Tuesday, December 27, 2016

Rumusan 2016 Dan Salam Tahun Baru 2017.

December 27, 2016 5
Rumusan 2016 Dan Salam Tahun Baru 2017.
Salam semua.

Hari ni 27hb Disember 2016. Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru. Tahun baru entah apa pula cabarannya. Hanya mampu berdoa agar segalanya berjalan dengan baik.

Berbalik kepada azam tahun 2016. Boleh view entry azam tahun 2016 IQ di sini.

Azam tahun 2016 nak tukar kerja dan jugak nak plan beli rumah. Hanya satu azam yang dapat dicapai tahun ni iaitu tukar kerja. Pulun dari awal tahun sampai la dapat beberapa interview, dan juga sampai tak tahu nak pilih kerja yang mana satu. Dasyat sangat. Akhirnya, permulaan kerja baru tidak seperti yang dibayangkan apabila Arwah Suami IQ pergi mengadap Illahi pada 21 Ogos yang lalu. Tarikh IQ masuk kerja baru 1 September 2016. Dengan baki cuti yang ada, IQ banyak habiskan dengan urusan Arwah Suami.

Namun, disebabkan Arwah pergi mengadap Illahi secara mengejut, IQ terpaksa ambil keputusan untuk tenangkan diri. Dua bulan IQ ambil masa. Bukan mudah, mulut boleh berbicara, hati dan fikiran belum tentu dapat menerimanya dengan mudah.

Plan nak beli rumah akhirnya tergendala. Namun, IQ sekarang mula untuk risik merisik step seterusnya untuk pembelian rumah. Biarpun IQ terpaksa berdiri sendiri, namun IQ harap IQ setanding dengan mana-mana insan yang berjaya di luar sana. Azam dan harapan untuk membeli rumah dilanjutkan ke tahun hadapan Insya-Allah. Sedikit demi sedikit, demi masa depan.

Ikutkan tahun ni kalau dapat rezeki nak tukar kereta besar sikit. Tapi tu masa Arwah Suami ada. Sekarang mungkin tak ada kot. Masa tu plan sebab anak makin membesar, keperluan semakin bertambah. Kereta kena dibesarkan saiznya juga. Tapi, segala yang kita rancang hanya Allah S.W.T. yang menentukan segala apa yang berlaku.

Arwah ummi pergi pada Januari 2016, Arwah Suami pergi pada Ogos 2016. Tahun yang sama, dua2 adalah insan paling baik dalam hidup IQ. Al-Fatihah.

Semoga tahun baru ini memberikan sinar baru buat kita semua. Insya-Allah.

Selamat tahun baru kalian. Ni entry tahun baru sekaligus dengan rumusan tahun 2016. Aci la yer dok?

k.bai.

Sunday, December 18, 2016

Persiapan Ke Alam Sana, Bersediakah Kita?

December 18, 2016 1
Persiapan Ke Alam Sana, Bersediakah Kita?
Salam blog.

Kali ni sentimental sket. Baru usai solat isyak. Lewat solatnya sebab baru sudah urusan rumah selepas keluar seharian bersama keluarga.

Usai solat, IQ pandang telekung solat IQ. Telekung baru IQ pakai kali ni, sebab telekung yang selalu pakai tu basuh. Telekung yang baru ni brand telekung terkemuka sekarang ini. Ya. Telekung Siti Khadijah. Sangat berkualiti kainnya. Sejuk bila dipakai...kemas jahitannya. Sangat berbaloi beli satu ni untuk dipakai solat.

Bila ditenung balik kain telekung ni, rasa nak buat telekung ni untuk dijadikan kain kafan nanti. Terlalu cantik dan elok kainnya. Alangkah baik jika dipakai sebagai persalinan terakhir bukan? Bermonolog IQ kejap tadi...

