Advertisement

Responsive Advertisement

Selesai Shopping Voucher Lazada RM150

Selesai Shopping Voucher Lazada RM150

Setelah melihat rakan-rakan blogger yang turut menang Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest membelanjakan voucher-voucher mereka, kini giliran IQ plak. Voucher IQ dah dapat 18 Julai yang lepas tapi disebabkan kengkangan masa dan juga Qa'id tak berapa sihat, baru hari ni IQ dapat membelanjakan voucher tu. Apa yang IQ beli?? Tungguuu....

Rezeki Tempat Kedua, Bukan Tempat Ketiga

Selesai Shopping Voucher Lazada RM150

Masa dapat email, IQ dimaklumkan IQ dapat voucher RM150. Padahal, masa mula-mula pemenang diberitahu, IQ hanya dapat voucher bernilai RM100. Bila IQ baca balik email tu, rupanya Pihak Lazada menambah bilangan peserta yang menang tempat kedua. So, IQ menang tempat kedua dan menang Voucher bernilai RM150. ALHAMDULILLAH. Syukur sangat. Tambah lagi RM50. hihi.
Selesai Shopping Voucher Lazada RM150
Purse lama yang dah nazak
Disebabkan purse IQ dah nazak, so...IQ decide nak beli purse baru. Kalau ikutkan, ramai yang suggest beli purse yang asal-boleh-pakai. Tapi IQ ni jenis suka beli barang tahan lama. Purse lama IQ ni IQ beli tahun 2013. So, dah masuk 4 tahun dah. Fungsi masih boleh diguna cuma, koyak rabak kulit depannya. Sampai adik IQ belikan purse baru dekat IQ. Tapi bukan IQ tak nak pakai purse yang dia beli tu, cuma IQ nak pakai yang tahan lasak, macam purse lama IQ ni. Plan nak beli tilam Qa'id pada awalnya pun tak jadi sebab IQ plan benda lain plak untuk dia nanti InsyaAllah.
Selesai Shopping Voucher Lazada RM150

So, inilah pilihan hati IQ. Brand Carlo Rino. IQ pilih yang ni sebab IQ suka design macam ni. IQ tak suka purse 3 lipatan, cuma suka dua lipatan macam ni sahaja. IQ tak suka jugak yang jenis zip-zip ni. Suka yang simple2 sahaja. Harga purse ni RM149.50. Haaa..memang ngam-ngam je la voucher yang IQ dapat.

Beli Blender Brand Pensonic

IQ ada juga beli benda lain. Disebabkan blender dekat rumah IQ dah lama rosak, IQ decide nak beli dekat Lazada. Lazada ada banyak pilihan. Jenis yang sama berlainan harga pun ada. So, kita boleh pilih mana yang kita nak. 
Selesai Shopping Voucher Lazada RM150
Kenapa IQ beli blender brand Pensonic? Sebab IQ selalu dengar orang cakap Blender Brand Pensonic ni tahan lama. Kawan office IQ pun suggest, kawan blogger pun suggest. So, untuk IQ yang jarang-jarang masak heavy ni boleh la nak pakai blender ni. Blender lama beli jenis Pensonic jugak, cuma jenis bullet. Tak tahan sangat jenis bullet ni. Baik pakai yang macam ni lebih praktikal.

Selesai Shopping Voucher Lazada RM150

Blender ni cuma berharga RM79.00 dan lepas IQ guna voucher untuk purse, IQ kena la bayar untuk blender ni. Check out sekali. Penghantaran dihantar berasingan. Akan sampai dalam minggu ni dan juga minggu depan. Tak sabar nak tunggu dua2 barang ni sampai!

PAY DAY SALE di Lazada!
Selesai Shopping Voucher Lazada RM150

Korang nak tahu tak yang Lazada ada buat PAY DAY SALE bermula 25 Julai sehingga 3 Ogos 2017??? Apa yang korang tunggu lagi? Boleh cek di laman web Lazada atau klik sahaja di sini.

Till the, bai!

Post a Comment

24 Comments

  1. wow bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...rezeki IQ tu. cantik purse yang IQ pilih tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki. Tu la, jenuh jugak nak pilih

      Delete
  3. Tahniahh menang . Cantikk purse tu :)

    ReplyDelete
  4. waaa..shopping sakan..purse akk pun dha koyak ni..bila lazada lanjer hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak shopping online, boss dah warning haha!! buat entry pasal lazada, mana tau lazada nak bagi freee

      Delete
  5. woww seronoknye dapat shopping free hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping free purse je, blender kena bayor. hehe

      Delete
  6. Hari tu nak beli kasut carlo rino, hurmmmm gigit jari jer la, saiz tiada la pula 😕 ...
    Selamat menanti barangan sampai .... purse tu cantik sangat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kasut memang kena tengok available size. kalau tak ada, memang sedih. barang mrs pip dah sampai?

      Delete
  7. Wahhhh.bestnya....alhamdulillah rezeki iq =)

    ReplyDelete
  8. Tuah nak dapat purse Carlo Rino. Cantik design tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, Alhamdulillah, dapat rezeki purse baru

      Delete
  9. Cantik purse CR tu. Purse CR ana ni pun dah nak masuk 4 tahun tp masih elok. Takde koyak sikit pun. Mmg berbaloi beli. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke, wah...memang berbaloi la IQ beli purse CR ni yer. hehe...Alhamdulillah..rezeki. =)

      Delete
  10. tahniah menang voucher RM150 dari Lazada..rezeki tue

    ReplyDelete
  11. wah bestnya..tahniah..shoping sakan

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)