Advertisement

Responsive Advertisement

Bateri Kereta IQ Kong - Faisal Battery Penyelamatnya!

Salam 21 Ramadhan semua.

Semalam kan, bateri kereta IQ kong!! Masa tu baru lepas beli juadah berbuka di bazar plak tu. Sebelum pergi bazar, IQ singgah 99 Speedmart beli susu dan pampers Qaíd. Then, singgah bazar sebab bazar dah dekat. Beli nasi ambeng, nasi dagang, air lemon herba, kuih 2 3 jenis lepas tu gerak balik. Tapi sekali start kereta....

KREK...KREKK...KREKK...

Ah sudah! Time ni la dia nak habis. Adehh. Actually, IQ da alert bateri kereta nak habis dari minggu lepas lagi. Nak start kereta tu agak susah tapi still boleh start la. IQ ada la jugak pujuk kereta, Sayang kalau nak rosak, rosak la hujung minggu, ada orang tolong tukar. Sape yang boleh tolong tukar? Of course la adik-adik ipar tersayang. haha! Dah hidup sorang2 ni dorang je la IQ mintak tolongnya. Last2 minggu lepas dia tak kong lagi. Sampai la semalam, akhirnya sampai situ je la riwayat dia.

IQ call sape? IQ bagitahu adik ipar yang stay sekali dengan IQ tu dekat Whatsapp. IQ ada jugak call adik2 ipar yang lain, semua tak angkat. Lepas tu, try la google kedai bengkel terdekat. IQ pergi bazar dekat Setiawangsa, so, IQ search bengkel area situ.

Dapat la satu. Sekali kedai aksesori kereta plak dah. Tapi ada jual bateri kereta jugak. Cuma agak mahal bagi IQ. IQ try gak la nego tapi biasa la, tak makan. Bateri kereta viva sel basah je dah RM180, tanpa pemasangan. Sekali pemasangan RM210. Mahalnya! IQ pernah sekali pasang RM150 je. Kedai tu memang dah dekat tapi kenapa la mahal sangat. Mungkin sebab kedai aksesori. kan? IQ cakap IQ akan send location tapi last2 IQ google tempat lain plak. hehe.

Ada jugak IQ call servis tukar bateri yang famous di media sosial. Tak nak sebut tapi ingatkan boleh datang cepat, rupanya boleh datang pukul 10 malam! Masa tu baru pukul 5 lebih. Tak jadi plak. Lambat sangat. Tak lalu nak tunggu lama2.
http://faisalbattery.com/
Faisalbattery.com
Last sekali IQ jumpa satu servis tukar bateri ni dekat Google. FAISALBATTERY.COM . Web dia sangat bagus dan senang untuk digunakan, klik Call terus keluar No.phone dekat dial handphone. Orang yang IQ call pun sangat friendly. Bila IQ tanya area dia berada masa tu, dia cakap tak per, kami ada wakil kami area akak. Wahhh, mudahnya! Servis dia sangat cepat yer! Dia terus beri nombor kita pada mekanik kawasan kita, dan mekanik kawasan kita akan datang tukarkan bateri. Sangat bagus kerjanya!

Harga bateri yang dia jual? Lagi murah berbanding harga yang IQ call first tu. Sel kering RM190 sekali dengan pemasangan. IQ terus ON sebab lagi murah walaupun mekanik jauh sikit dari Ampang. Yang jauh pun bagi harga murah, yang dekat kemain nak ketuk harga mahal2. huh! Marah ni marah, nasib baik puasa. hehe. 
http://faisalbattery.com/
Laman web yang mudah. Kalau menggunakan handphone, boleh terus klik untuk call. User friendly sangat web dia. Bagus!
IQ menunggu dalam setengah jam jugak la. Bateri handphone pun dah nak habis. Off data internet. Tunggu panggilan masuk mekanik tu je untuk bagitahu lokasi terkini. Bila dah sampai, mekanik tu terus suruh start kereta. Memang confirm bateri habis katanya.

Alhamdulillah. Urusan tukar bateri selesai. Hasil kerja dia sangat bagus. Orang yang IQ call sebelum tu nak tahu update seterusnya daripada IQ tapi disebabkan handphone IQ kehabisan bateri jugak, so..masuk voicemail aje. IQ just call dia balik selepas IQ sampai rumah dan beritahu segalanya dah selesai.
http://faisalbattery.com/
Servis terbaik. haruslah pilih Faisal Battery.
Terima kasih sangat-sangat kepada Faisal Battery sebab memberikan servis yang terbaik buat IQ. InsyaAllah jika ada kenalan yang memerlukan khidmat, akan IQ suggestkan Faisal Battery pada mereka. Tak rugi share info bagus pada orang kan?
http://faisalbattery.com/
IQ tak tahu la kalau ini la owner dia ke. Tu sebab nama dia Faisal Battery kot kot nyer. hehe
ok la. tu je nak cerita. Cerita banyak tapi tertangguh. Next entry la plaakk.

Post a Comment

20 Comments

  1. Pernah kena gak ritu sal bateri. Tp mujur kena kat rumah je. Nak start pergi keje tak boleh. Trpaksa la mintak tlg spupu.

    Bagus servis faisal ni. Terbaik la IQ share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena dekat rumah boleh lepak rumah sementara tunggu mekanik sampai kan?

      sangat bagus servis dia, betul tak tipu

      Delete
  2. wow bagusnya perkhidmatan mcm tu. user friendly. memang orang cari lah kalau servis bagus. IQ pun bagus sebab sharing hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe, biar servis bagus, customer pun puas hati, macam IQ. XD

      Delete
  3. Thanks.
    Saya dah copy faizal.

    ReplyDelete
  4. Semua orang ada pengalaman bateri kereta kong macam ni.

    Mujur ada Faisal Battery

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, IQ pun banyak kali da experience bateri kong ni, cuma kali ni tanpa arwah suami, kalau ada arwah, roger arwah je..heee

      Delete
  5. panik jugak bila bateri kong. pengalaman saya pulak kong time hantar anak kat rumah pengasuh. nak start, xboleh..nasib baiklah kat area perumahan. bukan kat tengah jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, selalunya battery akan kong bila matikan enjin, jarang bateri mati tengah jalan, kecuali masalah alternator

      Delete
  6. wahhh. faizal battery. busyra bru tau.. tq atas prkongsian ni IQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. busyra bagus simpan web ni, untuk rujukan masa depan, IQ da simpan siap2 dah

      Delete
  7. Thank you for sharing. Might help me in the future. Al-maklum, kerja jauh daripada suami... mana tahu di tengah jalan nak balik rumah, bateri kong.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, bagus kalau simpan no. faisal battery ni, servis tiptop

      Delete
  8. Thanks for sharing. Baru je kereta battery kong semalam. Hehe. Next time boleh lah try faisal battery ni pulak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeker? bermusim plak battery kong ni kan? XD

      Delete
  9. Terima kasih...sy mohd faisal owner pada faisalbattery.com....terima kasih pada cik izyan buat review service saya...terharu saya baca...moga sy & team dpt terus memberi service yg terbaik buat pelanggan kami...��

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, ower faisalbattery.com singgah. sama2, servis memang terbaik! saya bagi 10 bintang!

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)