Teringat masa Arwah ummi meninggal. Memang arwah ummi meninggal mengejut. Kami adik beradik tak prepare ape langsung. Mahu juga kami nak pakaikan telekung Arwah untuk persalinan terakhirnya namun jauh pula rumah Karak dengan rumah kakak masa tu. Tak sempat nak pergi ambil.
Mujurlah mak long dari  Kuantan membawa set pengurusan jenazah. Lengkap segala benda untuk pengurusan jenazah. Dari kapas gulung sampai la kain membalut jenazah. Mak long sendiri pun memang pengurus jenazah di Kuantan. Alhamdulillah. Mak long sendiri yang menguruskan jenazah Arwah adik iparnya iaitu Arwah ummi IQ. Terbayang saat2 Arwah Ummi dikafankan. Sayu.

Terbayang pula ketika Arwah Suami pergi mengadap Illahi. Ramai menyaksikan Arwah dikafankan. Penuh bilik pengurusan jenazah masa tu. Arwah dikafankan selapis demi selapis. Dari lapisan kapas sehinggalah lapisan terakhir kain kafan. Handsome saat terakhirnya. Kenapa handsome? Sebab Arwah senyum di saat Arwah pergi mengadap Illahi.

Bila teringat, mula la rindu. Bila rindu, mula la menitiskan air mata.

Al-Fatihah.

Sekian.

Wednesday, December 14, 2016

Life Update.

December 14, 2016 2
Life Update.
Salam blog.

Serius laaaa IQ sekarang punya la busy. Erkhhh...konon. Hampir dua minggu tak berupdate. Sibuk benau! Nak buat camne...i'm busy woman now...pfttt..

Dua minggu lepas buat akikah Qa'id...Alhamdulillah selamat sudah majlisnya. Amanat Arwah nak buat majlis akikah anaknya akhirnya terlaksana. Lega sangat da selesai. Huhu. Tapi masa majlis struggle betul dengan Qa'id menangis melalak...baru bangun tidur dah kena pusing dekat orang marhaban. Ape lagi kan....berpeluh ibu dia dibuatnya. Fiuhh...

Minggu lepas plak pergi kenduri kahwin dekat Kamunting Perak. Sepupu rapat kepada Arwah suami kahwin. Arwah selalu bercerita tentang sepupu yang satu ni. Anyway..pernah la jumpa sebelum ni...cuma Arwah tak der rezeki nak pergi kenduri sepupunya ni. Huuu..

Bulan ni agak kritikal sebab hujung tahun kan? Banyak perkara nak setel tapi tak setel2 lagi. Bukan senang nak handle segala perkara sorang2. Dulu berdua boleh la nak bahagi2 benda nak disetelkan. Tapi sekarang memang totally diri sendiri yang kena buat. Kederat 4 kerat ni la nak ke sana sini. Allah SWT tahu IQ mampu. InsyaAllah IQ cuba untuk buktikan IQ mampu buat semua sendiri.

Minggu lepas dapat berita sedih juga. Kawan satu sekolah juga telah kehilangan suami tercinta. Tak tertanya apa puncanya tapi dia lagi kuat dari IQ sebab dia ada 3 orang permata hati yang perlu dibesarkan. Kuat lagi dugaan dia berbanding dugaan yang Allah bagi pada IQ. Dia dah kehilangan ayahnya sejak umur 9 tahun...dan kini kehilangan kasih suami pula...kawan IQ masih bersedih...memang semua yang berlaku perlukan masa. IQ sendiri ambil masa untuk bertenang. Bukan mudah menerima apa yang berlaku sekelip mata.

Tabahlah teman. Allah SWT sentiasa menguji makhluk-Nya untuk kita sentiasa ingat kepada-Nya.

Sekian.

Monday, December 12, 2016

Sebab

December 12, 2016 0
Sebab
Sebab tak ada orang nak tanya

Kau ok ke? Sihat tak? Kau sebenar ada penyakit ke? Ada efek ke kat badan kau kalau kau buat semua ni?

Sebab tak ada. Tak ada yang menanya.

Sebab kau sorang2 beb. Tak ada sape nak kesahkan kau sebenarnya. Kau sakit ke kau mati ke orang bukan kesah.

Yang orang kesah yang satu tu. Yang tu je orang kesah. Orang kesah dekat kau buat apa. Tak ada kena mengena pun dalam life dorang. Lain la yang satu tu. Ada hubung kait sana sini. Jadi pape dekat yang satu tu, habis la kau. Kau yang kena.

