Advertisement

Responsive Advertisement

Rindu Arwah Ayahnya

Semalam ke dua hari lepas, adik ipar IQ bercerita pasal si Qa'id. Qa'id ni kalau balik dari rumah pengasuh memang adik ipar IQ yang ambikkan, sebab IQ pun tinggal bersama adik ipar IQ sejak IQ dah mula bekerja selepas pemergian Arwah Suami IQ. So, adik ipar IQ ni yang banyak tolong IQ kalau IQ tak menang tangan handle si Qa'id sorang2. 

Ceritanya bila adik ipar IQ ni dah ambik Qa'id dari rumah pengasuh, dorang pun lepak depan TV, even Qa'id masih belum boleh bercakap dengan jelas, tapi kitaorang tetap nak cakap dengan dia macam biasa, mudahkan percakapan dia nanti...sedang2 adik ipar IQ bercakap2 dengan Qa'id tu, adik ipar IQ terperasan, Qa'id diam je tak balas cakap dengan adik ipar IQ tu...adik ipar IQ mengadap tv sambil bercakap...dan

Bila adik ipar IQ berpaling pada Qa'id, dia tengok Qa'id tengah pandang di satu sudut tinggi....di mana letaknya gambar ibu dan ayah masa kahwin. Gambar tu IQ baru print dengan Photobook dan framekan beberapa minggu lepas. Sengaja IQ letak atas almari yang tinggi sikit nak elak si Qa'id ni capai..

Adik ipar IQ cakap, Qa'id tenung je gambar tu...senyap...lama...dia mungkin macam kenal orang dalam gambar tu, sorang tu semestinya ibu dia, dan seorang lagi tu mesti dia dah lama tak nampak...

Kisah tu buatkan IQ sebak. Sebab IQ tahu, Qa'id rindu sangat pada ayah dia. Kasih seorang ayah IQ boleh nampak dalam diri Arwah sejak Qa'id dilahirkan, tak pernah Arwah abaikan Qa'id, Arwah rajin salinkan pampers, mandikan Qa'id...Nyamuk gigit dimarahnya nyamuk tu...

IQ tahu Qa'id mesti rindu nak main dengan ayah dia, nak bergelak dengan ayah dia...harap Qa'id akan faham satu hari nanti yang ayah dia dah tak ada di dunia ni, InsyaAllah berjumpa di alam sana pula...

Bukan niat IQ nak taip entry sedih tapi biarlah entry ni jadi kenangan buat IQ tentang momen2 Qa'id bila dia rindu pada Arwah ayah dia...sebab setiap momen tu berharga pada IQ, dan semestinya IQ yang akan jadi sebak sendiri...

Tenanglah abang di sana....Al-Fatihah..
Dah siap kubur Arwah seminggu selepas birthday IQ hari tu. =)

Post a Comment

16 Comments

  1. Bila sampai waktunya..Qaid pasti memahami setulusnya hati..

    ReplyDelete
  2. alfatihah untuk arwah ayah Qa'id. sabar kak :*

    ReplyDelete
  3. Sedih baca entry IQ sebab akak pun ada anak buah yang kehilangan bapanya masa kecil.. Alhamdulillah sekarang diaorang dapat terima hakikat sebenar..

    Al-fatihah untuk Arwah Ummi dan Arwah suami IQ..
    Semoga roh mereka dirahmatiNya selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak menghadapi hidup tanpa lelaki ni memang kena kuat kan kak...mudah2an macam tu la,

      Amiin, terima kasih kak untuk doanya

      Delete
  4. budak kecil walupun tak memahami tapi dia mengerti perasaan kehilangan, semoga IQ & qa'id terus tabah..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, ada sampai satu waktu dia akan rasa kekosongan juga...sebab mak dan pak sedara dia akan ada keluarga masing2

      Delete
  5. Al fatihah buat arwah. Semuga satu masa nanti Qaid faham dan semuga IQ tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  6. Semua ini perancanganNya.
    Bertabahlah.

    ReplyDelete
  7. jadi anak soleh Qaíd. Doakan Ayah kat sana :')

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)