Tuesday, December 27, 2016

Rumusan 2016 Dan Salam Tahun Baru 2017.

December 27, 2016 5
Rumusan 2016 Dan Salam Tahun Baru 2017.
Salam semua.

Hari ni 27hb Disember 2016. Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru. Tahun baru entah apa pula cabarannya. Hanya mampu berdoa agar segalanya berjalan dengan baik.

Berbalik kepada azam tahun 2016. Boleh view entry azam tahun 2016 IQ di sini.

Azam tahun 2016 nak tukar kerja dan jugak nak plan beli rumah. Hanya satu azam yang dapat dicapai tahun ni iaitu tukar kerja. Pulun dari awal tahun sampai la dapat beberapa interview, dan juga sampai tak tahu nak pilih kerja yang mana satu. Dasyat sangat. Akhirnya, permulaan kerja baru tidak seperti yang dibayangkan apabila Arwah Suami IQ pergi mengadap Illahi pada 21 Ogos yang lalu. Tarikh IQ masuk kerja baru 1 September 2016. Dengan baki cuti yang ada, IQ banyak habiskan dengan urusan Arwah Suami.

Namun, disebabkan Arwah pergi mengadap Illahi secara mengejut, IQ terpaksa ambil keputusan untuk tenangkan diri. Dua bulan IQ ambil masa. Bukan mudah, mulut boleh berbicara, hati dan fikiran belum tentu dapat menerimanya dengan mudah.

Plan nak beli rumah akhirnya tergendala. Namun, IQ sekarang mula untuk risik merisik step seterusnya untuk pembelian rumah. Biarpun IQ terpaksa berdiri sendiri, namun IQ harap IQ setanding dengan mana-mana insan yang berjaya di luar sana. Azam dan harapan untuk membeli rumah dilanjutkan ke tahun hadapan Insya-Allah. Sedikit demi sedikit, demi masa depan.

Ikutkan tahun ni kalau dapat rezeki nak tukar kereta besar sikit. Tapi tu masa Arwah Suami ada. Sekarang mungkin tak ada kot. Masa tu plan sebab anak makin membesar, keperluan semakin bertambah. Kereta kena dibesarkan saiznya juga. Tapi, segala yang kita rancang hanya Allah S.W.T. yang menentukan segala apa yang berlaku.

Arwah ummi pergi pada Januari 2016, Arwah Suami pergi pada Ogos 2016. Tahun yang sama, dua2 adalah insan paling baik dalam hidup IQ. Al-Fatihah.

Semoga tahun baru ini memberikan sinar baru buat kita semua. Insya-Allah.

Selamat tahun baru kalian. Ni entry tahun baru sekaligus dengan rumusan tahun 2016. Aci la yer dok?

k.bai.

Sunday, December 18, 2016

Persiapan Ke Alam Sana, Bersediakah Kita?

December 18, 2016 1
Persiapan Ke Alam Sana, Bersediakah Kita?
Salam blog.

Kali ni sentimental sket. Baru usai solat isyak. Lewat solatnya sebab baru sudah urusan rumah selepas keluar seharian bersama keluarga.

Usai solat, IQ pandang telekung solat IQ. Telekung baru IQ pakai kali ni, sebab telekung yang selalu pakai tu basuh. Telekung yang baru ni brand telekung terkemuka sekarang ini. Ya. Telekung Siti Khadijah. Sangat berkualiti kainnya. Sejuk bila dipakai...kemas jahitannya. Sangat berbaloi beli satu ni untuk dipakai solat.

Bila ditenung balik kain telekung ni, rasa nak buat telekung ni untuk dijadikan kain kafan nanti. Terlalu cantik dan elok kainnya. Alangkah baik jika dipakai sebagai persalinan terakhir bukan? Bermonolog IQ kejap tadi...

Teringat masa Arwah ummi meninggal. Memang arwah ummi meninggal mengejut. Kami adik beradik tak prepare ape langsung. Mahu juga kami nak pakaikan telekung Arwah untuk persalinan terakhirnya namun jauh pula rumah Karak dengan rumah kakak masa tu. Tak sempat nak pergi ambil.
Mujurlah mak long dari  Kuantan membawa set pengurusan jenazah. Lengkap segala benda untuk pengurusan jenazah. Dari kapas gulung sampai la kain membalut jenazah. Mak long sendiri pun memang pengurus jenazah di Kuantan. Alhamdulillah. Mak long sendiri yang menguruskan jenazah Arwah adik iparnya iaitu Arwah ummi IQ. Terbayang saat2 Arwah Ummi dikafankan. Sayu.

Terbayang pula ketika Arwah Suami pergi mengadap Illahi. Ramai menyaksikan Arwah dikafankan. Penuh bilik pengurusan jenazah masa tu. Arwah dikafankan selapis demi selapis. Dari lapisan kapas sehinggalah lapisan terakhir kain kafan. Handsome saat terakhirnya. Kenapa handsome? Sebab Arwah senyum di saat Arwah pergi mengadap Illahi.

Bila teringat, mula la rindu. Bila rindu, mula la menitiskan air mata.

Al-Fatihah.

Sekian.

Wednesday, December 14, 2016

Life Update.

December 14, 2016 2
Life Update.
Salam blog.

Serius laaaa IQ sekarang punya la busy. Erkhhh...konon. Hampir dua minggu tak berupdate. Sibuk benau! Nak buat camne...i'm busy woman now...pfttt..

Dua minggu lepas buat akikah Qa'id...Alhamdulillah selamat sudah majlisnya. Amanat Arwah nak buat majlis akikah anaknya akhirnya terlaksana. Lega sangat da selesai. Huhu. Tapi masa majlis struggle betul dengan Qa'id menangis melalak...baru bangun tidur dah kena pusing dekat orang marhaban. Ape lagi kan....berpeluh ibu dia dibuatnya. Fiuhh...

Minggu lepas plak pergi kenduri kahwin dekat Kamunting Perak. Sepupu rapat kepada Arwah suami kahwin. Arwah selalu bercerita tentang sepupu yang satu ni. Anyway..pernah la jumpa sebelum ni...cuma Arwah tak der rezeki nak pergi kenduri sepupunya ni. Huuu..

Bulan ni agak kritikal sebab hujung tahun kan? Banyak perkara nak setel tapi tak setel2 lagi. Bukan senang nak handle segala perkara sorang2. Dulu berdua boleh la nak bahagi2 benda nak disetelkan. Tapi sekarang memang totally diri sendiri yang kena buat. Kederat 4 kerat ni la nak ke sana sini. Allah SWT tahu IQ mampu. InsyaAllah IQ cuba untuk buktikan IQ mampu buat semua sendiri.

Minggu lepas dapat berita sedih juga. Kawan satu sekolah juga telah kehilangan suami tercinta. Tak tertanya apa puncanya tapi dia lagi kuat dari IQ sebab dia ada 3 orang permata hati yang perlu dibesarkan. Kuat lagi dugaan dia berbanding dugaan yang Allah bagi pada IQ. Dia dah kehilangan ayahnya sejak umur 9 tahun...dan kini kehilangan kasih suami pula...kawan IQ masih bersedih...memang semua yang berlaku perlukan masa. IQ sendiri ambil masa untuk bertenang. Bukan mudah menerima apa yang berlaku sekelip mata.

Tabahlah teman. Allah SWT sentiasa menguji makhluk-Nya untuk kita sentiasa ingat kepada-Nya.

Sekian.

Monday, December 12, 2016

Sebab

December 12, 2016 0
Sebab
Sebab tak ada orang nak tanya

Kau ok ke? Sihat tak? Kau sebenar ada penyakit ke? Ada efek ke kat badan kau kalau kau buat semua ni?

Sebab tak ada. Tak ada yang menanya.

Sebab kau sorang2 beb. Tak ada sape nak kesahkan kau sebenarnya. Kau sakit ke kau mati ke orang bukan kesah.

Yang orang kesah yang satu tu. Yang tu je orang kesah. Orang kesah dekat kau buat apa. Tak ada kena mengena pun dalam life dorang. Lain la yang satu tu. Ada hubung kait sana sini. Jadi pape dekat yang satu tu, habis la kau. Kau yang kena.

Sebab kau bukan sape2. Sebab tu kau tu tak ada sape nak menanya. Faham?