dan ditaburkan pada pangkal pokok juga digunapakai sebagai baja kompos.
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Biji kopi yang belum dipetik
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
En Gee bersama buah kopi.
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Jenis Biji Kopi: Robusta Kiri, Liberica Kanan
Penghasilan The Koppi bermula dengan proses Fermentation iaitu proses rendaman setelah biji kopi dikopek kulitnya. Proses Fermentation memerlukan masa minimum 3 hari untuk biji kopi berpisah dengan isi manisnya. 
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Proses Fermentation pada peringkat awal
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Proses Fermentation pada peringkat akhir
Setelah biji kopi siap direndam, biji kopi akan dijemur di dalam talam besi atau aluminium supaya proses pengeringan lebih cepat. Proses pengeringan perlukan masa 4-7 hari untuk hari yang panas dan jika hari hujan, proses pengeringan boleh berlanjutan sehingga 2 minggu. Bukan mudah yer nak dapatkan biji kopi ni. Sebab itu juga harga kopi secawan pun mahal. 

Menurut Gee juga, untuk dapatkan kopi hijau ini, terdapat dua cara iaitu cara kering dan juga cara basah. The Koppi melalui cara kering iaitu seperti menjemur dan tumbuk serta proses pengasingan kulit. Berbeza dengan negara luar seperti Columbia serta Brazil yang menggunakan cara basah di mana kopi yang terendam akan dipijak menggunakan kaki untuk mendapatkan kopi hijau berkenaan.
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Proses tumbuk untuk pengasingan biji kopi hijau.
Beza cara kering dan basah ni boleh dilihat hasilnya apabila biji kopi hijau cara basah lebih bersih namun lebih berasid kerana rendaman yang lebih lama.Biji kopi hijau juga boleh dibuat kopi tapi memerlukan mesin khas untuk mengisar biji kopi hijau kerana biji kopi hijau bersifat liat dan kenyal. Jika ditumbuk, boleh kembali ke bentuk asal.

Biji kopi hijau seterusnya akan menjalani proses memanggang. Proses memanggang lebih mudah dilakukan dengan menggunakan mesin roaster khas. Proses memanggang ni bukanlah dipanggang atas api seperti yang kita biasa tengok, ianya berlaku dengan mengenakan angin panas ataupun hot blower pada biji kopi. Sama seperti konsep hair dryer. haa..faham ke tak? 
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Proses memanggang biji kopi hijau dengan mesin roaster khas.
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Biji kopi yang siap dipanggang.
Selesai memanggang, biji kopi akan dikisar halus dan diayak untuk mendapatkan serbuk paling halus. Sebab itu juga, jika kita nak bancuh dan tapis serbuk The Koppi ni kena gunakan tapis kain atau tapis kertas sebab serbuk The Koppi halus yang amat! 
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Biji kopi The Koppi yang siap dikisar halus.
KEUNIKAN RASA THE KOPPI

The Koppi memberikan rasa yang lebih kaw dan kuat dengan hanya menggunakan sedikit serbuk The Koppi. Bagi yang suka rasa kopi yang lebih umpphh boleh try The Koppi ni. Confirm tak mengecewakan! IQ pun suka minum kopi sejak minum The Koppi ni. The Koppi sesuai ditambah bersama-sama susu segar, susu pekat mahupun susu cair. Juga sesuai dibuat Latte dan juga Mocha.
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Buat kopi di pejabat pun menyegarkan.
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Serbuk The Koppi memang ternyata sangat halus
The Koppi ini adalah kopi asli yer. Tanpa bahan tambahan seperti margerin, gula, gandum, garam dan juga arang tempurung. Arang pun ada? No wonder warna serbuk kopi lain warnanya lebih hitam. Kalau korang perasan jugak, sesetengah kopi akan tinggalkan kesan seperti minyak tapi bukan pada The Koppi sebab The Koppi tak tinggalkan kesan minyak tau!
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
The Koppi disediakan bersama susu segar.
Untuk seorang yang ada migrain seperti IQ, The Koppi adalah pilihan yang terbaik sebab The Koppi tidak menyebabkan sakit kepala atau Migrain yer kerana The Koppi rendah kandungan caffein. Memang terbaik! 
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
Memang pilihan IQ untuk rasa kopi yang asli

SERBUK BOLEH GUNA LAGI SELEPAS BUAT KOPI?

