Monday, August 21, 2017

Genap Setahun Pemergian Arwah Suami

Assalamualaikum

IQ nak coretkan juga di sini sempena genap setahun pemergian Arwah suami IQ pada 21hb Ogos 2016 yang lepas. Yer, IQ tak sempat nak ceritakan secara detail tentang sakitnya. Entah bila IQ akan ada kekuatan nak ceritakan saat2 pemergian Arwah di blog IQ ni.

Arwah ternyata orang yang sangat baik. IQ pun tak tahu nak gambarkan kebaikan dia pada semua orang. Hanya yang mengenali Arwah pasti kenal Arwah tu bagaimana orangnya. Senyum tak pernah lekang dari bibir. Cakapnya lembut dan halus. Setiap tutur katanya dijaga untuk tidak menyakiti hati sesiapa. Berbeza benar dengan IQ yang 100% lain perangai dengan Arwah. Lain benar. Tapi itulah orang kata, jodoh tak semestinya serupa segala benda.

Kalau korang nak tahu, IQ tak kenal Arwah at the first place, Arwah yang kenal IQ terlebih dahulu. Melalui apa? Melalui BLOG ni. Yer, melalui blog yang IQ tulis dari tahun 2009 ni. IQ mula friend di Facebook dari tahun 2010. Dan dari situ, Arwah nampak link blog IQ di profile dan mula baca kisah2 IQ walaupun IQ masa tu couple dengan orang lain.

Jodoh kalau ada tak ke mana. Kitaorang mula tegur di Facebook penghujung 2012 dan mula berkawan lepas tu. Banyak la nak cerita tapi nak highlight dekat sini yang Arwah suka sangat baca blog IQ ni sebab dia kenal karakter IQ dari penulisan IQ. Ada sekali IQ ubah gaya penulisan IQ kepada sajak dan puisi, dia tak berapa berminat nak baca sebab lebih suka baca entry yang bersahaja. Lepas tu, IQ ubah gaya penulisan IQ sebagaimana IQ tulis blog ni sekarang.

Perkara yang IQ tak boleh lupa kalau tiap kali IQ update blog ni bila Arwah akan baca kuat2 depan IQ ni apa yang IQ tulis di blog. Haha! Sengaja nak buat IQ malu depan dia. Mulalah IQ tutup mulut dia, tak bagi dia baca kuat2. IQ suruh Arwah baca diam2. Malu la apa yang kita tulis ni dibaca macam ucapan kan? Geram dan rindu bila diingatkan balik. hurmm...rindu.

Benda-benda macam ni kalau datang menjengah, memang buat hati sayu, mula la nak buat ofis ni banjir. Pagi tadi dah banjir masa up post dekat Instagram. Yang ni pun saje je bagi mata bertakung.

Sayang rindu abang. Rindu nak bergurau dengan abang. Rindu nak buat segala benda dengan abang. Sayang tahu abang risau tentang Sayang dan anak. Jangan risau, sayang dan anak baik2 jer. InsyaAllah. 

Dalam kenangan.
Al-Fatihah
Allahyarham Muhammad Asyraf bin Hassan Basri
24101988-21082016

10 comments:

  1. Semoga IQ terus kuat n tabah ....
    Semuanya sudah ditentukan Ilahi ...
    Sabar dan berdoalah yang baik2 ....

    ReplyDelete
  2. Sabar ye IQ.. Benda yang terbaik memang takkan dilupakan. Semoga IQ terus tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kuat untuk anak, memang yang terbaik susah nak lupa.

      Delete
  3. Alfatihah utk arwah suami IQ.... Saya berdoa semoga IQ terus tabah mengharungi hari2 mendatang

    ReplyDelete
  4. takpe Qis arwah suami kamu dah selamat di sisi Allah.. kita semua pun PASTI akan menyusul nanti.. inshaAllah arwah suami kamu sedang berbahagia di sisi penciptanya.. moga kita dapat bersatu kembali bersama insan2 yg tersayang yg telah pergi.. Alfatihah utk arwah suami kamu..meh akk bg pinjam bahu.. be tuff

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selalu mendoakan Arwah sentiasa di bawah rahmat-Nya, yer, kita semua bakal menyusul, harapannya dapat bersama di sana kelak.

      pinjam bahu kak, nak hembus hingus, hehe

      Delete
  5. Semoga Izyan akan terus tabah mengharungi liku liku kehidupan yang penuh cabaran .. Kak Lya yakin Izyan wanita yang kuat dan tabah.. Tengok Izyan kat Family day baru2 ni Kak Lya tahu Izyan kuat... Be strong my dear sister..

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata