Salam 18 Ramadhan buat semua.
Hari tu IQ ada ternampak iklan majlis berbuka puasa bersama anak perantau Terengganu yang bakal diadakan di Putrajaya dalam group Whatsapp. Terus terfikir, macam best je nak pergi sana. So, IQ plan dengan adik IQ yang tinggal di Gombak untuk join sekali. Dia on, so..jom!
Sebelum pergi ke Putrajaya, kitaorang singgah Bangi Sentral. Singgah lagi? Konon nak cari baju melayu QaÃd dekat Kompleks PKNS Bangi tapi nan hado plak. Semua warna yang tak kena dengan tema yang IQ nak. So, postpone lagi beli baju melayu QaÃd. Bila dah makin hampir waktu berbuka, terus gerak ke Putrajaya. Tapi trafik agak teruk, dan perjalanan yang sepatutnya hanya 15 minit dah jadi 30++ minit. Bertapa dalam kereta, mujur bukan IQ yang drive. hehe.
Gaya je lebih, shopping idok jugok. |
Sampai sana, terkial-kial sebab tengok ramai sangat orang! Terus nampak banner Parlimen kawasan sekian-sekian. So, assume mungkin kena duduk ikut Parlimen masing-masing. Oh ya, program berbuka puasa ni dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai semestinya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. IQ baru tahu sebenarnya ada acara khas pemberian dana remaja dan juga cabutan bertuah dalam majlis ni. Untuk dana remaja, kena isi borang awal-awal. Dan untuk cabutan bertuah, anak Terengganu yang datang, kena isi satu borang untuk cabutan bertuah tersebut.
Banner Program |
Disebabkan IQ sampai lewat, IQ tak sempat nak daftar nama IQ ikut Parlimen IQ iaitu Parlimen Dungun. Pegawai yang bertugas suruh IQ daftar terus biarpun itu adalah Kaunter Parlimen Besut. Setelah pendaftaran dibuat, dapat free gift! Satu kotak berwarna pink. Tak tahu isinya apa masa tu, ambik terus gerak nak ambik makanan. Tapi...
Tetiba IQ nampak adik IQ dan suaminya duduk di kawasan meja dengan siap makanan terhidang. IQ berulang kali tanya, kenapa duduk sana? Adik IQ jawab, ada orang suruh duduk sini. Duduk la cepat. Nak masuk waktu berbuka dah. Tercengang IQ dibuatnya, dah la tak proper attire masa tu. T-shirt dengan seluar je. Tetiba kena duduk meja vip.
Ramai kan orang yang hadir? ni baru khemah utama, ada lagi khemah di kiri kanan khemah ni. |
Adik IQ cakap, ada pegawai suruh penuhkan meja yang sedia ada. Mungkin rezeki kami kali ni. Tak perlu nak beratur dan ambil makanan. Plus dengan anak kecik lagi. Rezeki datang last minit. hihi. Menarik sangat sebab lauk yang dihidangkan tu favourite anak Terengganu macam kami, iaitu Singgang Ikan Tongkol! Fuhhh, memang terubat betul rindu makan singgang yang sebijik rasa macam ni. IQ selalu je buat singgang untuk QaÃd tapi tak sama rasa dengan yang ni, memang asli!
Ada juga lauk pauk yang lain seperti ayam rendang, sayur campur, daging kambing, buah-buahan dan juga ada puding. Tapi biasa la kalau ada anak kecik ni, makan sedap-sedap tetap tak kenyang. Layan kerenah budak kecik ni lagi. haha! Memang lauk pauk kupandang sepi sahaja. Kenyangkan anak paling utama!
IQ bersama adik IQ sekeluar |
Selesai makan, kitaorang pun balik. Majlis masih berjalan sampai lepas Tarawikh rasanya, sebab ada acara makan durian pula. Kitaorang tak tunggu sebab mengenangkan anak-anak dah keletihan. Moga ada kesempatan lain pula lain kali InsyaAllah. Disebabkan kitaorang duduk meja vip, kitaorang dapat lagi satu free gift. Wahh, lagi berat isinya. Apa di dalamnya?
Kuih raya!! IQ dapat 4 bekas kuih raya. Ok, tak perlu beli kuih raya lagi dah. Sesiapa yang datang rumah IQ, IQ hidang kuih raya ni je. haha! |
Tak sabar nak balik raya tahun ni. Terengganu, ambe balik rayer ning!
22 Comments
Wahhh bestnya, tapi mesti ramai giler orang kan?
ReplyDeleteramai sangat kak mas! tapi tak der sesak sangat, sebab meja semua disediakan
Deleteuntunggg dapat kuih raya dah.. :)
ReplyDeletetu la, untung sangat, tak yah nak beli2 dah..hehe
Deletewah... best jugak yer.. zmn zmn u jer selalu merasa kalau majlis bukak posa ikut negeri ni ..
ReplyDeleteaah, time zaman2 u je ada majlis macam ni, tak sangka boleh join lagi majlis berbuka even dah tak belajar dah. =)
DeleteAlhamdulillah murah rezekinya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur nikmat yang diberikan.
Deletewahhh bestnya. elsa tak pernah lagi join macamnie. In Shaa Allah akan datang hehe
ReplyDeletehttp://elsaalicious.blogspot.my/2017/06/4-sebab-tak-suka-shopping.html
kena ada yang menganjur, yang penting freeee
Deleteuntungnya.. dpt makan, dapat kuih.. tak payah beli lah lpas ni. hehe
ReplyDeleteaah, untung sangat. rezeki kali ni. memang tak der la beli melainkan kuih raya nak bawak balik kampung je nanti
DeleteSeronoknya siap dpt balang kuih rayer tu!! kat angsana pun 4 balang dah RM100.. hohoho... jimat-jimat... rezeki... :)
ReplyDeletetahu xpe, memang jimat habis. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan
DeleteHuhu. Tak tahu pasal event ni. Kalau tahu awal nak pergi... Saya pun anak perantau Terengganu gak... Huhu
ReplyDeletelaaa, kak intan anak terengganu ke? IQ dapat tahu dari group kiter la, mungkin akak tak masuk lagi mase tu
DeleteAda terjumpa ramai kawan-kawan lama tak IQ?
ReplyDeleteada kawan pergi jugak tapi tak jumpa, ramai sgt orang, ternampak kawan skolah, xtgur sbb xknal sgt mse skolah
DeleteTahun ni sy pun nak balik raya kat Terwngganu. Nak makan nasi dagang.. Dah lama sangat tak jamah nasi dagang. Rindduuuuu. Huhu
ReplyDeletekan? tapi raya ada je nasi dagang kak? rumah mak sdra sy ada nasi briyani sje
Deletemeriahnya majlis berbuka puasa..dapat banyak biskut raya pulak tue..best2
ReplyDeleteWah nampak macam meriah je
ReplyDeletehttp://tarotthefool.blogspot.com/2017/06/perbezaan-uni-life-dan-matriks-life.html
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)