Sebab kau bukan sape2. Sebab tu kau tu tak ada sape nak menanya. Faham?

Wednesday, November 30, 2016

100 Hari Berlalu.

November 30, 2016 3
100 Hari Berlalu.
Salam blog.

Kesibukan sangat sekarang ni. Kerja macam banyak tapi hari ni bergoyang kaki jugak. Nak sampai petang baru tahu boss dan seangkatan boss2 department pergi Penang. Kalau tahu awal, boleh mengulor. Haha! Niat tak baik, moga Allah terus pesongkan hati IQ daripada berbuat jahat. Huhu.

Semalam genap 100 hari Arwah Suami pergi mengadap Ilahi. Terasa macam dah lama. Yer. Lama la tu. 100 hari. Bukan 1 atau 2 hari. Tapi 100 hari. 100 hari tanpa ucapan daripadanya lagi. Dan akan terus sepi tanpanya.

Seusai solat maghrib tadi, IQ terbayangkan jika Arwah masih ada. Gelak tawa apabila pulang dari kerja, cerita tentang keadaan di ofis, tanya pendapat isu semasa. Macam macam yang diborakkan. Tak pernah sunyi rumah walaupun Qa'id masih kecil dan tidak boleh bercakap apa2 lagi. Menitis air mata. Rindu lagi.

Sekarang balik kerja, yang akan sambut IQ balik dari kerja adalah budak kecik gedik tu. Dengan hisap botol susu, menonong jalan. Cium sket terus patah balik ngadap tv. Ambil masa nak solat dan ambil masa juga borak borak dengan adik ipar. Tu je cara hilangkan bosan.

Sekarang Qa'id sendiri pun kalau kita bercakap, dia sama naik nak bercakap. Tapi versi bahasa Jerman dialah kan. Layankan jugak dia bercakap Jerman. Dah layan, confirm tak berenti. Banyak mulut. Ikut sape ibu tak nak ngaku.

Hari sabtu nanti IQ buat majlis akikah Qa'id. Setelah Qa'id setahun 2bulan lebih baru dapat buat. Amanat Arwah akhirnya termakbul jua. Ini yang dirancang masa hayatnya sebelum ini. Namun, hajat nak mengadakannya sendiri tak dapat, IQ juga menyampaikan amanatnya. Alhamdulillah...bakal terlaksana jua.

Jemput datang kepada yang berada di Jasin, Melaka. Sila pm fb IQ (Izyan Balqis) jika mahukan alamat penuh.

Sekian. Bai.

Wednesday, November 23, 2016

Wordy Wednesday: Mimpi Semalam

November 23, 2016 3
Wordy Wednesday: Mimpi Semalam
Salam blog.

Menjengah lagi di hari rabu. Selalunya akan taip post malam hari tapi kali ni waktu kerja plak. Boss tak der, so menyelinap kejap buka apps dan taip. Sorry boss!

Semalam mimpi Arwah lagi. Wajah arwah pucat sangat tapi Arwah senyum je tengok IQ.  keadaan macam baru keluar hospital. Abang ipar baru jemput dari sana agaknya. IQ menangis sebab Arwah macam tak cukup makan, even badan dia tegap macam dulu. IQ nak masakkan untuk dia....tapi tetiba mimpi tu hilang...

Kerap mimpi Arwah. Tak tahu lah kenapa. IQ sentiasa mengaji untuknya. Adakah hati IQ yang sentiasa ingatkan dia buatkan dia selalu muncul dalam mimpi?  IQ redha dengan pemergiannya cuma IQ terlalu rindukan dia. Sebab IQ tak der tempat nak mengadu...

But no one would replace him.

Berdirilah IQ seperti dahulu. Berdiri sebagai seorang yang pandai berdikari. Ke mana saja IQ pergi. Boleh membangga keluarga tercinta. Bersama anak yang satu itu juga.

K.bai.

Thursday, November 17, 2016

Sekian Kalinya Lagi...

