Thursday, January 28, 2016

Dinner Company Tema Arab

January 28, 2016 2
Salam semua.

It's been a while. Yes, dua minggu IQ menyepi dari blogging. Tempoh untuk settle down semua. Tapi sepi dari blog jer, sebab tak ada idea sangat nak tulis instead of asyik teringat kat arwah. Kalau termenung, tertengok gambar arwah, mesti basah pipi. Moga arwah tenang di sana. *Al-Fatihah*

Minggu lepas tetiba jer dapat berita ada dinner company, ada tema plak tu. Tema arabian. pening kepala bila ada tema. Tak der tema tak boleh ke? Ni satu hal kena cari baju ikut tema semua.
Lagi best bila suami pun kena ikut sama tapi dia pun kekeringan baju. Jubah tak pernah ada dalam senarai baju sedia ada. Haihhh...pening lagi...gaji belum masuk, nak shopping baju apa la ni...

IQ pakai baju raya tahun lepas sebab jubah tu baru sekali pakai. Sebab labuh sangat, suruh suami pergi potong kain. Sementara tu, dia pergi cari baju dia sekali. Ikut suka abang la. Janji senang hati.
IQ try nak buat kelainan la konon. Nak cari headchain letak atas kepala. Search kat instagram jumpa tapi ambik masa nak sampai. In case headchain tu pun asalnya dorang beli dari H&M, so..terfikir nak cari kat sana sendiri.

Menapak la IQ pergi Paradigm Mall depan ofis ni sorang2 jalan kaki. Sampai sana, alahai...tak der yang berkenan. Pastu mahal lak, simple tapi mahal, tak berbaloi langsung! So, tak jadi beli. Pergi bahagian kanak2 plak cari baju anak untuk pakai pergi dinner. Beli baju lengan panjang, in case fikir tempat tu mesti sejuk sebab dewan beraircond.

Lepas tu, IQ fikir nak beli aksesori kat Cotton On. Sebab, CO selalunya tak pernah mengecewakan bab aksesori ni. Last2 jumpa! Headchain cuma RM6!! Lepas tu beli satu lagi dapat separuh harga! IQ beli rantai yang harga asal RM6 jugak tapi dapat RM3! Berbaloi sangat. Puas hati kejap masa tu. Heee...

So, hari dinner tiba. Dinner berlangsung di Restoren Zam Zam Shah Alam...Tapi yang tak bestnya sampai lambat. Kenapa? Tak tahu la kenapa jumaat lepas jemnya Ya Allah teruk sangat! Sebab nak cuti thaipusam ke apa tak tau la..sampai sangat lambat. Masa tu orang dah start tapi mujur ada lagi teammate yang sampai lambat jugak. Fiuhhh..
Tak der nak arab sangat. Bantai je la. Janji makan free. Wiwiwi. Harapkan lucky draw yang selalu unlucky. Memang bawak balik goodies je ler. Huhu.

Masa dinner tu ada opismate cakap 'kesiannya bawak anak, anak nak tidur pun susah, bising.'...tak tahu nak cakap apa, sebab tak der sapa nak jaga, kalau ada orang nak jaga tak per la, suami plak jenis tak sanggup nak tinggalkan anak kalau tak ada kepentingan. Selagi boleh bawak, bawak. Tak perlu susahkan orang. Sentap jugak orang cakap macam tu. Kadang mulut manusia ni tak pandang kiri kanan. Main sembur je. Sedih plak.

IQ dan Aichelle, Teammate yang berasal dari Filipina.
Kesian dekat anak, rupanya dewan tu aircond tak kuat sangat. Berpeluh dia. Huhu.

Ok. Bai

Friday, January 15, 2016

Al-Fatihah Ummi.

January 15, 2016 7
Al-Fatihah Ummi.
Assalamualaikum..

Sebelum ni IQ ada pos pasal rumah ummi kan? Sebenar tu entry tu entry scheduled. Dijadualkan publish pada masa sekian sekian. Dan pada waktu entry tu dipublish, IQ sedang berangkat ke tanah perkuburan untuk pengebumian ummi IQ..

Ummi IQ meninggal pada 14 Januari 2016, pada jam 5.30 petang di rumah kakak IQ. IQ dapat tahu berita pemergian ummi IQ pada pukul 6 lebih. Terus IQ berangkat balik rumah untuk packing barang dan balik ke Pahang.

Mujurlah pengebumian dijalankan keesokan hari iaitu hari ni. IQ sempat memandikan dan mengafankan jenazah ummi. Alhamdulillah. Segala berjalan dengan lancar.

Cuma.....IQ sampai sekarang masih terasa hangat pipinya semasa IQ cium minggu lepas dan semasa kali terakhir IQ cium pipinya, terasa sejuk dan kecut kulit pipinya...

Semoga roh arwah ummi dicucuri rahmat oleh-Nya.

AL-FATIHAH

Rumah Ummi

January 15, 2016 1
Rumah Ummi
Ummi.

13 Januari genap dua bulan ummi sakit, terlantar di atas katil, tanpa sedar. Dua bulan juga IQ tak dengar suara ummi, tak dengar gelak ummi, tak dengar marah ummi...sepi..

Sekarang rumah di Karak perlu dikosongkan. Ummi suka rumah tu. Walaupun rumah tu rumah sewa, ummi suka duduk situ sebab ummi ramai kawan. Kawan-kawan ummi selalu bawak ummi pergi jalan-jalan, pergi surau, pergi program komuniti dan kadang-kadang kawan-kawan ummi la yang bawak ummi pergi klinik untuk fisioterapi.

Tapi rumah tu dah tak berpenghuni. Kosong tanpa ummi, dan kami kena kosongkan atas permintaan abah. Abah dah tak mahu rumah tu lagi. Tak nak bayarkan sewa rumah tu lagi. Sedih. Sedih bila mengenangkan setiap barang dalam rumah tu adalah hak milik ummi. Sampai kami tak tahu nak buat dengan barang-barang ummi...rumah perlu dikosongkan..barang-barang hendak dibawa ke mana?

IQ tahu ummi jenis sayangkan barang dia. Itu sebab rumah kami penuh dengan barang yang kadang-kadang tak digunakan dengan kerap. Ummi suka simpan. Suka memenuhkan rumah dengan barang. Dan bila keadaan jadi macam ni, IQ tak sampai hati nak buang atau jual barang yang ummi simpan.

IQ fikir nak simpan barang-barang ummi di rumah IQ, tapi rumah IQ sempit, rumah flat pula tu. Nak angkut pun susah. Kalau dapat simpan barang-barang ummi ni, tak der lah ummi tercari cari barang dia bila dia dah sedar nanti. Yer! Impian IQ besar. IQ nak tengok ummi IQ sedar dari koma dia. Nak tengok dia senyum dan bercerita apa yang dia rasa ketika terlantar koma.

IQ kalau boleh nak kekalkan rumah di Karak tu tapi kalau IQ punya duit yang banyak, IQ bayar jer sewa rumah tu tiap-tiap bulan. Biar-lah jadi rumah singgahan kami anak beranak, asalkan setiap barang di dalam rumah tu tak terusik...tapi...apakan daya IQ...

Setiap pelusuk rumah tu buatkan IQ terbayangkan ummi. Ummi bergerak ke sana ke sini IQ dapat bayangkan. Di mana ummi selalu duduk untuk tengok tv. Di mana ummi akan terlentok tidur. Even IQ tengok sabun pencuci pinggan pun IQ rasa sayu sebab terkenang saat kami bersama di dapur menyiapkan makanan. Masa IQ nak balik ke KL lepas kemas barang-barang semua pun IQ sebak. Tak sangka semua ini hanya tinggal kenangan...

Wednesday, January 13, 2016

Ampang Park Bakal Jadi Sejarah

January 13, 2016 5
Minggu lepas, IQ diarahkan untuk pergi ke satu company client untuk buat program planning. Program planning tu untuk 2 stesen projek MRT2. Satu Ampang Park dan satu lagi Chan Sow Lin. Dan program hampir siap dibuat sekarang dan akan dihantar kepada client esok. 

Untuk buat program, at least kena la pergi tapak yang terlibat. Hari rabu lepas, IQ pergi ke Ampang Park untuk tengok tapak. IQ fikir bangunan Ampang Park yang setinggi 4 tingkat ni tak terlibat, rupanya terlibat jugak...patutlah ada banner tulis "SAVE AMPANG PARK"..

Peniaga dalam Ampang Park ni ada yang masih berniaga dan ada juga yang dah kosongkan lot kedai mereka...tapi bagi IQ yang berjiwa sentimental ni...sedih jugak nak robohkan bangunan ni, sebab Ampang Park ni sebenarnya PUSAT MEMBELI BELAH YANG PERTAMA DI MALAYSIA SEJAK 1973 tau! Memang zaman mak-mak kita masa remaja dulu nak pergi jalan-jalan mesti singgah Ampang Park ni...(IQ agak je la, bukan betul pun..huhu) 

Tapi dari segi ekonomi, bangunan ni macam dah hidup segan, mati tak mahu. Tak ramai yang singgah ke sini untuk membeli belah...anak-anak muda sekarang lebih memilih untuk pergi ke shopping mall, butik dan sebagainya...kan? jangan nak menafikan...betul kaann?

Salah satu lot kedai yang dah dikosongkan...tapi masih ada banner tulis "SAVE AMPANG PARK"

Bahagian lobi. Kat sini masih ramai yang berniaga. IQ ada jumpa T-shirt RM5 wooo!! *hantu shopping betul

Sebelah kiri tu laluan masuk ke LRT Ampang Park Kelana Jaya Line. Nanti MRT Ampang Park akan attach dengan Kelana Jaya Line ni.

By the way, ni baru fasa nak hantar tender sebenarnya. Belum tentu company client IQ dapat projek ni. Tapi yang pastinya company client IQ jer apply MRT Ampang Park ni sebab stesen ni antara projek MRT yang paling susah nak buat sebab belakang Ampang Park ni ada satu tapak yang dipenuhi dengan berpuluh cerucuk yang ditanam untuk sebuah projek yang tak disiapkan...complicated sikit la senang cerita...nak buang cerucuk yang entah berapa dalam ditanam...tu sebab orang tak nak sangat projek Ampang Park ni...nak kena runtuhkan bangunan 4tingkat ni lagi kan...pening pening..

ok la, tu jer IQ nak cerita...at least korang tau la serba sedikit pasal pusat beli belah pertama kat Malaysia ni kan sebab IQ pun baru tau..heee...

Bai!

Tuesday, January 5, 2016

Baru Nak Ber-AZAM BARU

January 05, 2016 3
"Ape-ape je la ibu...ada ed kesah?"

"Bertuah sangat anak ibu sorang ni, pipi jangan nak layut sangat. Ibu makan baru tahuuu"

Tahun 2016 dah 5 hari bermula. IQ baru terkedek-kedek nak tulis kat sini. Ni pun kebetulan laa ada kerja di malam hari kena siapkan...nak buat entry kat ofis kang cakap curi tulang lak...apatah lagi istilah tu dah tak bermakna pada IQ sejak tahun baru ni. Tak duduk diam dari hari isnin lagi...ke hulu hilir penuhkan jadual dengan kerja....macam tahu tahu IQ plan nak berenti kerja. HAHA!

Azam tahun baru nak tukar kerja! Eh...kan baru setahun 2bulan dengan company sekarang. Well, benefit tak banyak. Dengan kegawatan ekonomi sekarang, kita kena cari peluang. Mungkin akan bertukar ke Melaka atau masih stay di Selangor. Tak tahu rezeki lagi. Baru nak update resume kasi cantik. Sementara tu, kutip pengalaman sehabis mungkin. Pegang projek besar, zero knowledge memang ke laut la jadinya.

By the way, IQ memang tak sangkal, bila dah ada anak, memang tanggungan bertambah. Baru sorang, next time nak lagi sorang, lepas tu lagi sorang, lepas tu lagi sorang...haishh..kemain ramai kau plan ni IQ...haha...tak der la...tapi mana kita nak tahu rezeki Allah nak bagi kan? eh...apa IQ nak tulis tadi sebenarnya? lost dah...krik krik krik...

*Ah sudah..lupa...ambik masa ingatkan balik jap*

*dah 5minit berlalu, langsung tak ingat! grrrr*

ok dah, lupakan yang lain. IQ dah betul-betul lost ni...bila da taip ni memang idea kosong habis, sebelum tu kemain idea mencurah curah! mencik betul!

HAaa!! Ingat dah! By the way, sebagai seorang yang acah-acah dah dewasa, IQ plan nak cari dan beli rumah. Salah satu azam IQ jugak ni! WALAUPUN sebenarnya nama IQ dah tersenarai dalam CCRIS sebab tak bayar PTPTN lebih daripada 6 bulan. HikHikHik. Tak per, Boleh struktur balik pinjaman tu. Tengok kadar baru nak dibayar dan bayar constant. Insya-Allah, blacklist dalam CCRIS dah tak der. Yang ada cuma-lah BEKAS CCRIS. huhuhu. Mujur la pinjam tak banyak. Konon dulu abah IQ ni banyak duit, dorang tak nak bagi pinjam banyak-banyak. Selalu setiap semester IQ dulu kena tambah duit sendiri sebab tak cukup. Dalam akaun plak cuma dimasukkan seratus SETIAP SEMESTER. Tapi ada kebaikannya...tak perlu la IQ nak bayar balik banyak-banyak kan kan? heeee~

So, sesape yang jadi lawyer (bukan loyar buruk) dan boleh uruskan pembelian rumah, boleh la tinggalkan alamat eme di bawah. Yer? heee...lambat lagi pun tetap boleh ambik khidmat nasihat. Sebab impian kita kan?

"Ok-lah, Bai! Ed jangan nak drama sangat nak nangis. Ibu cakap bai kat dorang la, bukan dekat Ed"

Sekian.