Advertisement

Responsive Advertisement

Kuat Ke Aku?

Quick update. Kalau ikutkan masih ada entry yang tertangguh. Tak terbuat. Update kali ni ditulis guna handphone. Nak buat entry official kena set up pakai laptop baru best. Mengharapkan esok ada peluang dan masa untuk update apa yang tertangguh. Amiin.

Tersekat idea dari minggu lepas. Kesibukan yang tiba2 datang ditambah dengan badan sendiri tak sihat dan juga anak yang keracunan makanan. Bertimpa2. Qa'id keracunan makanan minggu lepas, cirit birit dan muntah 2 3 hari. Pantau dia sebaik mungkin, Alhamdulillah. Keadaan dia sudah pulih.

Aku plak tetiba demam tiap kali lepas asar bermula jumaat lepas. Tak daya nak stay back balik kerja lambat biarpun kerja menimbun. Badan tak daya, demam makin menjengah. Sampai rumah, telan dua biji panadol actifast. Lega. Hilang sakitnya. Tapi sakit lain plak datang. Gastrik. Telan panadol tak makan apa2 memang cari pasal. Tengah malam merengkot dalam tandas. Nasib.

Balik rumah kakak di Pahang hujung minggu lepas, hajat nak urut badan. Hari sabtu simptom sama berulang. Rasa nak demam lepas asar tiba. Tak boleh jadi. Malamnya pergi berurut. Peranakan turun. Badan penuh angin. Alasan diberi pada mak urut, asyik angkat anak 14kg. Padahal, tiap kali balik kampung, angkat beg berbiji2. Beli barang dapur, sekali angkat sekaligus. Mana badan tak sakit.

Nak buat macam mana. Nak harapkan siapa lagi. Dah hidup tanpa Arwah suami. Inilah keadaannya. Bukan senang. Memang semua kena buat sendiri. Tak boleh mengeluh.

Dua hari kerja minggu ni langsung tak sempat nak taip satu entry blog. Selalunya curi2 juga masa untuk buat satu entry blog. Tapi boss dah cakap, rabu dia nak tengok kerja. Kerja bukan simple. Yang selalunya orang buat dua minggu, dia nak suruh siap tak sampai 5 hari. Alhamdulillah hampir siap. Pulun punya pasal.

Harap dapat menulis di blog lagi. Rindu. Bukan tak rindu. Sebab blog tempat aku mengadu kasih. Mengadu domba. Maaf bahasakan diri aku. Sebab aku nak luahkan. Sebab aku rindu nak menulis.

Post a Comment

5 Comments

  1. Letih sangat tu.... bawa banyak berehat... bersabar ye..

    ReplyDelete
  2. Lepas ni dapat cuti 4 hari bolehlah rehat2kan badan dan minda.

    ReplyDelete
  3. IQ kuat.inshaAllah. smga iq & qaid cepat sihat yer.

    Sori sbb xdpt jmpe IQ lagi.

    ReplyDelete
  4. get well soon strong woman. And keep being strong. u r among the chosen one. yeahh!

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)