November 17, 2016 3
Sekian Kalinya Lagi...
Abang....
Rindu....
Ummi....
Rindu....

Air mata aku tumpah buat sekian kalinya. Seperti saat perginya mereka daripada aku. Pilu, sakit, rindu, semua ada. Aku rindu kalian sepenuh hati aku. Dan kalian pergi tak akan kembali lagi. Rindu aku ini tak kan terubat.

Allah....sungguh aku rasa lemah untuk menghadapi semua ini. Aku tak kuat....aku rindu pada mereka yang sentiasa bersama aku saat susah dan senang....rindu yang teramat...

Abang...ummi....aku rindu...

Wednesday, November 16, 2016

Mengomel Lagi

November 16, 2016 4
Mengomel Lagi
Salam blog.

Ambik masa kejap...sebelum mulakan operasi di dapur. Malam? Yeah. Malam2 kena prepare bahan2 untuk masak pagi esok. Kalau tak sediakan awal2, kelam kabut jadinya.

Macam hari ni la. Malam semalam konon macam ngantuk, tidur awal. Bangun awal sebab nak setelkan yang malam sebelumnya....tak sempat...so tak boleh biar bertangguh kerjanya...kena buat terus...kalau tak memang kelam kabut...huhu...

Tugas seharian memang dah jadi rutin tetap. Memang berbeza dari keadaan yang dulu. Rumah baru ni IQ suka sangat dapurnya. Sempit tapi senang nak masak, nak basuh semua. Rumah dulu dapur agak luas memanjang tapi ruang membasuh jadi sempit disebabkan mesin basuh...so, tak seronok. 

Dapur ni bila dah kita selesa, rancak la kita nak masuk dapur sebenarnya..kesian dekat Arwah dulu, IQ jarang masak kecuali cuti hujung minggu je masaknya...bila topografi dapur tak berapa best, tu la jadinya. Huhu.

Asalnya nak tulis pasal rindu. Rindu siapa lagi kan kalau bukan insan yang telah pergi tingggalkan dunia ni. Alahai. Sentiasa doakan mereka tenang di sana. Adik IQ pun berkata pada IQ, dia jaga kitaorang dari jauh. Nak sedapkan hati IQ. Tapi memang, IQ sentiasa rasa Arwah ada dekat dengan kami semua. Dekat dengan hati kami. Meleleh air mata dekat ofis tadi. Sedih. Rindu. Semua bercampur.

IQ memang sibukkan diri sampai penat badan ni. Kalau duduk diam mesti teringatkan Arwah. Kalau ternampak gambar mesti rindu datang menebal di hati. Allah....rindu yang tak terucap. Rindu sangat  rindu! Tapi gatal jugak buka folder gambar dalam phone dan tatap lama2. Memang rasa dekat...dan selalu rasa macam Arwah masih ada dengan kami. Selalu bayangkan Arwah pergi kerja yang tak berkesudahan.

IQ sendiri perasan. IQ sekarang tak banyak cakap macam dulu. Banyak pendam rasa. Yelah, tak ada sape nak dengar IQ bercerita sebenarnya. Cerita kat sorang ni, tetiba tengah syok cerita boleh tukar topik, tak fokus plak. Cerita kat sorang ni, layan kejap je...lepas tu, tak der respon. Haha. Sardis betul. Nak ada sorang yang dengar betul2 cerita IQ sekarang memang tak ada! Serius sepi betul hidup. Cepat la Qa'id besar. Ibu nak bercerita dengan Qa'id ni.

Mengomel sorang2 IQ malam ni. Bosan. Ok la. Till then. Bai.

Monday, November 14, 2016

Blog Ni Bukan Tempat Bla Bla Bla

November 14, 2016 8
Blog Ni Bukan Tempat Bla Bla Bla
Idea tu kadang kejam. Baru seminit lepas muncul, bila dah siap siap nak taip, plup idea menulis hilang. Kejam...memang kejam..

