Advertisement

Responsive Advertisement

Luahan Kata dan Rasa Yang Tak Terucap

Salam semua..

Hari sabtu orang lain ambik peluang pergi jalan sana sini. Untuk orang bekerja kadang kadang berbeza sebab ada orang ambik peluang nak beristirehat dengan family dekat rumah. Bermalasan. Nak tidur lama lama pun tak der hal...kan?

Hujung minggu kali ni baru lah IQ dapat peluang bermalasan dengan family di rumah. Minggu lepas balik rumah Along di Pahang, minggu sebelum tu pergi Johor, kenduri Farah, minggu sebelum tu lupa pergi mana tapi minggu sebelum sebelum tu dah pergi Terengganu...so, baru ada peluang nak rehat sikit. hehe...

Malam malam buta update blog sebab konon ada kerja, bukak kerja tapi lepas tu lost, tak tahu nak settle macam mana. Macam buat kerja sekolah la kan? Tak reti kena tanya orang untuk selesaikan...tak pun buat ramai ramai...tu la kerja IQ, still macam learning process. Sebab hari hari adalah tempoh belajar. Something new knowledge kita dapat memang adalah ilmu berharga. Jangan lokek bertanya. Malu bertanya sesat jalan.Jangan buat buat pandai, tapi tak reti nak buat. Tak pun, tak pandai buat tapi tetap cari jalan nak selesaikan. Berbeza tu...

IQ ada benda nak tulis bila da sampai buka link untuk update, idea plup! Hilang! Erghh~ tak seronok langsung! Buat notes nak tulis apa pun kadang kadang kelaut isinya. Plan nak tulis lain, lain plak ditulisnya...haihhh..

Just nak pesan, sesape jer yang drop by blog IQ ni, biarpun blog ni bukanlah blog femes macam blog blog ternama di luar sana, IQ nak pesan...please...jangan mudah percaya orang...depan orang memang berkata manis, segala yang manis keluar dari mulut dia, sikit pun tak ada celanya...dan BELUM TENTU dia tak mengata di belakang anda...

IQ penat la tengok orang bermuka muka ni. Kadang kita terpaksa bermuka muka sama untuk tak malukan mereka. Air muka orang kita jaga, air muka kita orang nak tak nak jaga....sedih kan? So, please.

Lagi satu, orang tak berkemampuan, orang yang susah, nak dizahirkan dalam media sosial ke? Tak akan orang nak show kesusahan mereka di laman sosial. Semua tunjuk yang baik baik, yang perfect di mata mereka. Buruk mereka, makan tak berlapik mereka tak kan nak tunjuk kan? So, if orang tu nampak macam kaya kejap, pergi sana sini, belum tentu kita tahu dia tu mungkin makan maggi je tengah bulan sebab dah sengkek.

Jangan pandang hina orang yang dulunya kaya tetiba papa kedana, hidup susah...mungkin dia mengalami zaman kejatuhan dia...dan satu hari nanti dia akan bangkit lebih tinggi...Jangan dihina mereka yang tak punya ibu dan ayah sebab kamu belum pernah rasa hidup tanpa keduanya..sakitnya rindu Allah je yang tahu...

Jangan pernah berkata, "okey jer tengok family yang ada bini dua tiga, bahagia jer, tak der gaduh gaduh". Kau tak tahu kalau anak bini pertama dia makan hati bila ayah dia marah dia sebab baru lepas gaduh dengan bini kedua. Anak anak makan hati bila dijanji pergi sana sini tapi akhirnya pergi dengan mak, tak sekali dengan ayah. Ingat, anak anak makin membesar. One day kalau anak anak tak peduli mak atau ayah, fikirkan kenapa anak anak jadi macam tu? "sebab dah terbiasa hidup seharian tanpa ayah, ayah jarang balik, ayah dengan bini muda" tak seronok dengar tapi itu hakikat...anak anak kalau boleh nak miliki ayahnya seorang..kadang berebut dengan adik beradik nak cakap itu ayah dia seorang, tapi dah kalau ayahnya kahwin lain, bertambah pulak bilangan adik beradik nak dikongsi...sebal hati..

Tak semua orang yang seperti IQ kata, hanya segelintir...yer, segelintir..tak ramai...gelintir sahaja..

Bai.

Post a Comment

3 Comments

  1. salam semua. jom sama sama sokong Kempen Taja Shopping raya ! tak menderma share post pun jadilah!

    ReplyDelete
  2. Huhu tang notes tu betullah. Dh buat draft utk entri pun, at the end tulis benda lain.

    Hmmm.. kena perlu sabar hadapai kerenah manusia zaman sekrg yg suka judge org membuta tuli. And yes, setuju. Dlm media sosial sapa je nk tunjuk yg buruk2, semua nk tunjuk yg manis2 je, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..semua nak tunjuk dia la baik, dia la yg perfect...haihh...nobody perfect la..

      penat sangat ni..sampai nak pengsan da ni

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)