Advertisement

Responsive Advertisement

Tadaa! Rambut Terbaru Qaíd

Salam dan selamat pagi semua!

hek2..nak gelak sebenarnya sebab entry lepas IQ pos pasal nak potong rambut Qaíd kan? Ingatkan nak lengahkan masa, sebab sayang jugak rambutnya. Tapi tup tup petang tu terus potong rambut dia!! haha! Tengah ralit Qaíd tengok cerita kartun, bagi sign dekat adik ipar, Jom kerjakan rambut Qaíd! Yeaahhh!!

Sebenarnya Mak Lang Qaíd yang banyak bagi sumbangan dalam acara potong rambut Qaíd ni. Haha! Masa IQ baru pegang gunting, confident level tu jatuh menjunam! bukan apa, risau senget rambut budak ni, habis la hilang kecomelan dia. So, pass baton dekat adik ipar IQ. IQ cuba nak pegang kepala dia, tapi pegang kepala buatkan budak tu lagi meronta. So, bagi dia leisure2...ngadap kartun sambil potong apa yang patut.

Mulakan dengan rambut depan. Mujur Mak Lang dia hati kering, zappp terus hilang sebahagian. Zap lagi, terus senget sikit sebab Qaíd pusing2kan kepala dia. Qaíd kalau nampak gunting yang Mak Lang dia pegang terus meronta nak peluk ibu dia. Dia tak tahu ibu dia dah prepare gunting lain untuk potong rambut belakang dia. Haha!

Dua orang tukang gunting dalam satu masa, memang perghhh. Potong sikit2. Agak2 senget tu cover balik. Last touch up bahagian telinga, sebab masa ni Qaíd dah kritikal garu-garu sebab gatal rambut. Kipas off sebab tak nak rambut yang dipotong tu terbang merata. Dan disebabkan hal tu, budak tu kepanasan dan garu2. Zap sana zap sini. Then Setel! Terus Mak Lang dia bawak pergi mandi. Fiuhhhh! Siap jugak akhirnya!

Kalau bawak dekat kedai budak ni, mahunya kena cas RM10++. Padahal gunting punya la sikit. Tak berbaloi. So, decide gunting sendiri je la. At least tak ada la kecewa mana kalau tak comel. haha! tapi mesti kena buat jadi comel jugak. Dah namanya budak...hehehe..

So, ni la dia hasilnya!!! Budak ni sampai lepas mandi pun still merengek nangis. Sedih sangat dia rambut kpop dia kena potong. hehe.

Rambut Topi Keledar Qaíd
Hantar gambar dekat group family IQ, kakak IQ gelak besar. Sebab dia cakap sejibik rambut ibu dia masa kecik. Grrrr. Topi keledar! haha~tak perlah, janji comel..heee

Say hye  Qaíd!
Till then, dan selamat hari ibu! bai!

Post a Comment

20 Comments

  1. Qaid tetap comel dgn rambut baru,
    budak2 ni biasa ni, tak duduk diam klu potong rambut..lps hbis potong sambung nangis mcm kena haper je hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kan kak? menangis xberenti...adehai...kte plak rse serba salah potong rambut tu

      Delete
  2. Comelnya anak. Rambut baru tu pun comel sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. rambut baru tu sendiri potong...nseb baik ok

      Delete
  3. Rambut helmet..!!! It's my childhood haircut too.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kan? semua org akan ada rambut ni...kuikuikui

      Delete
  4. Salam... Tahniah kerana terpilih sbg pemanang contest Rockstar Gym melalui blog Abah Careno (https://lancareno.com/2017/04/rockstar-gym-cungkil-bakat-anak-bersukan.html/)... Boleh PM Lan untuk berikan detail k... Tahniah dan terima kasih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...thanks abg lan! nanti IQ pm!

      Delete
  5. hahaha style rambut dia...jles kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, FF boleh la nak ikut style rambut camni...haha

      Delete
  6. Too adorable. He reminds me of Lara, versi lelaki... Give him kisses and hugs for me, ya.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. nisa dah jadi orang ke berapa ntah ckp Qaíd macam lara versi lelaki..huhu..will do for you. =)

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)