Blog ni IQ dah create sejak tahun 2009. Banyak benda dah IQ kongsikan di sini. Suka duka melimpah ruah ideanya datang. IQ bukanlah jenis nak meluah rasa dengan tumpukan kepada seseorang ataupun kepada sesuatu itu sendiri. IQ akan jadikannya general. Tak kan state kan mana mana pihak sekalipun..

Silaplah kalau orang fikir IQ ini macam tu dan macam ini. Apa yang IQ tulis di sini memang tak kan sama seperti sesiapa yang pernah nampak IQ di alam nyata. Di sini IQ lebih berkata2 apa yang IQ rasa IQ perlu luahkan. Mengata atau mengumpat bukanlah prinsip IQ dalam dunia blog IQ ini.
Setiap apa yang IQ share adalah apa yang IQ rasa sesuai untuk dikongsikan. Bukan main sedap tulis dan sedap je tekan publish. Itu betul2 bukan IQ. Kalau IQ share blogpost di facebook maknanya IQ mahukan pembaca yang ramai. Pembaca akan tiba2 ramai membaca satu post yang IQ rasa sesuai untuk bacaan umum. Kalau IQ tulis biasa biasa, IQ tak kan share di facebook tapi hanya dipublish biasa di blog tanpa dipromote di fb.  Sesiapa yang follow blog IQ akan dapat baca setiap kali iQ pos entry blog. Tak ramai yang follow entry blog IQ ni. Boleh dibilang dengan jari sahaja. Kalau IQ tak promote tapi tetiba statistic blog naik, ada la tu yang stalk IQ. Haha! Kantoi laaa..

IQ dalam dunia blog ni dah lama. Selok belok blog ni IQ tahu. Siapa yang datang berziarah IQ tak der la tahu spesifik tapi IQ tahu la berapa jumlah orang datang blog IQ yang acah2 berinfo ni.
Dan kalau korang perasan, banyak ayat IQ lebih suka guna bahasa Melayu. Kurang la nak rojakkan bahasa. Ada tapi tak banyak. Sebab IQ suka bercerita. Dan cerita mestilah dalam bahasa melayu kan? Thats right! Omputeh plak..pape je la..

Tu je nak cerita sebelum masuk tidur. Penat. Penat sangat. Tapi IQ happy dan selalu happy. 
INSYAALLAH.

Ok.bai.

Thursday, November 3, 2016

Kembali Mencari Rezeki

November 03, 2016 2
Kembali Mencari Rezeki
Salam blog.

Baru berkempatan menulis. Life semakin busy bila da start kerja balik. Segala benda berlalu dengan pantas. Dan semestinya segalanya berlaku atas ketentuanNya. IQ sendiri tak tahu yang IQ akan kembali bekerja pada awal November yang lepas. Dalam rasa gelisah mencari peluang kerja yang tak kunjung tiba, usaha terus usaha, sehinggalah diterima masuk kembali ke company yang IQ berhenti dua bulan lepas.

Dalam masa yang sama, peluang interview datang dua sekali. Tapi tak dapat juga hadiri sebab peluang interview lambat. Offer kerja sah2 dah dapat tanpa interview, maka diteruskan jua. Interview belum tentu dapat kan? Tak per lah, mungkin rezeki yang lain pula.

Alhamdulillah. Hari ni masuk hari ketiga bekerja. Rentak masih dicari. Makin hari makin selesa dengan keadaan tempat kerja. Berbeza dengan dua bulan lepas, tiga hari macam tiga tahun. Genap tiga hari terus berenti kerja. Punyalah keadaan masa tu tak stabil. Huhu. Semua orang perlukan tempoh bertenang. Bukan mudah nak adapt keadaan yang 100% berubah dengan kehidupan sebelum tu. Kan? Ambil masa. Bukan mudah.

Sekuat mana pun IQ, memang jatuh juga air mata bila teringat Arwah Arwah yang telah pergi tinggalkan IQ. Malam ni malam jumaat. Terbayang saat mereka dikebumikan. Terbayangkan keadaan di mana mereka tiada di sisi buat selamanya. IQ betul betul rasa sunyi. Orang kata, suami tak der, boleh pergi dekat mak balik. Tapi mak pun dah tak der, IQ nak pergi mengadu pada siapa? I miss them badly.

