Wednesday, October 26, 2016

Hadiah Yang Tak Kesampaian

October 26, 2016 2
Hadiah Yang Tak Kesampaian
Salam semua.

IQ dah balik melaka. Semalam sampai melaka jer, si anak da depakan tangan. Alahai. Rindu ibu gamaknya. Baru satu malam tak tidur bersama. Huhu. Rindu. Tambah tambah dia dah besar ni makin panjang akal dia, mulut tu nak membebel sepanjang masa. Pening opah dan atok dia nak melayan.

Hadiah. IQ sebenarnya sebak nak cerita tentang ini. Tapi yer la, biarlah ianya jadi satu kenangan, dan tanda Arwah Suami nak pergi. Dari awal permulaan tahun, sewaktu ulangtahun perkahwinan kami yang pertama, dihadiahkan IQ sebijik kamera SJ Cam SJ4000. Arwah ni akan tanya, IQ teringin nak sesuatu tak? Kalau IQ ada cakap something, dia akan usaha untuk adakan.

Masa birthday IQ April lepas IQ ada cerita dekat blog ni, Arwah ada hadiahkan sebuah handphone. Masa tu IQ memang nak pakai dua handphone sebab pakai satu handphone ni selalu hang...then, Arwah belikan IQ handphone baru. Tak minta tapi Arwah cukup faham keadaan masa tu...

Lepas IQ dapat handphone tu, Arwah ada cakap dekat IQ, "nanti birthday abang, abang nak PS4 tau!" IQ senyum. Yerp. Memang IQ nak aim beli apa yang Arwah nak...birthday dia pun bulan 10...cukup 6 bulan nak simpan duit beli PS4 tu. So, IQ plan dalam diam. Nak tengok sangat Arwah happy dapat benda yang dia suka kan?

Lepas beberapa bulan, tetiba Arwah cakap, "sayang, tak yah la beli PS4 untuk birthday abang, sayang belikan abang baju kerja banyak2. Baju kerja abang lama tak beli baru". Lelaki. Tau je la berapa kerap nak beli baju kerja baru. Boleh bilang dengan jari jer. Dalam hati fikir, cukup kot duit nak beli dua dua. Tak per. Ada rezeki nanti, ada lah.

Masa nak raya, kewangan kitaorang tak menentu. Baju raya Arwah pun takat tiga helai tshirt. Bonus banyak dilebihkan kepada tuang minyak untuk jalan jalan raya. Sampai la satu ketika Arwah berkata lagi, "sayang, tak yah beli pape untuk hadiah birthday abang, simpan duit. Nak pakai banyak untuk raya ni, nak balik kampung lagi, takut tak cukup jer." Hati IQ dah tak sedap tapi menidakkan semua tu. Memang masa tu kewangan agak teruk. Masa tengah beraya pun duit hilang beratus. Tak sedar beraya pun ada yang tangan panjang. Bukan rezeki kami. Apa yang Arwah cakap terpaksa IQ turutkan. Harapan nak beli PS4 pudar. Tak per. IQ harapkan ada rezeki lain.

Namun, inilah takdirnya. Arwah menolak semuanya macam tahu dia akan pergi dahulu. Urusan di dunia Arwah sudah tak ambil peduli. Tak kisah tentang dirinya. Yang difikirkannya isteri, anak, dan keluarganya. Itulah Arwah yang IQ kenal.

Semalam jumpa akak yang baik dengan Arwah di pejabatnya. IQ pergi pejabat lama Arwah. Ada urusan sikit. Sambil2 borak teringat kenangan. Menitis lagi air mata ni. Hye kak bai! Nanti kita jumpa lagi k!

Till then. Bye guys.

Monday, October 24, 2016

Ulangtahun Arwah Suami

October 24, 2016 4
Ulangtahun Arwah Suami
Salam...

IQ berada di KL sekarang. Cadangnya esok interview, tapi pagi tadi dapat call postpone minggu depan pulak. Haishhh....nak kena balik melaka esok, tak boleh nak tinggal anak lama lama. Rindu!

Hari ni ulangtahun Arwah suami IQ yang ke-28 sepatutnya. Lagi dua bulan nak genap 28 tahun, Arwah pergi dulu. Tahun lepas sambut first time sebagai suami, seronok IQ buat surprise. Masa tu IQ dalam pantang, nak keluar jalan2 memang mimpi la. Huhu. Buat surprise delivery jer. Tapi tahun ni dah tak der semua tu. Dah tak rasa nak buat surprise bagai.

Nak buat dekat Qa'id pun, tak kan sama dengan suami. Qa'id pun ramai yang melayan dia. Nak buat private berdua pun tak meriah sebab dia kan kecik lagi....kan? Mesti nak semua orang nyanyi2 dekat dia.

Arwah ni yang IQ perasan, dapat rasa segalanya hanya sekali. Rasa dapat anak sekali, rasa sambut birthday sebagai seorang suami sekali. Dapat sambut ulangtahun perkahwinan sekali...semua sekali....Allah SWT nak bagi Arwah rasa biarpun sekali then Allah ambik dia. Pergi buat selamanya.
Semua orang masih tak percaya Arwah dah pergi. Dua bulan dah berlalu. Bukan senang masing masing nak lepaskan insan yang banyak tolong diaorang masa susah. Arwah memang suka tolong orang. Saham dia di sana. Tak banyak merungut. Memang seorang yang sangat sempurna di mata IQ dan yang lain.

Hari special macam ni memang buat hati meruntun rindu. Allah je la tahu betapa IQ rindu Arwah sangat2. Dipujuknya hati supaya tak nangis, kena kuat. Kena berdikari. Semua kena buat sendiri. Pujuk diri sendiri bila sedih. Segala benda memang pendam sendiri. Nak mengadu memang tak ada tempat. Sebab semua orang pun ada masalah. Dan memang tempat seorang isteri di sisi suami....tapi bila suami dah tak der, hilang arah dibuatnya...

Selamat ulangtahun sayang. Hanya abang di hati sayang. Selamanya.

Sekian.

Friday, October 21, 2016

Kejap Ada Kejap Tak Ada

October 21, 2016 1
Kejap Ada Kejap Tak Ada
Salam semua.

Fiuhhh...seminggu tak berupdate. Maknanya life went well. Kalau ada yang tak kena, memang ada la entry dekat blog. Macam IQ cakap sebelum ni. Kita akan tulis ayat dan kata-kata terbaik bila kita tengah sedih dan marah. Bila kita happy, semua tu nampak fake. Kecuali nak tulis pasal event ke, yang tu sah2 pasal event je kan...tak der la nampak fake ke ape..

IQ tengah serabut. Kerja tak dapat dapat lagi. Susahnya nak cari kerja sekarang. Tambahan ekonomi negara pun macam sucks jer. (Tu laaa....sape suruh berenti kerja!) Well, semua orang boleh cakap macam tu, nak alami sesebuah kematian dan pulih kembali kepada sedia kala perlukan masa beb....serius tak tipu...bukan senang nak hadapi semua tu....tak rasa jangan nak pandai pandai cakap pape...huhu...

IQ dah contact semua kenalan dan client project masa IQ kerja dulu. Alhamdulillah...semua memang membantu cuma peluang tu macam tak der buat masa sekarang. Ada satu peluang nak masuk, tetiba ada masalah plak. Kecewa jugak. Tapi nak buat macam mana. Bukan rezeki IQ lagi buat masa sekarang ni. Sabar sabar...

IQ sendiri kadang rasa putus asa nak cari kerja tapi tak boleh putus asa jugak. Banyak benda kena fikir. Masa depan Qa'id. Makan minum. Hutang kereta. Komitmen dulu dan sekarang memang seratus peratus berubah. Dulu bayar kereta jer. Sekarang rumah sewa pun kena fikir sekali. Pampers dengan susu anak dulu arwah sediakan...sekarang diri sendiri kena fikir bajet bulanan untuk semua tu.

Kalau fikir pasal anak, memang rasanya tak ada masa nak fikir pasal diri sendiri. Dont mind at all. Tak kisah diri sendiri macam mana asalkan Qa'id membesar dengan sempurna. Isu kahwin lagi bukan isu utama dalam hidup IQ. Sebab bagi IQ, ramai lagi anak dara nak merasa kahwin tapi tak dapat kahwin kahwin lagi. Bagi peluang dekat anak dara laa...IQ dah rasa sekali cukup la. Huhu.

Ok la. Kereta dah siap basuh dekat carwash. Kejap lagi bertolak ke KL. Adik Arwah nak konvo ahad nanti. Huhu. Hari isnin nanti pun ulangtahun kelahiran Arwah. Allah....rindunya dekat abang. Hari ni pun genap dua bulan Arwah pergi. Banyak hari hari penting untuk bulan Oktober ni. Biase lah perempuan. Serba serbi akan jadi sentimental. Dont judge woman because of that, because woman always love to do that.

Ok.bai

Thursday, October 13, 2016

Dah Tak Berminat

October 13, 2016 2
Dah Tak Berminat

Salam...

Dah sudah...tak berminat apa pulak IQ kali ni? Huhu. Nasib la...keadaan bukan macam dulu...kalau dulu, tengok cerita romantik sikit, boleh pandang Arwah suami...senyum senyum plak lepas tu....konon nak suami sweet tahap semut harung gula la kononnya...tapi sekarang?

Dulu atau sekarang, kehidupan IQ tak jauh beza. Beza jugak tapi dari segi media sosial pun tetap sama...facebook tak berapa nak aktif jugak. Instagram je dulu aktif...sekarang dah private...fikirkan soal keselamatan Qa'id jugak...tak terbuka kepada orang ramai..hanya kawan kawan yang sebelum ni add sahaja...

Soal tak minat ni senang je nak cerita bab bab tengok drama romantik la....dulu layan sikit sikit drama melayu ni. Ni sejak arwah dah tak der, tak der da nak layan cintan cintun sorang sorang. Tak der feel tau tak? Drama terbaru, Suri Hati Mr Pilot tu pun IQ layan sekali jer, tu pun episod 2...sekarang ni tengah tayang dekat tv pun tak der terhegeh depan tv ngadap macam dulu...

Feel dah tak der. Mungkin. Nak tangkap romantik kang tetiba nangis dah satu hal plak. Orang lain senyum sengeh, kita ni plak sok sek sok sek...rindukan arwah suami....last last baik tak payah layan...lagi bagus...

Bila buka facebook, berderet kawan kawan pos pasal anak, pasal suami, pasal bercuti sana sini dengan family....tersentak jugak hati....mengenangkn IQ punya plan nak bercuti bertiga hanya tinggal plan...Arwah pergi dulu, tak sempat nak jalan jalan bertiga...yelah, nak kena tunggu waktu sesuai, duit lagi....tup tup Arwah pergi dulu....hurmm...

Last last scroll facebook laju laju...tak nak tengok adegan sweet orang lain dengan suami dorang...sentap hati ni....dulu pun IQ tak amalkan pos dekat facebook...sebab IQ tahu tak semua orang berpeluang nak bersuami lagi....tak berpeluang nak bertiga macam IQ sekarang...tapi yelah...kita yang buat, orang lain nak peduli ape kan pasal kita...haha!!

Bersederhanalah....tu je IQ nak pesan...sama sama beringat..semua ni hanya pinjaman....even kita sayang family kita, semua tu hanya pinjaman Allah...ini yang IQ rasa bila insan yang paling IQ sayang pergi buat selamanya...dan semestinya tiada yang kekal di dunia ni....

Cukup tazkirah dan merapu IQ kali ni. Duduk atas sejadah dengan solat Isyak dah nak tengah malam ni...kekonon jadi uztazah kejap...padahal solat pun bukan awal waktu...cesss...

Ok bai.

Sunday, October 9, 2016

Seperti Dulu...Seperti Sedia Kala

October 09, 2016 4
Seperti Dulu...Seperti Sedia Kala
Salam hari ahad.

Hari ahad semua masih terbongkang tidur semuanya. IQ sendiri sekarang di rumah adik IQ. Adik IQ selamat lahirkan bayi perempuan 6hb 10 2016 yang lepas. Dah 3 hari di sini. Dapat tengok baby comel ni puas puas.

Life tak berapa nak teratur sekarang. Dengan tak ada kerjanya. Income bulanan tak ada tapi masih kena bayar hutang kereta dan yang lain lain. Masa rehatkan diri mungkin dah sampai ke penghujungnya....memang dah sampai...IQ dah berpuluh kali hantar application kerja baru....baru satu dipanggil interview....yang lain masih sepi...

Hidup mesti diteruskan. Even hati rasa sedih lagi namun nak tak nak kena bangun. Kena jadi lagi kuat. Nak harapkan orang selalu pun tak boleh...kena ada life sendiri, cari duit sendiri, jaga diri sendiri dan anak...dan nak hidup sendiri macam dulu....hanya tanpa Arwah di sisi...

Hidup sendiri bukan bermakna tak menghargai orang yang nak hulurkan bantuan, hidup sendiri untuk jadi seorang yang kuat, yang ada pendirian, yang boleh berdiri atas kaki sendiri....dengan sokongan yang lain InsyaAllah boleh...

Harap ada yang mengerti jika IQ mahu hidup sendiri. IQ mahu kehidupan macam dulu. IQ boleh buat keputusan apa apa yang IQ mahu. IQ boleh pergi mana yang IQ suka. IQ bukan tak ingat Arwah masih baru pergi meninggalkan kami, IQ cuma nak biarlah kenangan itu tersemat di hati, bukan dalam kehidupan seharian...

Move on. Semua orang perlukan perubahan. Jika tidak, kita semua bakal ketinggalan.