Wednesday, April 27, 2016

Kawan Masa Bersalin

April 27, 2016 10
Masa bersalin hari tu...IQ buat ramaaaiii kawan. Yela nak bersalin lagi kan...nak hilangkn rasa sakit bersalin tu IQ cari la kawan baru. Nak mintak husband teman tak boleh sebab dalam wad bersalin. Bila transfer wad biasa baru boleh jumpa husband.

IQ dah ikut perangai Arwah ummi dah...boleh cari kawan sekelip mata. Borak macam 10 tahun kenal. Peramah terlebih kot..huhu

IQ first pergi hospital melaka tu tak sakit sangat. So...admit wad. Dua malam duduk hospital. Malam first tu mula mula tak ada patient sebelah katil IQ...bangun pagi...hah! Nampak la sekujur tubuh dekat katil sebelah tu..risau pikir apa benda tu...rupanya orang...haha!!

IQ jadi ngam sis sebelah katil tu. Pangkat adik. Muda setahun daripada IQ. Patutnya dia dah due tapi laluan tak terbuka lagi..baru 1cm katanya...

Memang lepak betul kitaorang dalam wad tu. Contraction tak ada sangat. Sampai la hari last tu IQ nak mintak balik rumah. Sis tu stay sebab mungkin dia nak kena induce.

Nak dijadikan cerita, lepas IQ balik petang dari wad, esoknya dah sakit sangat nak bersalin. Sis tadi pun cakap dia da start sakit malamnya. 

Kitaorang bersalin hari yang sama. Cuma bezanya sis tu pagi..IQ malamnya plak...tapi tetap 16 September 2015. Anak sis tadi siap masuk paper sebab lahir Hari Malaysia. Qa'id terlepas la sebab lahir lambat. Heee...tapi tetap dapat hadiah daripada hospital.


Tapi yang sedihnya pasal sis ni.....dia diceraikan lepas dia habis pantang. ALLAH...memang terkejut IQ dengar cerita dia...IQ contact balik dia dan dia ceritakan semuanya....kesian..tak ada salah apa kena cerai...apa la lelaki zaman sekarang...pikir kawen tu senang ke ape...

Mujur hak penjagaan anak dekat sis tu...moga tabah yer kawan.

Ok. Tu je nak cerita. Bai.

Sunday, April 24, 2016

Biar Jiwa - Fynn Jamal (Video) Lagu Favourite!

April 24, 2016 4

Lagu ni IQ first dengar masa IQ pergi mini show Fynn Jamal dekat Panorama Studio, Ativo Plaza, Bandar Sri Damansara tahun lepas. 

Tahun lepas pergi tak der Qa'id memang seronok la nak berjimba..kuikui...

Lagu ni lagu lama tapi dinyanyikan balik, dalam album terbaru Kak Fynn bertajuk Puisi Tepi Jalan..IQ ada album yang sebelum tu jer...so, lagu ni tak ada dalam senarai..

Bukan peminat tegar Kak Fynn tapi suka diri dia...dengan lagu dia...
MENDALAM.

*bukan peminat tegar la konon, masa Arwah Ummi ada dulu, habis IQ influence minat kat Kak Fynn ni..kuikuikui



Enjoy.

Bai!

Friday, April 22, 2016

100 Hari Arwah Pergi

April 22, 2016 8
Hari ni genap 100 hari Arwah Ummi pergi mengadap-Nya

Moga Arwah tenang di sana.

Al-Fatihah
100 hari yang lepas.

Satu benda yang IQ tak boleh nak tahan air mata...Bila tengok gambar Arwah senyum.

Monday, April 18, 2016

Patah Tumbuh Hilang Berganti

April 18, 2016 6
Semalam IQ sekeluarga follow family husband IQ survey kereta second di area Kepong dan Gombak. Quite interesting la rupanya kereta second ni. Kalau pandai cari memang boleh dapat yang berkualiti dengan harga yang rendah berbanding harga asal kereta.

Kitaorang pergi tiga tempat. Satu dekat kepong. Satu dekat kepong tapi arah nak dekat batu caves dah dan satu lagi dekat sri gombak. IQ sampai rasa nak beli kereta second sebijik bila fikirkan kereta sekarang ni kecik dan muat muat je kalau nak jalan jauh..huhu tapi hold dulu...plan nak cari rumah dulu apa apa hal pun...

Dekat tempat kedua kitaorang pergi tu...IQ pakaikan Qa'id kasut. Macam dalam gambar. Kasut converse. Tunjuk la dekat atok dengan opah dia..tapi kasut tu longgar sikit. Selalu pakai stokin tapi semalam tak pulak. 

Last last, bila tengah adik ipar pegang Qa'id..sedar sedar dah tinggal sebelah da kasut. Adehhh..jenuh mencari bawah kereta yang banyak tu tak jumpa jugak. Nampak anjing je ada bawah kereta tu. 

Orang yang jaga kat situ pun cakap tak nampak kasut Qa'id ni. Kecewa kejap. Baru je beli. Baru kali kedua pakai. Huhu. Dah tinggal sebelah da..orang kat situ cakap mungkin ada anjing gonggong dan bawak lari kasut tu bila tiba tiba jatuh kan. Tak ada rezeki Qa'id dengan kasut tu. 

Dah tinggal sebelah jer, tak ada kawan dah dia ni...

Lepas daripada tu, dah setel book kereta, kitaorang hantar adik ipar naik bas dekat TBS. Bila dah nak balik, adik ipar yang lagi sorang belikan Qa'id kasut baru. Terima kasih dekat Pak Ngah Qa'id belikan Qa'id kasut baru....


TADAAAA! Kasut Superman! Ada bunyi lagi tau! hee
Macam biasa la, ibu dia lak excited. wiwiwiwi....hilang kasut, dapat yang baru...bila pakai nampak comel jer. tapi kasut ni still besar dengan Qa'id..tapi ok la...tak senang untuk tercabut..hee

Tunggu opah atuk datang KL lagi bila nak ambik kereta...heee~

Ok.Bai!

Thursday, April 14, 2016

Perangai Pelik Betul

April 14, 2016 6
Perangai Pelik Betul
Kalau ikutkan hari hari IQ jumpa orang berperangai pelik...macam macam perangai...terutama kalau orang tu memandu kereta....rasa macam dia tak pernah ambik ujian bawak kereta ke ape...ke lupa peraturan jalan raya? Pelik..

Pagi tadi, nak sampai pejabat, sampai satu simpang tiga. Ada traffic light. Ada dua lorong, satu lorong ke kanan. Satu lorong ke kiri. Lorong ke kiri dah lampu hijau, lorong ke kanan masih merah...ada orang buat perangai pelik, duduk lorong kiri nak masuk kanan, memang dia stop sebab masih merah...

IQ belakang dia nak masuk simpang kiri...IQ bagi signal dia gerak la depan sikit tapi still tak lepas nak masuk simpang kiri...nasib dia baik, sebab sekejap je lepas tu terus lorong kanan dah hijau...as usual, memang dia potong kereta lorong kanan cepat cepat nak masuk lane...haishhh..manusia manusia...

satu lagi...IQ nak masuk lorong kanan, boleh pulak ada sorang ni jalan kaki, berenti tengah simpang lorong tu nak lintas jalan. Dianggap dia tu sebuah kereta untuk melintas...kalau motor boleh dikira lagi..ni pejalan kaki...naik atas divider dah ler bro...adehhh....sabor jer laa.

Perangai manusia ni memang pelik kalau bawak kereta....kan? nak masuk lorong, kemain tak nak bagi signal, takut orang tak bagi...bila bagi signal plak, last minit, anggap orang nampak last minit signal tu dan orang nak bagi laluan?

Bagi awal2...biar orang belakang nampak, jangan pulak harap kereta tepi nampak signal kau...memang sah sah dia tak nampak...bagi la dia jalan dulu...jangan la nak menyelinap masuk depan dia plak...kau dah nak masuk lorong orang, buat la cara nak masuk lorong orang...orang lain nak cepat jugak..bukan kau seorang...

Hari hari bila balik kerja mesti kena sabar...dalam kepala fikir nak ambik anak cepat, plus jem lagi...ditambah pulak manusia berperangai pelik bila memandu...*pengsan*

Ok la. Tu je nak cerita. Bai2.

Tuesday, April 12, 2016

Berzumba Di Rumah

April 12, 2016 6
Berzumba Di Rumah
Matlamat!

Nak kurus!

Sejak bersalin, berat IQ turun sikit, tapi lepas tu naik balik. Erghh! Tak dapat nak maintain berat sebelum kahwin dulu. Sebelum kahwin, ada la 57kg....masa mengandung paling berat pun 74kg rasanya...dan sekarang???

70kg tak turun tak naik! Ergh!! Susah baq hang nak turunkan berat badan ni. Lemak tepu dekat perut ni Ya Allah, punya la susah nak hilangkan...dulu masa pantang bukan tak nak bengkung betul betul tapi serius IQ degil, yela...nak pakai susah, mula nak ke tandas pun susah...leceh tapi itulah berpantang...plus anak kena demam kuning lama, tak dapat nak amalkan jamu plak lepas tu...makin gempal badankuuuu..

Dan sekarang, IQ ada la cuba produk kurus badan. Jangan nak kondem IQ pape ok. Masing masing ada ikhtiar masing masing. Nak tak nak jer, jamu kuruskan badan pun banyak...tapi IQ malas nak try jamu...IQ try minum satu produk kuruskan badan ni. Produk ni menaikkan metabolisme badan. Makan pun kena sukat sikit dari segi nasi...nasi kena sparuh...plus kalau workout..hasil memang umph!

Tu kata produk tu la, dulu IQ try tak turun pun sebab beli sekotak je, sekotak pun mahal...grrr~ beli sekotak tak efek sangat. cuma badan terasa ringan tapi berat tak turun jugak! haha! kali ni IQ try 3 kotak...plus buat zumba...zumba sendiri jer dekat rumah..bukak youtube sudah oi!..

Workout ni atas diri masing-masing. Nak buat ke tak...IQ ni baru buat sekali, ntah ntah esok dah terbongkang penat balik kerja tak buat zumba...haha! try la buat zumba. Asal ada suami yang support sudah..kan? Suami IQ memang support habis..in fact dia tak kisah IQ kurus ke gemuk tapi IQ yang beria nak kurus...confident level beb~ tu yang penting! Blueekk~ haha!

Ok la..till then...doakan IQ berjaya. Bai!

Thursday, April 7, 2016

Qa'id Ni Setahun Dah Ke?

April 07, 2016 8
Salam semua...

Lately, kalau IQ ke mana mana bawak Qa'id, mesti ada orang geram dengan dia. Rasa nak cubit cubit katanya...IQ sendiri pun memang tiap tiap masa cubit pipi dia...geram!! Debab, tapi sekali tengok tak ada la debab mana, kalau ikutkan nampak kurus je..cuma kalau buka seluar baju, nah! dia punya peha besar macam peha ayam kfc, rasa nak ngap jer..

Dan satu lagi perkara yang selalu orang tanya bila jumpa si Qa'id ni, 
setahun ke ni? 
berapa bulan? 6 bulan lebih? besarnya! 
 Erkkk...nampak besar sangat ke Qa'id ni? ke bila ibu dia pegang je nampak besar...ke memang Qa'id ni jenis rangka besar yakni tulang besar...hurmm..musykil musykil....

Kalau diikutkan, perkembangan Qa'id normal, berat normal, tinggi normal, semua ikut graf perkembangan bayi dalam buku kesihatan dia tu...dah tu, kenapa orang kata besar lak? IQ pun pening..

Qa'id masa lahir memang minum susu badan, tapi disebabkan dia kena demam kuning masa pantang, puas jugak la nak cari cara nak kurangkan kuning dia, dan bila dia minum susu formula, terus kuning dia turun mendadak...dari saat tu Qa'id minum susu campur badan + formula...

Tapi start awal tahun ni, dia dah tak nak badan langsung dah, susu badan IQ pun kurang..well, susu badan kurang memang sebab emosi, emosi tak stabil, memang susu akan kurang, tambah plak Arwah ummi sakit, memang tak dapat nak susukan Qa'id secara berterusan. Qa'id pun macam faham sangat keadaan ibu dia yang tak berapa nak stabil emosi...huhu...

Well, memang sejak Qa'id minum susu formula, badan dia cepat naik. Tapi tak ada la naik mendadak. Badan dia orang kata sedap peluk..haaaa...berat nak masuk 9kg rasanya, in case nak masuk 7 bulan 16hb nanti...rasanya normal la tu...heee..

Setiap anak tu kan ada keistimewaannya masing masing. Bersyukur sangat Qa'id ni tak banyak ragam. Jenis baik sangat. Tak ada nak mengamuk kalau kena tinggal dengan pengasuh. Pengasuh dia yang baru pun cakap benda yang sama. Qa'id ni senang nak jaga, suka buat hal sendiri, main sorang-sorang, lepas tu tertidur sendiri...cuma tak berapa nak pandai nak main sekali bila ada kawan....yela, baru nak masuk 7 bulan kan? nak berkawan pun tak reti lagi..slow slow..

Ok la, tu la je la nak bebel pasal si Qa'id ni. Budak budak kalau cepat sangat besar nanti rindu masa dia kecik pulak. kan? IQ dah rindu da si Qa'id masa pantang tu...geram!!


Kalau kena label setahun pun, ape de hal, anak ibu ni memang macam orang besar dah =.="

K.bai!

Wednesday, April 6, 2016

Ulangtahun Kelahiran IQ

April 06, 2016 2
Salam semua.

Fiuhh, nak update blog punya la susah, selalunya IQ letak gambar dalam Apps Blogger, lepas tu edit dekat dashboard dalam komputer..tapi tak berkesempatan plak. Dah dua hari kena duduk site, dan of course, duduk site, wifi tak hado..tak boleh la nak curik curik update entry...sobs...ni pun pakai hp jer...nasib ler..

1 April lepas ulangtahun kelahiran IQ yang ke 27. Alhamdulillah..dah 27 tahun dah umur IQ, masih bernafas untuk teruskan hidup bersama keluarga kecil. 

Tapi yelah, tahun ni tak seperti tahun lepas, jika tak, mesti dapat mesej daripada Arwah Ummi tiap pagi hari befday tu...tak pun call daripada Arwah...first time befday nangis..hurmm

sehari sebelum befday, IQ MC. Demam urat...sakit badan Allah je tahu..bayangkan nak mandi tu siram badan dengan air pun boleh nangis meraung sejuk. Sejuk sampai ke tulang. Suhu naik mendadak sampi 39 darjah celcius, last last, pergi klinik, dapat mc sehari, jadi laaa...

Tapi IQ ada submission kerja hari IQ MC tu, gigih la bangun awal pagi nak siapkan program tender tu...semua dah cuak takut tak sempat...Alhamdulillah..sempat submit on time...huhu..

Sambutan befday? Cukup la dengan keluarga kecil kami. Malam hari jumaat tu pergi Secret Recipe. Yang tak menahan, pow suami sampai 4 jenis slice kek. Erkkk...kebetulan adik sepupu datang kL...memang tolong makankan jugak kek tu...kemain betul...

Sabtu pergi ziarah sepupu yang baru lahir...seee...IQ ada sepupu kecik ok. Baru 47 hari. Tapi lupa lak nak attach kat sini...kalau nak tengok, pergi instagram IQ ok. Habis ziarah, berfoya foya. Konon macam terer main iceskating, bantai main, lepas tu tergolek dua kali jatuh masa main. Terus kepala pening. Erkk...dah tua tua pun nak main...pening suami IQ dibuatnya...hampir demam balik, makan ubat, terus out.

Ahad. Pergi kenduri kawan suami di Putrajaya. Makan kenduri setelah sebulan rasanya tak makan kenduri...heeee..lepas tu, hantar adik sepupu di stesen bas...cari barang sket, lepas tu balik...erkkk...jadi diary plak blog kali ni.

in fact, mujurlah hujung minggu lepas terisi. Minggu ni tak tau lagi. Jalan jalan tiap minggu pun rumah entah bila nak buat spring cleaning. Heeee..

Hadiah yang dapat daripada suami berupa handphone yang boleh wide selfie...begitu wide kan...sronok!

K.bai!