Friday, September 30, 2016

Seperti Ayahnya...Ye ke?

September 30, 2016 4
Seperti Ayahnya...Ye ke?
Salam...

Mood nak datang bulan. IQ agak sensitif sejak dua menjak. Cepat marah, cepat nangis, cepat melatah...segala yang buruk2 memang muncul la..emo...biasa...perempuan..

Nak terasa hati pun rasa macam tak patut, patutnya IQ rasa bangga tapi entah la...rasa macam tak fair pun ada...IQ bukan nak kisah sangat...tapi ni yang IQ perhati dari awal lagi...dari Arwah Suami IQ masih hidup lagi...

Anak rupa sape? Anak ikut perangai sape? Anak iras sape paling banyak...? Anak punya achievement macam ikut sape masa kecik? Segala dipersoal...segalanya dikata itu ini....

Dari awal Qa'id lahir, Qa'id memang rupa IQ. Bila dia tembam, dia makin menyerupai Arwah ayah dia. Mostly sampai sekarang pun orang kata Qa'id ikut ayah dia. Kalau dulu IQ memang terasa bila orang kata Qa'id ikut ayah dia je, habis segala bahagian tak der pun ikut IQ, kecuali lesung pipit tu. Tapi sekarang IQ memang kalau boleh nak suruh Qa'id ikut sebijik Arwah ayah dia. Buat pengubat rindu...

Cuma yelah, bila diperkatakan soal perangai dan achievement Qa'id...IQ tak boleh nak kata apa, nak dikatakan Qa'id banyak ikut perangai arwah ayah dia, semua tu of course macam berat sebelah sebab IQ memang tak tahu perangai IQ masa kecik macam mana plus Arwah Ummi IQ pun tak der nak cerita IQ ni macam mana masa baby kan? Yang dengar hanya sebelah pihak...dan mostly semua macam Arwah Suami...

Terasa? Yes I am. Sebab IQ nampak Qa'id banyak ikut perangai IQ sebenarnya...perangai IQ masa mengandungkan dia. Apa yang IQ suka makan masa mengandung, Qa'id pun akan suka. Its not like macam dulu Arwah Ayah dia suka makan itu ini, sama macam Qa'id sekarang....IQ rasa tu tak berkait rapat sangat...I think....tabiat makan banyak mungkin boleh dihubung kaitkan tapi jenis makanan yang Qa'id suka makan bukan hundred percent sama macam Arwah...its not...

IQ rasa nak stopkan mulut2 orang yang berkata itu ini tentang perangai Qa'id ni macam mana. Sebab semua memang kait dengan Arwah Ayah dia je. Macam Arwah Ayah dia yang mengandungkan dia dan melahirkan dia. Gen ibu dia langsung tak der dalam badan dia agaknya. I know, the best thing is follow macam perangai Arwah ayah dia, seorang yang sangat baik dengan semua orang di sekeliling....tapi please jaga juga perasaan ibu dia...ibu dia juga ada gen dalam badan dia...takkan la baik dia tu semua asalnya dari ayah dia sahaja....ibu dia tak baik ke?

IQ tahu IQ bukan orang yang baik. IQ ngaku sangat perkara tu. Tapi bukankah berkata yang baik baik, menjaga hati semua orang tu juga perlu? Instead of berkata "nanti besar jadi macam ayah tau, baik dengan semua orang" IQ rasa macam, erkkk...am I too bad here?

IQ tahu IQ terlampau sensitif bila ulas perkara ni. Benda ni IQ rasa makin menjadi bila Arwah dah tak der...komen komen tu pun sebenarnya dah lama...bila terbaca tu kadang macam masih sentap dan tak boleh nak move on....arghh...mood nak datang bulan sangat...demm..

Anyway, IQ dapat rasa IQ jadi diri IQ yang dulu balik selepas ketiadaan Arwah di sisi. Jenis yang lantang bersuara. Dulu IQ slow, sebab IQ ada suami. Suami IQ memang akan cool downkan IQ bila timbul isu isu ni. Yelah, orang pertama yang IQ nak mengadu pun mesti Arwah kan? Sape lagi. Dia laa tempat IQ mengadu domba. Sekarang dah tak der da...sobs...

40 hari sudah Arwah pergi. 40 hari rindu arwah tanpa henti. Al-Fatihah....

Sekian....

Saturday, September 24, 2016

Rindu

September 24, 2016 0
Rindu

Abang
Sayang teringin abang muncul sekali dalam mimpi sayang
Abang datang dan peluk erat sayang
Abang tenunglah sayang
Bagitahulah dari hati abang
Abang bahagia di sana

Abang
Sayang rindu dengan dakapan abang
Sayang rindu dengan segala tentang abang
Datanglah dalam mimpi sayang
Dengan senyuman manis abang yang sayang rindu

Abang
Sayang tahu abang tak sempat berpesan apa apa sebelum abang pergi
Sebab abang yakin abang kuat untuk melawan sakit abang tempoh hari
Namun Allah S.W.T. juga sayangkan abang
Allah ambil abang cepat, tidak mahu beri sakit abang berpanjangan

Abang
Sayang rindu abang
Sayang nak abang datang dalam mimpi sayang
Abang katalah dari riak muka dan hati abang yang abang ampunkan segala dosa sayang pada abang

Abang...
Sayang....sayang dan cinta abang dunia akhirat
Rindu hati ini tak terucap
Moga rindu ini terubat di akhirat kelak
Bersama abang di syurga sana

Amiin Ya Rabb

Friday, September 23, 2016

Rindu Nak Mengadu Domba

September 23, 2016 0
Rindu Nak Mengadu Domba
Salam....

Kalau boleh IQ tak nak tulis sangat dah pasal Arwah. Nak kurangkan....tapi hari ni buatkan IQ jadi rindu sangat dekat Arwah....time2 down macam ni memang nak cari dia je....nak mengadu segala benda dekat dia....tapi dia dah tak ada....IQ nak mengadu pada siapa...

Lumrah seorang isteri, apa jua keadaan, suami yang akan dia cari. Sejak dari IQ kenal Arwah tahun 2012, segala benda IQ mintak pendapat dia, mengadu pada dia...Arwah sangat sabar menadah telinga, mendengar cerita, rungutan, bebelan IQ ni...sekarang Arwah dah tak ada, IQ memang tak ada tempat nak luah semua ni....tak ada siapa yang dengar....kalau dengar pun belum tentu faham, belum tentu nak pinjamkan bahu untuk IQ basahkan bahu dia....tak ada sama sekali....

IQ memang down sangat sekarang ni. Sakit di hati tiada sape yang nampak. IQ nak luah pada siapa IQ pun tak tahu. Nak luah pada adik beradik semua ada hal sendiri...nak luah dekat anak, anak kecil lagi....Allah...kuatkanlah aku...

Rindunya dekat abang. Abang la pendengar setia sayang, pengubat duka sayang, rindu sangat dengan abang....sayang dah tak ada tempat mengadu, Arwah ummi pun dah tak ada....sape la nak dengar luahan hati sayang ni bang..

IQ tak boleh nak cerita di sini, ada benda kita boleh cerita di alam maya, ada yang tidak boleh...bertapislah segala apa yang ditulis...moga tiada apa yang timbul di kemudian hari...
Bila saat macam ni berlaku, rasa nak ikut Arwah pergi jauh...tinggalkan semua ni....tiada siapa sudi nak dengar luahan hati...biarlah diri membawa hati yang duka...tapi bila fikirkan anak yang masih kecil, buatkan IQ tersedar....masih ada amanah yang perlu IQ pikul...anak IQ, tanggungjawab IQ...amanah Allah..

Sekian.

Wednesday, September 21, 2016

Genap Sebulan Pemergianmu Abang

September 21, 2016 4
Genap Sebulan Pemergianmu Abang

Salam semua.

Hari ni genap sebulan Arwah kembali ke Rahmatullah...jam 12.47 tengahari sebulan lepas Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pergilah seorang yang amat IQ sayang, kasih dan cinta sepanjang perkahwinan kami. Masih terbayang bayang gayanya berjalan, berceloteh, bergurau senda, bermanja....Allah....mana mungkin semua tu hilang...

Hari demi hari IQ berusaha untuk teruskan kehidupan IQ. Keluarga terdekat amat memberi sokongan. Yelah, siapa lagi jika bukan mereka yang mendengar keluh resah IQ sepanjang ketiadaan Arwah. Begitu juga dengan kawan kawan baik. Amat memahami keadaan IQ.

Dari dulu, IQ inginkan kehidupan yang unik. Unik mungkin dari segi mempunyai kelainan daripada kehidupan orang lain. Tapi untuk kehilangan seorang suami, bukanlah apa yang IQ bayangkan selama ni. Menjadi perkara yang jarang didengar orang, janda di usia muda, bersama anak kecil, jarang kita dengar kan? Namun, bukanlah unik itu yang IQ harapkan sebelum ini.

Menjadi seorang yang kematian suami, pilu sebenarnya. Walaupun perkahwinan kami hanya selama 1tahun 8 bulan, kami sudah mengenal hati budi sejak 2012 lagi. Untuk hilangkan kenangan itu sudah pasti susah ataupun mustahil. Bukan senang.

Sekarang IQ memang tak ada tempat mengadu. Segala macam aduan terpaksa disimpan sendiri. Tak puas hati, rasa nak merajuk, rasa nak mengamuk, kadang kadang kalau perut sakit pun tak tahu nak mengadu pada siapa. Siapa yang nak layan IQ ni selain Arwah. Arwah dari mula IQ kenal sampai la akhir hayatnya, tak pernah terabai IQ ni di samping dia. Sakit sikit terus dibelinya ubat. Lapar sikit terus dibelinya makanan. Teringinkan sesuatu, terus ditanya dan dibelikan. Manalah IQ nak lupa semua itu. Sebak dada bila teringat balik.

Harapan ingin lihat wajah tua di akhir usia, hanya usianya di kala 28 tahun kali terakhir IQ dapat tatap wajahnya. Sampai wajahnya senyum dibalut kain kafan. Indah sangat pemandangan tu. Mulut hanya mampu berkata, "hensemnya abang"...."hensemnya dia lepas dimandikan, dipakaikan air mawar"...

Kalau terlihat gambar lagi lah pilu rasa hati. Rasa macam Arwah masih ada di samping kami semua. Masih hidup dan gembira di samping kami. Allah...bukanlah menidakkan takdir. Masih terlalu awal untuk kami lupa wujudnya seorang insan yang hatinya tak pernah lekang menolong orang lain. Masih terlalu awal...dan tak kan pernah lupa.

Al-Fatihah buatmu sayang. Abang sentiasa berada dalam hati sayang. Selamanya.

***Pilu hati, bila tiada lagi bahasa abang dan sayang dalam kehidupan seharian. Pilu.

Sekian.

Sunday, September 18, 2016

Ulangtahun Pertama Qa'id Aqhar

September 18, 2016 1
Ulangtahun Pertama Qa'id Aqhar

Salam semua.

Hari ni dah 18 September. Genap sebulan selepas arwah suami disahkan demam denggi. Pada awalnya IQ tak pernah sangka dengginya tahap bahaya. Namun, apa yang IQ mampu buat, IQ hanya dapat berdoa agar Arwah kembali sembuh sedia kala pada waktu tu. Bila teringat balik kisah tu, sebak dada. Rasa nak putar balik masa tu, rasa nak bawak arwah pergi hospital lain. Kenapa? Sampai satu masa IQ akan cerita.

Dua hari lepas ulangtahun Qa'id yang pertama. Alhamdulillah. Sambutan sederhana dan dapat disambut dengan ahli keluarga yang terdekat. Keluarga kakak dan adik IQ pun datang. Actually dorang pun ada buat surprise untuk Qa'id di hotel. Terkejut dan terharu dengan surprise tu. Semua nak kami berdua happy. Tapi yelah, happy happy IQ pun IQ sebak. Alangkah indahnya kalau Arwah suami ada sekali....mesti Arwah paling beriya nak sambut befday pertama anaknya ni.

Pagi2 hari jumaat tu lagi adik beradik ipar IQ nyanyi lagu befday dekat Qa'id. Qa'id tercengang tapi boleh senyum dengan tepik tangan sekali. Layan je yer anak...tapi hati IQ? Sebak. Menitis air mata bila fikirkan Arwah tak sempat nak sambut befday anak dia. Padahal dia la beriya berbulan lepas nak buat itu ini...plan nak sambut dekat melaka, kalau ada rezeki nak buat akikah sekali...tapi perancangan hanyalah sekadar satu perancangan. Arwah pergi dulu...tak sempat nak buat semua tu...

Masa Arwah disahkan kritikal kemungkinan tiada harapan untuk pulih, IQ memang tak tahu nak kata apa apa. Dalam kepala IQ hanya fikirkan Qa'id. Ulangtahun dia masa tu tak sampai sebulan lagi. Takkan secepat ni Allah nak ambik dia? Macam macam perkara terjah dalam kepala IQ. Serabut memang serabut. IQ jadi risau tak tentu hala. Apa yang akan jadi selepas tu...

Bila Arwah disahkan meninggal dunia, hati IQ memang Arwah bawa pergi sekali. Hilang arah IQ. Terus fikiran terjah pada Qa'id. IQ berkata pada kawan baik IQ di wad masa tu, "Qa'id dah anak yatim". Allah........memang....sedih tu menggunung bila teringat keakraban Arwah dan Qa'id sebelum ni. Arwah dengan Qa'id memang rapat. Sampai IQ pun merajuk dengan Arwah sebab Qa'id selalu nak dengan ayah dia jer. Tidur je cari ibu dia. Bila Arwah pergi tinggalkan kami, Qa'id memang rasa ada  kehilangan dalam hidup dia. Dia seakan tahu Arwah dah tak ada. Dia mencari di mana Arwah. Last Qa'id tengok Arwah masa Arwah nazak dan pergi tinggalkan kami. Qa'id agak meragam tapi mujurlah tak lama. Ramai yang sayang dan layan dia. Alhamdulillah..

Hampir sebulan Arwah tinggalkan kami. Perlahan lahan IQ terima keadaan semua ni. Kalau ikutkan memang sakit. Ternampak gambar Arwah dalam purse pun dah menitiskan air mata. Nak letak gambar berdua di wallpaper pun nak sebak seketika. Apa jer yang buat IQ teringatkan Arwah, mesti buat IQ menangis. Kenangan tu sentiasa ada.

Walau apa pun berlaku, kehidupan memang perlu diteruskan...untuk masa depan...untuk anak IQ sendiri...moga bertambah kuat hari ke hari....Amiin...

Sekian.

Wednesday, September 14, 2016

Ketakutan Jadi Kenyataan

September 14, 2016 1
Ketakutan Jadi Kenyataan

Salam...

Apa yang IQ nak sampaikan kali ni, adalah ketakutan IQ sepanjang IQ kenal dan hidup dengan Arwah. Ketakutan IQ jika IQ kehilangan insan yang IQ sayang iaitu Arwah suami IQ. Yer. Ketakutan IQ jadi kenyataan. Akhirnya Arwah pergi mengadap Ilahi.