1. Sebagai skrub muka - Jimat tak payah pergi kedai dah nak beli skrub muka. Cuma tambahkan minyak zaitun atau baby oil ke atas serbuk kopi yang dah guna. Ianya membantu menanggalkan kulit mati pada muka dan memberi antioksidan paling berkesan pada kulit muka tau!
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
2.  Hilangkan bau kurang enak dalam peti sejuk - Kadang-kadang kesan lauk yang dah lama tersimpan dalam peti pun dah buatkan peti berbau beberapa hari. Boleh hilangkan bau berkenaan dengan letak serbuk kopi yang dah guna ni dalam bekas kecil dan terbuka. Letak jer dalam peti. Bau kurang enak akan hilang selepas seketika. 

3. Sebagai baja kompos - Bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam, boleh jadikan serbuk kopi yang dah guna ni sebagai baja. Letakkan sahaja dalam pasu atau tanah. InsyaAllah, pokok akan tumbuh subur.

4. Sebagai bahan perapan daging - Kalau nak BBQ bersama keluarga, perlu perap daging terlebih dahulu kan? Korang boleh juga menggunakan serbuk kopi sebagai bahan perapan bersama bawang putih, lada hitam, dan sedikit herba. Lumurkan pada daging yang nak dipanggang. Pasti sedap hasilnya!

5. Menyental periuk belanga - Selain menggunakan berus dawai yang boleh mencalarkan periuk belanga korang, korang juga boleh gunakan serbuk kopi untuk menghilangkan kotoran pada periuk belanga korang. 


PERMINTAAN YANG TINGGI

Walaupun The Koppi masih baru bertapak, The Koppi telah menerima banyak permintaan. Selain The Koppi pernah bersiaran dalam TV Alhijrah untuk slot DIY pada tahun lepas, The Koppi juga pernah diinterview oleh Sinar Harian pada Mac 2017 yang lepas. The Koppi juga akan berkolaborasi bersama Juri Masterchef yang dikenali ramai iaitu Chef Adu untuk The Canteen. 
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
The Koppi bersiaran di TV Alhijrah dalam Slot DIY.
The Koppi: Kopi Organik Hasil Tempatan Yang Berbeza dan UNIK
The Canteen yang dikelolai oleh Chef Adu, Juri Masterchef
Menurut Gee, disebabkan kopi organik hanya dikeluarkan oleh The Koppi, permintaan kopi organik menjadi tinggi. Harapan Gee juga agar ramai orang dapat mengusahakan kopi organik secara lebih meluas kerana bilangan pengusaha kopi organik masih di tahap minima di Malaysia. 

Bagi sesiapa yang ingin merasai keunikan rasa The Koppi ni, boleh lah singgah di laman sosial dan nombor The Koppi di bawah.

Instagram: @thekoppi
Whatsapp: +60189238644

16 comments:

  1. Replies
    1. boleh cari di laman web atau media sosial di atas.

      Delete
  2. Baki kopi yang ada boleh buat skrub laa kalau cenggini.. Hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang! boleh guna buat skrub plak, licin kulit lepas tu. heeee

      Delete
  3. Mrs Pip bukan penggemar kopi, tapi sesekali mrs pip layan kopi yang fresh juga, selalu beli di tamu Gaya Street (flea market terkenal di KK), biji kopi kasar dikisar didepan pelanggan .. mmg suka bau kopi kisar, harum jer ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Koppi juga fresh! IQ dah rasa memang rasa kelainan dia. memang sedap!

      Delete
  4. Belum pernah jumpa lagi.
    Boleh juga try test kelazatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba, baru tahu apa kelainan dia. =)

      Delete
  5. THE KOPPI memang sedap rasanya kan IQ.. rasa dia ada umpphhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak tati, rasa dia memang umpphh, lain dari yang lain

      Delete
  6. Replies
    1. serius sedap, macam kopi dekat rumah atok. heee..asli punya!

      Delete
  7. Replies
    1. sedap kak min, rasa kopi old school. heee

      Delete
  8. boleh buat hilang ngntuk ni. huhuhu

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata