Sunday, May 29, 2016

Luahan Kata dan Rasa Yang Tak Terucap

May 29, 2016 3
Luahan Kata dan Rasa Yang Tak Terucap
Salam semua..

Hari sabtu orang lain ambik peluang pergi jalan sana sini. Untuk orang bekerja kadang kadang berbeza sebab ada orang ambik peluang nak beristirehat dengan family dekat rumah. Bermalasan. Nak tidur lama lama pun tak der hal...kan?

Hujung minggu kali ni baru lah IQ dapat peluang bermalasan dengan family di rumah. Minggu lepas balik rumah Along di Pahang, minggu sebelum tu pergi Johor, kenduri Farah, minggu sebelum tu lupa pergi mana tapi minggu sebelum sebelum tu dah pergi Terengganu...so, baru ada peluang nak rehat sikit. hehe...

Malam malam buta update blog sebab konon ada kerja, bukak kerja tapi lepas tu lost, tak tahu nak settle macam mana. Macam buat kerja sekolah la kan? Tak reti kena tanya orang untuk selesaikan...tak pun buat ramai ramai...tu la kerja IQ, still macam learning process. Sebab hari hari adalah tempoh belajar. Something new knowledge kita dapat memang adalah ilmu berharga. Jangan lokek bertanya. Malu bertanya sesat jalan.Jangan buat buat pandai, tapi tak reti nak buat. Tak pun, tak pandai buat tapi tetap cari jalan nak selesaikan. Berbeza tu...

IQ ada benda nak tulis bila da sampai buka link untuk update, idea plup! Hilang! Erghh~ tak seronok langsung! Buat notes nak tulis apa pun kadang kadang kelaut isinya. Plan nak tulis lain, lain plak ditulisnya...haihhh..

Just nak pesan, sesape jer yang drop by blog IQ ni, biarpun blog ni bukanlah blog femes macam blog blog ternama di luar sana, IQ nak pesan...please...jangan mudah percaya orang...depan orang memang berkata manis, segala yang manis keluar dari mulut dia, sikit pun tak ada celanya...dan BELUM TENTU dia tak mengata di belakang anda...

IQ penat la tengok orang bermuka muka ni. Kadang kita terpaksa bermuka muka sama untuk tak malukan mereka. Air muka orang kita jaga, air muka kita orang nak tak nak jaga....sedih kan? So, please.

Lagi satu, orang tak berkemampuan, orang yang susah, nak dizahirkan dalam media sosial ke? Tak akan orang nak show kesusahan mereka di laman sosial. Semua tunjuk yang baik baik, yang perfect di mata mereka. Buruk mereka, makan tak berlapik mereka tak kan nak tunjuk kan? So, if orang tu nampak macam kaya kejap, pergi sana sini, belum tentu kita tahu dia tu mungkin makan maggi je tengah bulan sebab dah sengkek.

Jangan pandang hina orang yang dulunya kaya tetiba papa kedana, hidup susah...mungkin dia mengalami zaman kejatuhan dia...dan satu hari nanti dia akan bangkit lebih tinggi...Jangan dihina mereka yang tak punya ibu dan ayah sebab kamu belum pernah rasa hidup tanpa keduanya..sakitnya rindu Allah je yang tahu...

Jangan pernah berkata, "okey jer tengok family yang ada bini dua tiga, bahagia jer, tak der gaduh gaduh". Kau tak tahu kalau anak bini pertama dia makan hati bila ayah dia marah dia sebab baru lepas gaduh dengan bini kedua. Anak anak makan hati bila dijanji pergi sana sini tapi akhirnya pergi dengan mak, tak sekali dengan ayah. Ingat, anak anak makin membesar. One day kalau anak anak tak peduli mak atau ayah, fikirkan kenapa anak anak jadi macam tu? "sebab dah terbiasa hidup seharian tanpa ayah, ayah jarang balik, ayah dengan bini muda" tak seronok dengar tapi itu hakikat...anak anak kalau boleh nak miliki ayahnya seorang..kadang berebut dengan adik beradik nak cakap itu ayah dia seorang, tapi dah kalau ayahnya kahwin lain, bertambah pulak bilangan adik beradik nak dikongsi...sebal hati..

Tak semua orang yang seperti IQ kata, hanya segelintir...yer, segelintir..tak ramai...gelintir sahaja..

Bai.

Friday, May 27, 2016

Semua Jenis Kerja Sibuk Dah Zaman Sekarang Ni

May 27, 2016 2
Semua Jenis Kerja Sibuk Dah Zaman Sekarang Ni
Hamboi....kemain panjang tajuknya haaa....nak lepas geram ke? Erkkk...geram tu geram jugak la tapi penat badan ni menambah nambah pulak geram...hihi..

Penat memang penat...IQ baru jer balik dari kerja pukul 10.30 malam tadi. Fiuhh...first time lepas ada anak ni balik lewat macam ni. Dulu paling lewat ambik anak pun pukul 8.30 malam. Terdesak sebab kerja jugak.

Nak cerita....Sebenarnya IQ dah penat bila ada spesis yang kata..

"Kenapa tak jadi cikgu? Kan senang, tak perlu balik lewat lewat...tengahari dah boleh balik layan anak anak"

"Kerja nurse pun senang, ikut shift...ikut waktu kerja tetap...haaa...tak perlu nak overtime dekat pejabat macam sekarang"

- Sumber Anonymous

Cik kak/abang....kerja cikgu atau nurse bukan mudah macam dulu yer. Zaman sekarang budak makin cerdik...sebab apa? Sebab cikgu bertungkus lumus nak jadikan anak muridnya yang terbaik. Cikgu sanggup balik lewat petang untuk buat kelas tambahan. Tak cukup dengan tu, cuti sekolah seminggu pun penuh dengan jadual kem peningkatan mutu pelajaran. So, tang mana la yang cakap cikgu tu mudah dan boleh balik awal tu? Habaq mai sikit~

Nurse? Nurse klinik kesihatan boleh la nak kerja shift pagi balik petang. Cuba tengok nurse kat hospital yang kerja shift malam. Memalam cek tekanan darah setiap pesakit ikut waktu. Masuk air drip pesakit. Mak sedara IQ kerja nurse hospital, memang sibuk. Best bila cuti je la. Raya belum tentu dapat cuti. Haaa...mau?

So, please. Dun say to me anymore about the work babe. Haaa...kang da omputih...marah ni marah...haha...

IQ bernasib baik dapat kerja yang mudah...tapi tak der la mudah sangat. Semua kerja pakai otak...tak pakai otak, jadi la robot...Kerja planning engineer a.k.a. planner ni antara bidang engineering paling mudah la berbanding bidang engineering yang lain.

Sekarang IQ banyak buat part time untuk projek projek yang company IQ dapat.  Ada option. Kerja pun dari senin sampai jumaat jer. Selalu balik on time cuma kadang kadang ada submission tu yang kena stay back. Tak selalu. Ada la 2-3 bulan sekali. Depends pada klien nak buat submission apa.
So, IQ rasa kerja IQ lagi mudah daripada kerja cikgu dan nurse. IQ tak perlu ngadap anak anak murid, dan juga pesakit pesakit. Cuma ngadap dua tiga orang klien yang kadang tolong sekali buat kerja kita.

Setiap kerja yang kita dapat tu rezeki. Kalau bukan rezeki duit, mungkin rezeki masa. Contoh, anak tetiba sakit, kita dapat cuti serta merta. Itu rezeki juga namanya. Lain orang lain rezekinya. Yang penting, SYUKUR SELALU...Eh...dah macam tagline raya jer...

Ok bai...cukup cukup la membebel IQ oiiu..tidur....esok meeting plaaakk..adehhh..

Wednesday, May 25, 2016

Kenduri Kahwin Kawan Baik di Johor

May 25, 2016 4
Salam semua.

Fiuhhh, baru la boleh menarik nafas lega SIKIT sebab kerja yang hampir sebulan buat nak sampai ke penghujungnya...tak siap lagi tapi boleh la nak rilek rilek sikit..huhu..

Dalam kesibukan kerja yang melampau, IQ tetap cari peluang untuk pergi kenduri kawan baik IQ yang tak asing IQ ceritakan dalam blog IQ ni...kawan baik IQ zaman belajar dekat universiti lagi...si Farah Zulaikha....akhirnya bertemu dengan calon yang terbaik buatnya...

Masa Farah tunang bulan 11 yang lepas, IQ plan nak pergi tapi IQ hanya mampu merancang, Allah S.W.T. yang tentukan semuanya. Seminggu sebelum Farah bertunang, Arwah Ummi IQ tetiba jatuh sakit. Saat saat Arwah mula sakit dan koma selama dua bulan...

Kali ni, IQ cari juga peluang untuk hadir ke majlis pernikahan Farah dan juga majlis kenduri kahwinnya. Tak kira la IQ ada training course di pejabat IQ..semua IQ skip untuk dia sorang...yelah, kahwin kawan sekali seumur hidup, training course bila bila boleh ambik, cuma berbayar ke idok jer la...hehe~

IQ ambik cuti jumaat tapi khamis IQ EL sebab Qa'id demam panas...minggu tersebut family IQ memang kena virus demam yang kritikal..sampai balik melaka pun IQ yang drive, sebab husband IQ langsung tak boleh drive...demam sebab tonsil...tau tau je la dengan sakit kepalanya lagi.... IQ demam tapi tak teruk mana, mampu la nak drive...huhu...

Dah dah, berbalik kepada majlis nikah Farah. Majlis nikah Farah jumaat malam, jadi, dari Kota Damansara ke Melaka, petang sikit ke Chaah, Johor. Mujur Jasin dengan Chaah tu tak jauh. Lalu jalan dalam ambik masa sejam jer...lalu highway pun sejam jugak tapi pusing jauh...so, guna jarak yang paling dekat...thanks Google Map..hehehe

Kata Farah, nikah lepas Isyak. Plan nak pergi rumah dia daripada homestay lepas Maghrib. Pergi rumah nenek Farah still tak ramai orang. Qa'id macam nak tidur tapi biarkan Qa'id dengan ayahnya dulu. Jenguk bilik pengantin, Farah still tengah make up.

Orang start ramai tak tau daripada pukul berapa sebab IQ cuma duduk dalam bilik pengantin. Tup tup orang dah panggil pengantin keluar. IQ jalan belakang farah tetiba kena duduk dengan pengantin pulak atas pelamin.

Alhamdulillah, Farah selamat menjadi isteri kepada Aminuddin dengan sekali lafaz. Alhamdulillah. Syukur sangat. Tak sangka kawan baik yang sorang ni dah kahwin...*sebak kejap..huhu..

My dear Farah Zulaikha dan suami, Aminuddin. Selesai akad nikah.

Biasa lah, nak ambik gambar dengan pengantin tapi tak der orang nak tangkapkan. hehe
Selesai majlis akad nikah, terus balik homestay, Qa'id dah tidur dengan suami dalam kereta...alahai, kesian buah buah hati ibu..

Esoknya majlis, pergi lewat sikit. Plan nak tunggu wanie dan keluarganya tapi terawal sikit. Pergi rumah pengantin, Farah masih bersiap. Tup tup wanie pun sampai...then, 3 stooges lengkap di majlis perkahwinan...ecececeeee..

Dulu IQ kuruih, tapi sekarang paling bam bam antara bertiga.  Tak sangka plak baju sedondon dengan wanie ni sedondon dengan pengantin pulak..

Geng geng satu kos civil dekat utm. Plus budak tecit menempel dekat ibu dia..

IQ tak dapat nak stay lama2. Plus pengantin lelaki pun lambat sampai..konon nak balik dah, tup tup pengantin lelaki sampai....siap dapat tengok adegan kena bayar tol lagi....seronok betul kenduri dekat Johor ni...pengantin perempuan tak payah nak beria keluar pergi dekat pengantin lelaki, tunggu je dekat pelamin...sonang koje...tak penat nak jalan dengan kasut tinggi..hehe..

Sempat lagi pengantin santek...sambil tunggu orang bayar tol

Last but not least gambar kami bersama atas pelamin nan indah lagi permai...pfttt...ayat kemain!
*contrast saturation gambar telah diubah..bagi power sikit*
BY THE WAY, I JUST FALL IN LOVE WITH THE PELAMIN...SO GORGEOUS!!

Tahniah buat Farah dan suami...semoga kekal ke akhirnya....


Gambar dengan suami + pengantin tak der sebab kitaorang tak stay lama lepas pengantin lelaki sampai, plus suami IQ pun sakit kepala sangat sangat. Perjalanan balik ke Jasin Melaka pun IQ yang drive. Family wanie follow belakang sebab dorang pun nak pergi melaka...berkonvoi sampai Tangkak.

Malamnya suami IQ dah tak tahan sangat, pergi hospital dapat ubat terus elok. Kalau tahu ubat hospital berkesan daripada ubat klinik, memang pergi hospital dulu sebelum ke kenduri kahwin...haihhhh~

Ok lah. Selamat pengantin baruuuuu....semoga...kekal abadiii....bahagiaaaa....

AMIIN. 

K.bai~


Friday, May 20, 2016

Kenduri Sepupu di Terengganu

May 20, 2016 4
Salam semua,

fuhhh, dah berminggu terperam, baru nak update entry blog..memang terlampau sibuk lately...sekarang baru ada masa nak catat sikit buat kenangan di blog ni...yelah, even kampung di Terengganu, bukan selalu balik...kali ni, dua orang sepupu IQ kahwin hari yang dekat dekat...so, ambil peluang balik kampung...

Kenduri 30hb April hari tu kenduri sepupu bernama Mardhiah dengan pasangannya, Zulkhairi. IQ gerak ke Dungun, Terengganu hari yang sama sebab jumaat masih bekerja...dan biasa la janji melayu, cakap nak gerak lepas subuh la konon, hamek 9 setengah baru gerak oii!!



Sampai Dungun tu dalam pukul tiga setengah petang. fiuhh..banyak kali jugak berenti..tau tau je la bila ada budak tecit kan? hehe..

Kenduri Mardhiah dan pasangan, Zul. Alhamdulillah...selesai sudah majlisnya...

Lepas kenduri, keluarga kecil menuju ke pantai, tak jauh pun....tak sampai stau kilometer haaaa...ni la kelebihan kampung IQ...pantai dan rumah tak jauh pun...nampak dari kejauhan, layangl layang gergasi...ape lagi..berdesup!

Da ada macam tarikan da dekat pantai ni...kalau dulu bunyi ombak, dengan budak budak main bola tepi pantai...lepas tu dengan nelayan baru balik dari laut..haaa...tu atok IQ la tu...heee


Jejalan depan sikit ada macam macam orang jual, pekena aiskrim ni sebab tekak pun tengah kering...musim panas..memang terasa bahang dia...apatah lagi duduk tepi pantai..

Lepas tu, IQ balik rumah tok IQ...dekat jer, baru 2-3 kilometer...kalau dulu mandi pantai, tapi tak bawak baju, memang ada la yang balik rumah jalan kaki..haha!

Ni mak sepupu Qa'id...sama umur...sama tarikh lahir...lahir sama dengan Qa'id pada Hari Malaysia tahun lepas...cuma bezanya Raisya ni keluar pagi, Qa'id keluar malam...heee...Raisya tu sepupu IQ...anak kepada pak sedara IQ yang paling bongsu...

Majlis sepupu IQ yang kedua...dengan sepupu sepupu yang lebih kurang sebaya..hikhikhii...ai muda lagi laaa..dorang muda baru 2-3-4 tahun..haha!!

Haaa...adik beradik IQ dengan pengantin kitaaa...sepupu IQ yang perempuan tu...Nadiah namanya...dan dia kawen dengan kawan kepada kawan IQ jugak...budak utm...fehhh...dunia ni terlampau kecik...tup tup kawen dengan sepupu sendiri...welcome to family!

Sweet sangat kan? 

Sepupu + sepupu Sepapat..

Dengan cikeboom mok chik yang sorang ni..da makin meningkat remaja..eh?

Menyibuk di majlis sepupu. huihuihui..

Dan last but not least, Family kecik saya....santek kan pelamin? suka sangat! simple and nice!

Setelah beberapa minggu, akhirnya entry ni siap!! dah letak gambar berkurun, dah pergi kenduri kahwin farah dah pun...baru nak update..hahaha!!..ok, next, wedding farah pulak!

ok.bai~

Wednesday, May 11, 2016

Cuaca Dan Kesihatan

May 11, 2016 8
Cuaca Dan Kesihatan
Salam semua..

fiuhhh..baru berkesempatan nak coret sikit di sini...nak jugak menulis sebab nak lepas gian tangan ni nak menaip..huhu...even tak berapa nak sihat kan...tetap nak ngadap blog...

IQ baru jer siapkan kerja sikit, tapi tak setel lagi...sambung esok sebab maklumat akan ada esok...nak buat pulun malam ni pun tak boleh jugak sebab maklumat tak lengkap..so, stop dulu..nak cerita pasal satu family tak sihat sebab cuaca ni...haihhh..

Cuaca sekarang memang tak menentu, kejap cerah, kejap hujan...kejap mendung, kejap petir...adehhh..kita pun dengar kan berita pasal ribut dekat RnR Dengkil tu kan? tau tak per, kuat tu...sampai tercabut atap semua...

Disebabkan cuaca tak menentu, jadi kesihatan pun tak menentu jugak....mula-mula si ayah batuk batuk...berjangkit dengan si ibu dan si anak....lepas tu hilang...tup tup si anak berjangkit demam dengan anak pengasuh...adehhh...demam pulak...tambah selsema dan batuk balik...adehh....ayahnya pulak demam...berjangkit pulak dekat ibu selsema plus demam tak berapa nak demam..hihi..

Berjangkit sana sini, antibodi masing masing tak berapa nak sado...jadi, senang la nak berjangkit...ni pun IQ sok sek sok sek dari waktu kerja...kepala dah pusing..plus kerja menggunung tinggi...camno nak pergi bercuti ni haa kalau semua tak sihat?

Harap harap masing masing bertambah sihat..lebih lebih Qa'id..risau sangat kalau dia tak sihat....tadi baru jumpa doktor...selsema plus batuk ditambah dengan ruam ekzema dia...adehhh....risau ibu ni nak oii...

Semalam sampai terfikir, rasa nak berenti kerja jaga anak jer kat rumah...senang tak perlu fikir apa apa, tapi nak buat macam mana....tinggal di bandar besar bukan sama tinggal di bandar kecil...komitmen tak sama....bayangkan la mak sedara IQ cakap IQ bayar pengasuh RM350 pun dia kata mahal...padahal RM350 dekat bandar besar ni dikira murah da...dekat kawasan luar bandar, range pengasuh RM250...tu pun paling mahal katanya...beza sangat..

Tak per la, yang penting niat nak cari rezeki...moga dimurahkan rezeki semua....Amiin..

Ok. Bai.