Dari awal perkenalan IQ dengan Arwah Suami, memang segalanya berjalan dengan lancar. First time IQ jumpa Arwah pun di rumah IQ sendiri, bersama Arwah Ummi. Perkenalan yang direstui. Semua orang senang hati dengan Arwah. Semua orang cakap Arwah baik dan lembut tutur katanya.  Seronok dengar dan pada masa yang sama risau....risau? Risau jika ikatan kami tak panjang.

Sampai la kami berkahwin. Rezeki anak pun cepat. Alhamdulillah. Memang perjalanan hidup kami smooth. Nak kata perfect tak jugak, ada pasang surut. Gaduh laki bini bukan jadi punca utama nak masam muka. Selalunya sekejap sahaja. Even rasa diri sendiri betul, rasa bersalah tinggikan suara pun dah buatkan IQ minta maaf pada Arwah cepat cepat.

Kadang IQ berseloroh dengan Arwah, kadang emosional tiba tiba. IQ kata "abang jangan tinggalkan sayang, sapa nak layan sayang macam abang layan sayang" . "Sayang tak akan jumpa orang sebaik abang". Arwah cuma senyum. Ingat IQ main main ke apa. Huhu. Tapi tu la...setiap kali ungkap ayat tu, mesti IQ yang mengalirkan air mata.

Ketakutan kehilangan dia memang dari awal lagi. Sebab IQ tahu, orang sebaik dia bila bila masa Allah tu nak ambik balik. Yer. Janji Allah itu benar. Allah ambik Arwah di saat IQ dan semua orang masih memerlukan dia. Masih mengharapkan dia. Dialah yang paling baik, paling ambil berat, paling bertanggungjawab yang pernah IQ jumpa dan kenal. Sebab itulah dia jadi soulmate IQ. Yang sebati dengan hidup IQ. Yang tahu apa yang IQ nak even IQ tak bagitahu. Seolah olah dapat baca isi hati IQ.

Indahnya kehidupan suami isteri dapat IQ rasa walaupun sekejap. Indahnya rasa dimanja, dibelai sebagai isteri. Nikmat yang setiap seorang isteri mahukan.

Maaf kalau terlebih berkata2. Rindu sebenarnya. Rindu nak dipeluk oleh sang suami yang telah tiada. Rindu sangat.

Pemergiannya yang menjadi ketakutan IQ selama ini telah pun berlaku. Selamat sudah beliau di alam sana. Kita ini bila pula entahnya. Adakah mudah atau susah saat kematian kita...mana kita nak tahu rasanya....

Sini Tempat Mengadu

September 14, 2016 2
Sini Tempat Mengadu

Dunia Blog IQ ni wujud sejak hampir 7 tahun lepas. Bermacam macam cerita sebenarnya yang dah IQ tulis dalam blog ni. Cuma ada sesetengah yang IQ tulis dulu, IQ padam...kenapa padam? Tak sesuai kot. Yelah, kisah lama buat apa diungkit. Kan?

Blog ni IQ rasa tempat best untuk IQ luah apa yang IQ rasa. Maybe tak semua akan IQ cerita selepas ketiadaan Arwah. Tapi cukup untuk IQ lepaskan apa yang terbuku di hati. Nak mengadu dekat Confession UIA tu nanti kang tak kena plak. Huhu.

Lumrah suami isteri akan bercerita apa yang akan berlaku seharian di tempat kerja mahupun di mana mana. IQ selalu akan berborak dengan Arwah sendiri bila IQ sampai sahaja di rumah. Borak pasal itu...pasal ini...hal kawan yang itu dan hal kawan yang ini. Semua kawan yang Arwah cerita IQ kenal, dan semua kawan yang IQ cerita, mungkin la Arwah kenal...haha...Arwah tak pernah jumpa kawan kawan IQ...kawan baik jer pernah....kawan sekerja pun ada la sekali masa dinner lepas...lain dengan kawan kawan Arwah, semua kenal, sampai boss Arwah pun IQ boleh duduk borak sama...

Latest borak dengan Arwah pasal kereta. Kitaorang plan nak tukar kereta. Yelah, kereta Viva je kan...dah berkeluarga ni mesti la plan nak besarkan kereta. Orang lain yang tengok dan cakap, "bila nak tukar kereta?" Tak pun, "dah boleh tukar kereta rasanya". Hati rasa meronta nak tukar kereta baru bila ramai yang komen, tapi Arwah pun selamber cakap, "biarlah apa orang nak kata, kita pelan pelan la cari kereta baru, tengok kewangan macam mana". Macam biasa, Arwah memang pakar nasihat IQ. IQ memang jenis cepat tak senang duduk. Kadang termakan kata kata orang, dan memang Arwah jadi penyejuknya...huhu..

Penyejuk penyejuk pun, kitaorang tetap survey kereta. Kitaorang pergi showroom Perodua masa Bezza baru launch. Try duduk dalam Bezza. Arwah macam puas hati tapi last last tak puas hati. Arwah cakap kita tunggu Proton launch Iriz Sedan plak. Haha! Nak compare la kiranya. Dalam masa sama, try jugak Volkswagen Vento. Nice jugak kereta tu. Bulan2 pun macam honda city. Tapi high spect la. Huhu.

Last masa proton launch, Arwah dah terlantar di hospital. Dalam hati IQ, tak sempat Arwah nak test Proton ni. Sempat tengok video promo je. Kalau tak, mesti hujung minggu lepas launch dah terpacak di show room proton. Hehe. Tak menyabor namanya tu. Tapi Allah S.W.T. sehebat hebat perancang. Rancang la macam mana pun, jika ajal tu sudah sampai, sesaat lewat pun tak, sesaat awal pun tidak.

IQ tak tahu sejauh mana korang suka membaca cerita IQ tapi ni lah yang IQ akan cerita di blog lepas ni. Cerita IQ dan Arwah suami IQ. Banyak kenangan kami yang telah terukir indah. Walau hanya sekadar kenal selama hampir 4 tahun. Dipinjamkan kepada IQ menjadi suami IQ hampir dua tahun dan dipinjamkan menjadi ayah Qa'id hampir setahun.

Cukup setakat ni sahaja cerita IQ. Nanti IQ cerita lagi. Agak2 teringat Arwah tu IQ akan taip. Nak harapkan orang sekeliling mendengar pun jenuh dah dorang tadah telinga kan? Hehe.

Sekian.

Bangga Dengan Isterinya

September 14, 2016 3
Bangga Dengan Isterinya

Salam tengah pagi buta.

IQ, mak mertua, dua orang adik ipar dan juga anak kesayangan, Qa'id.. baru sampai rumah dari Kulai, Johor...melawat kawan kepada adik ipar yang kematian adik lelakinya akibat kemalangan. *Al-Fatihah. Meninggal hari sabtu lepas namun baru berkesempatan nak berziarah. Alhamdulillah. Dapat melawat keluarganya, sedikit sebanyak dapat berkongsi rasa.

Perjalanan balik lewat malam. Baru sampai 1.53 pagi tadi. Sekarang 2.11 pagi masih cuba nak lelapkan mata. IQ ambik alih drive dari Machap sampai rumah di Jasin sebab adik ipar ngantuk. Alhamdulillah. Perjalanan lancar dan selamat sampai.

Bila kenangkan perjalanan jauh ni, teringatkan Arwah selalu berkata,

"Terer la sayang, boleh drive jauh jauh"
"Abang bangga ada isteri macam sayang, dah la cantik, kuat drive jauh jauh plak tu"

No offense ok. Ni memang ayat yang keluar dari mulut Arwah. Siapa lagi nak memuji kita jika bukan suami kita sendiri kan? Arwah memang suka puji IQ. Kadang memang rasa macam tak layak dipuji. Tapi itu la kegemaran dia. Suka buat IQ merah padam muka.

Bila drive jauh jauh mesti ingat ayat Arwah. Yelah, kadang kadang Arwah mengantuk, IQ akan take over drive. Sampai destinasi mula la mulut tu ringan je nak puji. Kita rasa benda tu macam biasa jer tapi hakikatnya memang dia rasa bangga, sebab sedikit sebanyak hilang sikit penat dia drive jauh jauh. Kan?

Rajin rajin puji isteri. Tak salah malah digalakkan. Baru isteri rasa dihargai. Rindu rasa nak kena puji. Sape la nak puji IQ lepas ni...kalau ada pun, tak sama rasa kena puji dengan Arwah sendiri. Huhu.

Al-Fatihah buat Arwah suami.

Saturday, September 10, 2016

Ketenangan Itu Ada Bila...

September 10, 2016 5
Ketenangan Itu Ada Bila...

Salam semua.

Genap minggu ketiga Arwah Suami IQ pulang kepada Penciptanya. Dah kenapa kan IQ seminggu sekali baru nak update blog? Huhu. Banyak benda sebenarnya dah berlaku sepanjang tempoh seminggu ni. Pening memang pening. Tapi nak buat macam mana, ketenangan IQ hanya bila IQ berada di sini....di Melaka ini...

IQ letak jawatan IQ sebagai Scheduler atau pun planner dari company yang IQ baru join 4 hari. Ketenangan yang IQ harapkan tiada bila IQ berada di KL sana. Mungkin disebabkan anak IQ pun berada di melaka, dan IQ sendiri masa tu berada di KL. Rindu pada Arwah tak terubat, inikan anak pula jauh di Melaka.

Masa IQ nak balik ke KL dari Melaka tempoh hari pun punya IQ sebak. Nak lambai tangan pada anak pun tak mampu. Ucap bye2 pun nak mencebik bibir. Sedihnya Ya Allah....IQ gerak ke kubur Arwah sebelum betul2 gerak ke KL. Pilu. Allah sahaja tahu perasaan IQ masa tu. Tiadanya mereka berdua dalam kehidupan IQ memang buat IQ tak tentu arah. Lumrah seorang isteri dan juga seorang ibu.

Dikuatkan hati selama 3 hari bekerja di tempat baru. Namun, hati tidak kuat. Masuk Hari keempat IQ minta untuk letak jawatan. Ingin cari ketenangan terlebih dahulu. Ada rezeki akan kembali ke sana. Alhamdulillah. Boss korea IQ sangat memahami. Ditawarkan lagi bekerja di sana jika keadaan IQ dah pulih. InsyaAllah...

namun IQ masih mencari peluang kerja di Melaka, biarpun peluang kerja sebagai planner di Melaka teramatlah tipis. Mungkin akan kembali sebagai Site Engineer ataupun Project Engineer. Jawatan ni selalu lelaki yang pegang. Tapi IQ tetap nak cuba. InsyaAllah. Ada rezeki, ada la nanti.

Ketenangan IQ ada bila IQ berada di melaka. Sampai hati rasa macam nak settle down di sini sahaja. Bukan di tempat lain. Keputusan memang macam terlalu awal. Tapi iye lah, IQ perlu fikirkan masa depan IQ dan Qa'id. Orang mungkin mudah mencadangkan, tapi bukan mudah IQ nak laksanakan. Yang hadapi semua tu IQ, bukan sesiapa.

Apa jua keputusan yang IQ ambil, itu semua sudah berpuluh kali difikir, bukan main taruk buat keputusan. Bukan mudah....bukan mudah...selama IQ berkahwin, IQ akan ambil pendapat Arwah, tapi sekarang segalanya bergantung pada IQ sendiri. Pendapat orang lain hanya IQ boleh dengar dan pertimbangkan. Kalau baik, boleh IQ ambil, kalau tak baik, mohon maaf IQ ucapkan.

Rindunya dekat Arwah. Rindu nak gelak sama sama. Rindu nak berbual tentang segala benda. Rindu tentang segalanya.

Al-Fatihah.

Saturday, September 3, 2016

Lelaki Terbaik Saya

September 03, 2016 7
Lelaki Terbaik Saya
Salam semua.

Hari ni genap 2 minggu arwah suami pergi meninggalkan kami semua. Masih terngiang ngiang gelak tawa, kata kata terakhir dia, senyuman manis dia, segala perkara tentang dia. IQ sendiri masih mencari kekuatan dalam diri untuk meneruskan hidup IQ tanpa suami di sisi.

Lelaki terbaik. Itu yang IQ boleh ungkapkan tentang Arwah suami. Tak pernah IQ jumpa orang sebaik dia, selembut hati dia, susah sebenarnya. Kalau ada yang sebaik dia, mungkin tak sekepala dengan kita. Tapi dengan dia, Subhanallah. Segala benda dia akan melengkapinya. Kurangnya IQ dan lebihnya dia serta lebihnya dia dan kurangnya dia sentiasa buat kami saling melengkapi. 

Alhamdulillah. Sempat meniti rumah tangga 1 tahun 8 bulan bersamanya. Rasa bahagia usah cerita. IQ rasa IQ lah wanita yang paling bahagia dalam dunia.

IQ tak pernah cerita dekat mana mana tentang baiknya Arwah. IQ sendiri takut Arwah dirampas orang. IQ sedar kurangnya IQ yang boleh buatkan Arwah tawar hati. Tapi cinta dan kasih Arwah pada IQ sentiasa ada. Alhamdulillah. Cinta Arwah pada IQ hingga ke akhir hayatnya. Dan InsyaAllah cinta IQ pada Arwah hingga akhir hayat IQ juga dan juga hingga ke Syurga.

Baiknya Arwah jelas apabila perginya Arwah buat selamanya. Ramai yang bercerita baik budi, baik pekertinya Arwah terhadap kawan kawan, sahabat handai dan semestinya keluarga tercinta. Siapa kita untuk menidakkan janji Allah yang akan ambil orang yang baik terlebih dahulu daripada kita semua? Rasa cemburu dengan perginya Arwah dalam keadaan tenang dan ramai keluarga dan kenalan di saat Arwah  menghembuskan nafas terakhir. Ramai yang mendoakan Arwah. Alhamdulillah. Tenang sangat. Arwah pergi dengan mudah. Selamat sudah di alam sana.

InsyaAllah IQ sendiri akan kuat. Cubalah berjumpa dengan IQ, pasti tak sama dengan apa yang IQ post di instagram mahupun facebook. Nampak di media sosial macam IQ lemah, namun IQ masih mampu tersenyum dan gelak di kala sahabat mahupun keluarga berjenaka semua. Yer. Hanya hati yang masih bersedih. Bukan raut wajah fizikal semua. Jangan ditepuk belakang IQ menyuruh dikuatkan semangat, itu mengundang kepala air mata jer. IQ mampu tahan selagi IQ mampu tahan. Kalau tidak, meraung la seorang melegakan hati yang resah.

Dah kenapa ayat macam puitis tetiba. Bak kata Fynn Jamal, kita akan create the best words bila kita tengah sedih/marah. Bila kita gembira, ungkapan kita terlalu nampak Fake. Faham kan?

Lelaki terbaik IQ. Bersemadilah dengan tenang di sana. InsyaAllah sayang akan besarkan anak kita dengan sempurna. Sayang cuba. Diharapkan kita berjumpa di sana. Di syurga bahagia kita.

Captain hati IQ hanyalah Arwah seorang. Tiada yang lain. Insya-Allah.

Sekian.