Advertisement

Responsive Advertisement

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest - Idea Dekorasi Raya Rumah Kecil

Salam 13 Ramadhan buat semua.

Dah masuk 13 hari kita semua berpuasa. Dah nak masuk separa bulan Ramadhan lagi beberapa hari. Dah makin hampir pula kita dengan ketibaan Syawal yang bakal diraikan. Rai rai jugak, rumah dah kemas belum? Pakai langsir tahun lepas lagi ke cik timah? Sarung kusyen tak nak tukor ke? hihi. Tak ada. Gurau aje. Mana tahu ada plan nak deko deko rumah bersama Eric gitu. hehe. 
Marhaban Ya Ramadhan Lazada
Nikmat dikongsi bersama.
Sepanjang Ramadhan ini, Lazada Malaysia turut mengadakan jualan murah melalui kempen Marhaban Ya Ramadhan dan  Riang Raya Sale yang berlangsung bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017!! Diskaun istimewa sehingga 90% yer kawan-kawan semua! Banyak tuuu! Ape lagi nak tunggu? Nanti kehabisan stok jangan melangut depan tangga rumah udah ler.
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Dan semestinya Lazada Malaysia juga turut mengadakan blogger contest bermula 19 Mei sehingga 23 Jun 2017 ini. Contest selama 4 minggu yang mempunyai 1 tema untuk 1 minggu. Jom kawan-kawan blogger! Kita sertai contest ni bersama-sama! Lagi ramai penyertaan, lagi banyak hadiah disediakan! Sehingga RM10,000 Shopping Voucher disediakan!! Betul ni, IQ tak tipuuuuu...try check di sini

Contest untuk minggu kedua.

Tempoh Contest: 2 Jun 2017 - 8 Jun 2017
Tema: My Ramadhan Home

A. DEKORASI RAYA RUMAH IQ??

IQ masih tinggal di rumah sewa sekarang. Belum ada rezeki nak ada rumah sendiri lagi. Dan rumah sewa IQ kecil sangat tapi cukup ruang untuk 3 orang isi rumahnya. Keluasan hanya 500++ sqft. Memang ruang cukup2 je nak bergolek sana sini. Kalau family mertua IQ datang, mulalah masing2 tak cukup ruang nak tidur. Kena berhimpit disebabkan ruang yang terhad. 
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest - Idea Dekorasi Raya Rumah Kecil
Penggunaan ruang bawah terlampau banyak. Dinding kosong.
Jadi, IQ plan nak ubah suai perabot rumah IQ! mungkin tak banyak, tapi at least nak cari perabot yang boleh letak barang-barang yang kecil2 ni. Rak berkenaan mestilah tergantung di dinding, bagi mengelakkan si kecil capai barang. Dan IQ perlukan kerusi kecil. Disebabkan rumah IQ ni tak ada sofa, IQ plan nak cari kerusi senang dilipat dan jimat ruang.

B. 4 TIPS HIAS RUMAH KECIL.

1- Pasang cermin!

Cermin amatlah berfungsi dengan bagus bagi memperlihatkan ruang rumah yang lebih luas, walaupun hakikatnya kecil cinonet je rumahnya. hihi. IQ dah pasang cermin pada satu sudut dan hasilnya memang best! Memang rumah nampak lagi luas dan lapang. 

2- Cat dinding dengan warna yang lebih lembut.

Ruang yang sempit akan bertambah sempit dengan penggunaan warna yang lebih gelap. Jadi, pilih warna yang lebih lembut bagi menampakkan ruang yang lebih luas dan lapang.
Idea Deko Rumah Kecil
Ruang dinding berwarna lembut dan terang.
3- Penggunaan perabot yang pelbagai fungsi.

Perabot pelbagai fungsi ni bagus digunakan bagi mereka yang memiliki rumah yang kecil. Dari meja komputer boleh diselitkan bangku. Dari meja kopi menjadi meja makan jepun yang boleh memuatkan 8 orang duduk bersila. Perabot seperti ini perlu ada untuk rumah kecil bagi menjimatkan penggunaan ruang rumah.

4- Guna perabot yang tidak mengambil ruang yang banyak.

Perabot yang besar mestilah memerlukan ruang yang banyak. Bagi rumah yang kecil, perabot yang besar amat tidak sesuai digunakan. Cari perabot yang bersaiz kecil dan ringkas bagi menjimatkan penggunaan ruang rumah.



C. PERABOT MUDAH PASANG UNTUK RUMAH KECIL IQ!



Sofa boleh lipat ni sangat bagus untuk ruang rumah yang kecil macam rumah IQ. Senang dilipat dan disimpan di mana-mana. Tambahan pula, sofa boleh lipat ini tengah ada hot deal! Rugi kalau tak grab!
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest - Idea Dekorasi Raya Rumah Kecil
Foldable Sofa yang fleksibel.

Cabinet ni boleh digantung pada dinding. Haruslah letak tinggi2 supaya si kecil tak dapat mencapainya. Boleh isi barang-barang seperti ubat, mudah diambil dan selamat. Kalau beli dua set ni, boleh hias frame gambar atas cabinet ni. cun jugak kan?
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest - Idea Dekorasi Raya Rumah Kecil
Cabinet dinding yang menjimatkan ruang
Berangan-berangan jugak, berangan biarlah ada usaha untuk menghiaskan rumah. Harap ada semangat nak kemas rumah lepas ni. Rumah sepah sebab budak kecik tu je la haa, tak per la, rumah sepah tanda anak bijak. haaa..bijak sangat! Jangan ganggu ibu dia deko rumah sudah. XD. Ok, nak sambung cuci mata di Lazada lagi. Bye2!

Post a Comment

18 Comments

  1. barang dak tecik qaid dah penuh satu ruang, barang dia saja..hahaa
    good luck qis

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dia, mmg baru dia da satu sudut, pening!

      terima kasih kak suzie =)

      Delete
  2. Nice tips IQ. Eyqa suka sangat deco rumah tapi belum ada rumah sendiri. So, mampu deco bilik je. Lagi satu memang suka sangat shopping kat lazada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, IQ pun rumah sewa je, heee,

      sama la! IQ pun suka shopping di Lazada berbanding shopping dkat laman web lain

      Delete
  3. tetibe rase nak deco rumah dah ni nk raye.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, dah nak raya ni, kena plan hias rumah,

      Delete
  4. Bagus tips ni...sbb rumah Eyda pn kecil memanjang...boleh gunapakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Rumah kecil dan memanjang bagus pakai tips ni. Kena buat rumah nampak luas dan lapang

      Delete
  5. Goodluck IQ ...
    Rumah mrs pip pun kecil juga,
    Anak anak still kecil, so mmg tak beli sofa,
    at least ada ruang anak anak bermain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mrs pip. Aah. IQ pun tak nak beli sofa lagi...sebab anak IQ pun kecik lagi

      Delete
  6. All the best IQ.
    Sofa Sokano tu nampak menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih reen.

      Aah. Menarik kan. IQ duk ushar2 gak ni. Mesti best klu grab satu

      Delete
  7. Waahhh.. tipssss menarik... rumah kecik ni susah kalau org datang jee.. tapai kalau kita satu family je nak duduk best sebab tak penat kemas bhahahaahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kecik mmg senang nak kemas. Tak banyak barang. Cuma kalau ada budak ni kemas berulang kali la jawabnya. Haha

      Delete
  8. Nice blog IQ. Lazada Ramadhan Sale is now coming again. I already prepare a list and now waiting for the product wise sale.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)