Advertisement

Responsive Advertisement

Dianogsis Sakit Arwah Ummi

Salam semua,

tadi IQ scroll FB, terbaca satu artikel bertajuk "Tiada doktor mahukan pesakitnya mati". Lebih kurang la tajuknya macam tu, IQ malas nak belek cari artikel tu balik...rasa sedih dan sakit hati pulak tetiba...hurmmm..

Perenggan pertama dia mencerita kisah anak-anak tidak ikhtiar untuk merawat mak-nya yang strok akibat pendarahan dalam otak...dan pengakhiran cerita perenggan pertama tu mak anak-anak itu meninggal dunia...kisah tu lebih kurang macam cerita IQ dan adik beradik IQ menghadapi Arwah Ummi kitaorang dulu...

Bukanlah IQ termakan cili dengan cerita itu. Cuma ayat tu macam nak ceritakan sesetengah anak-anak yang menghadapi situasi macam tu macam tak nak ikhtiar langsung...macam nak mak diaorang mati...ketahuilah, ANAK-ANAK MANA NAK MAK-NYA MATI?

Siapa sangka, Arwah disahkan mengalami strok yang menyebabkan pendarahan di dalam otak yang keadaan di mana doktor tidak mampu berbuat apa-apa. Tidak boleh melakukan pembedahan untuk mengeluarkan darah beku tapi hanya mengeluarkan cecair untuk mengurangkan tekanan pada otak Ummi. Selain itu, jika cecair itu dikeluarkan, ummi juga perlu ditebuk di leher untuk membolehkan ummi bernafas dengan sendiri.

Keputusan harus dibuat malam itu juga. Kitaorang kena buat keputusan samada ummi perlu dibedah atau tidak. jika mahu dibedah, perlu dibawa ke Hospital Ampuan Afzan di Kuantan kerana pakar tiada di Hospital Temerloh. Keputusan harus dibuat...yang doktor beritahu, buat pembedahan pun keadaan ummi akan sama, tak buat pun akan sama...jadi, apa yang perlu kami buat?

Artikel itu memang mudah benar untuk ditulis, ingat anak-anak ini membuat keputusan yang senang untuk diputuskan? Sedih...yer, kami tak berbuat apa-apa, tak benarkan doktor buat apa-apa, sebab kami tak nak ummi sakit lagi, cukup la kepala ummi menerima tekanan darah terhadap otaknya...ini nak ditebuk pula lehernya...penjagaan rapi juga perlu dibuat bila dah ditebuk leher tu...

Yer, memang jangka hayat kita tak akan tahu jika kita tidak berikhtiar...tapi pendarahan di dalam otak yang tak boleh dibuat apa-apa...apa harapan korang? Doktor di wad kecemasan hanya mampu berkata, berdoalah...moga ada satu keajaiban untuk memulihkan ummi...Doktor pun tak mampu berkata apa...kami ini pula?

Masa di wad, ada saja doktor yang mulutnya celupar...mengomel belakang kami berkata kami tak nak buat pembedahan sebab nak mak kami mati cepat. Kalau la IQ jumpa doktor tu lagi, IQ sumbat cili penuh-penuh...senangnya mulut berkata...Allah...sedihnya kami adik beradik masa tu..

Ummi bertahan genap dua bulan, dan akhirnya Ummi pergi tinggalkan kami...apakah kami yang membunuh ummi kami sendiri? Cuba korang berada di kaki kami, barulah boleh berkata-kata. IQ pernah dengar, seorang doktor kena ada satu sifat, iaitu sifat berani mengambil risiko...maaf....ummi kami bukan bahan ujikaji lagi...cukuplah kami dapat tahu kesan ubat darah tinggi ummi sendiri bagi ulser perut yang membuatkan perut ummi berdarah...tak cukup ke lagi kesan ubat pada ummi selama ni?

IQ tak salahkan sistem perubatan di negara kita..mungkin itu sahaja penawar yang ada...namun, jangan main sedap bicara kata, pandanglah kiri dan kanan...tak salah kan kita berbicara dengan melapik bahasa yang sedap didengar?

IQ belum puas membahagiakan Arwah ummi, IQ belum puas nak bawak Arwah jalan-jalan...IQ belum puas nak beri hasil gaji IQ pada Arwah...kalau la korang juga merasa apa yang IQ rasa...

Post a Comment

6 Comments

  1. Sedihnya. Tapi tula qada dan qadarnya. Be strong ya. Org mmg takkan fhm kita, biarkan mereka. Kita pun kdg2 tak faham org kan. Iq and adik beradik dah buat keputusan yg terbaik. Apa kata hati itupun naluri yg ditiupkan Ilahi. Mak iq lebih bahagia kt sana, inshaAllah. Kita kt dunia ni teruskan hidup. Insha Allah berjumpa lg di alam abadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..moga2 begitu...kuat hendaknya...

      Delete
  2. Dugaan paling besar nak melayan persepsi orang luar yang taktahu apa-apa pun. Sabar ye izyan. Semoga tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks apel, yes, kadang-kadang ada yang mulut tak der insurans main lepas je cakap...huu

      Delete
  3. Orang yang tak tahu hanya pandai berkata-kata, bertabahlah IQ.
    Moga arwah mak tenang di sana. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul tu, terima kasih aizamia,

      Al-Fatihah

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)