Advertisement

Responsive Advertisement

Majlis Tunang Adik Ipar di Shah Alam

Salam semua!

Semalam IQ off, ada urusan di mahkamah syariah berkenaan faraid Arwah suami. So, IQ tak dapat nak update pape mengenai hujung minggu lepas. Walau apa pun, Alhamdulillah, urusan di mahkamah akhirnya selesai dan hanya tunggu sijil faraid keluar minggu depan. Nanti IQ share prosedur tuntut faraid jika IQ berkelapangan yer? Sekarang ni IQ excited nak cerita pasal apa yang berlaku hari ahad lepas. Biarpun ada yang dah tahu melalui Instagram, tapi dekat IG mungkin IQ tak cerita flow by flow. So, IQ cerita di sini sahaja la buat kenangan semua.

Tanggal 21 May 2017, tarikh keramat buat adik ipar IQ yang no.2 di mana dia telah selamat ditunangkan bersama tunangnya. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun perjalanan ke Shah Alam dari KL agak sesak disebabkan Standard Charted Marathon. Highway DUKE tak boleh lalu, terpaksa masuk bandar. Rupanya start finish pun dekat Dataran Merdeka, haru jugak jem dia. huhu.

Kami tiba di Masjid Al-Hidayah Seksyen 18 agak lewat. Lewat 15 minit macam tu. Ada touchup hantaran sebab Mak Lang ada sponsor satu dulang coklat. Dulang hantaran daripada pihak lelaki IQ yang siapkan tau! Tangan kretip la kononnya. Ingatkan ada 5 dulang je, rupanya 7 dulang semuanya termasuk satu bakul besar buah-buahan. Nanti IQ akan share pasal dulang hantaran ni next entry InsyaAllah.
Tunjuk hantaran dulu. hihi. Gambar atas, dari lelaki untuk perempuan, Gambar bawah, dari perempuan untuk lelaki.
Sampai di perkarangan rumah pihak perempuan setengah jam daripada jangka masa yang ditetapkan. Tapi pihak perempuan sangat professional dalam mengendalikan majlis. Mak mertua IQ sangat kagum dengan aturcara yang dibuat oleh pihak perempuan untuk melancarkan majlis yang kecil tapi meriah tu.
Sesi berbalas pantun dan perjanjian pertunangan
Alhamdulillah, rombongan pihak lelaki disambut baik, dan perjanjian untuk melaksanakan perkahwinan telah termeterai. InsyaAllah bakal diadakan majlisnya pada tahun depan. InsyaAllah, moga Allah SWT permudahkan urusan menyatukan dua insan ini. Setelah majlis perjanjian dibuat, majlis tahlil untuk mereka yang telah pergi turut diadakan. Alhamdulillah, nama Arwah suami IQ turut disebut dalam majlis tahlil ini. Berkaca sekejap mata ini, alangkah seronok jika Arwah ada sekali. Mesti habis disakatnya adik dia yang bakal bertunang tu.

Selesai tahlil, sesi menyarung cincin pula. Alhamdulillah, semua selesai. Sesi bergambar kenangan dengan bakal biras IQ bersama kaum keluarga yang hadir. Pandai adik ipar IQ cari bakal isteri dia, cantik, sopan santun plak tu. Yang paling penting, kena ngam dengan kitaorang makhluk2 perempuan dalam family Hasan Basri ni. HAHA!
Ehek, memalu plak. Bakal biras IQ dan mak mertua IQ. =)
Bersama kaum keluarga.

boleh ngam ni. =P
Si cantik berdarah manis. 
darah manis dua orang ni, dugaan bertunang lagi kuat, kena sama2 bertolak ansur lepas ni.
Hey, budak kecik ni mana boleh tak ada gambar. Even susah sangat nak ambik gambar dia, tapi wajib ada jugak!! comot sebab baru lepas makan nasi. Makan nasi je nak, lain2 kurang.
Lepas tu? Makan la ape lagi! Part paling penting tu, apatah lagi bakal mertua adik ipar ni adalah seorang caterer! Memang makanan yang dihidangkan superb habis! Lauk feveret IQ sejak majlis merisik lagi iaitu daging black pepper!! sedap sangat! gerai kuih muih pun ada menghidangkan lebih 20 jenis kuih murih. Mee kari pun ada! Memang rasa tak nak balik, nak ngadap makanan tu sampai petang. Tapi disebabkan kena jaga keayuan, makan ala kadar, kononnya...tapi dah bedal satay, nasi minyak dengan 3 lauk daging, kambing, ayam, dan kuih muih jugak...haha!

Selesai makan, kami beransur pulang. Berkumpul di Masjid Al-Hidayah untuk solat zohor. Alhamdulillah...selesai semuanya. Darah manis dah bakal pengantin berdua ni. Tak sabar nak tunggu tahun depan pula! Moga Allah SWT berkati perjalanan kalian berdua.
Last but not least, Qaíd dan ibu laaa...gambar dengan budak ni kena ada banyak shot, kalau satu shot mesti tak menjadi. haha!
Itulah kisah IQ hujung minggu lepas. Penat tapi seronok. k la, till then, next entry plak ye! bai!

Post a Comment

8 Comments

  1. Smga dipermudahkan segala urusan untuk hari bahagia dieorg nanti.


    Amboi. Cantikk dulang2 yg IQ hias. Memang ada bakat ni. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...Amiin..

      cantik ke? kena tengok next entry, lagi clear...heee

      Delete
  2. la ni bertunang macam nak bersanding ..tahniah adik dan pasangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, anak perempuan bongsu dan tunggal, meriah sikit. =) terima kasih bagi pihak adik. =)

      Delete
  3. wahh tahniah tahniah!!

    https://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/template-baru-blog-elsaalicious.html

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)