Tengah cerita happy2 tetiba sedih plak. Emosi tak stabil. Maafkan IQ. IQ hanya manusia biasa. Apatah lagi keadaan sekarang, buatkan IQ cepat sensitif. Sensitif pun terpaksa pujuk diri sendiri. Siapa nak pujukkan....anak kecik lagi. Mana la dia reti.

Bai blog. Next time jumpa lagi.

Wednesday, October 26, 2016

Hadiah Yang Tak Kesampaian

October 26, 2016 2
Hadiah Yang Tak Kesampaian
Salam semua.

IQ dah balik melaka. Semalam sampai melaka jer, si anak da depakan tangan. Alahai. Rindu ibu gamaknya. Baru satu malam tak tidur bersama. Huhu. Rindu. Tambah tambah dia dah besar ni makin panjang akal dia, mulut tu nak membebel sepanjang masa. Pening opah dan atok dia nak melayan.

Hadiah. IQ sebenarnya sebak nak cerita tentang ini. Tapi yer la, biarlah ianya jadi satu kenangan, dan tanda Arwah Suami nak pergi. Dari awal permulaan tahun, sewaktu ulangtahun perkahwinan kami yang pertama, dihadiahkan IQ sebijik kamera SJ Cam SJ4000. Arwah ni akan tanya, IQ teringin nak sesuatu tak? Kalau IQ ada cakap something, dia akan usaha untuk adakan.

Masa birthday IQ April lepas IQ ada cerita dekat blog ni, Arwah ada hadiahkan sebuah handphone. Masa tu IQ memang nak pakai dua handphone sebab pakai satu handphone ni selalu hang...then, Arwah belikan IQ handphone baru. Tak minta tapi Arwah cukup faham keadaan masa tu...

Lepas IQ dapat handphone tu, Arwah ada cakap dekat IQ, "nanti birthday abang, abang nak PS4 tau!" IQ senyum. Yerp. Memang IQ nak aim beli apa yang Arwah nak...birthday dia pun bulan 10...cukup 6 bulan nak simpan duit beli PS4 tu. So, IQ plan dalam diam. Nak tengok sangat Arwah happy dapat benda yang dia suka kan?

Lepas beberapa bulan, tetiba Arwah cakap, "sayang, tak yah la beli PS4 untuk birthday abang, sayang belikan abang baju kerja banyak2. Baju kerja abang lama tak beli baru". Lelaki. Tau je la berapa kerap nak beli baju kerja baru. Boleh bilang dengan jari jer. Dalam hati fikir, cukup kot duit nak beli dua dua. Tak per. Ada rezeki nanti, ada lah.

Masa nak raya, kewangan kitaorang tak menentu. Baju raya Arwah pun takat tiga helai tshirt. Bonus banyak dilebihkan kepada tuang minyak untuk jalan jalan raya. Sampai la satu ketika Arwah berkata lagi, "sayang, tak yah beli pape untuk hadiah birthday abang, simpan duit. Nak pakai banyak untuk raya ni, nak balik kampung lagi, takut tak cukup jer." Hati IQ dah tak sedap tapi menidakkan semua tu. Memang masa tu kewangan agak teruk. Masa tengah beraya pun duit hilang beratus. Tak sedar beraya pun ada yang tangan panjang. Bukan rezeki kami. Apa yang Arwah cakap terpaksa IQ turutkan. Harapan nak beli PS4 pudar. Tak per. IQ harapkan ada rezeki lain.

Namun, inilah takdirnya. Arwah menolak semuanya macam tahu dia akan pergi dahulu. Urusan di dunia Arwah sudah tak ambil peduli. Tak kisah tentang dirinya. Yang difikirkannya isteri, anak, dan keluarganya. Itulah Arwah yang IQ kenal.

Semalam jumpa akak yang baik dengan Arwah di pejabatnya. IQ pergi pejabat lama Arwah. Ada urusan sikit. Sambil2 borak teringat kenangan. Menitis lagi air mata ni. Hye kak bai! Nanti kita jumpa lagi k!

Till then. Bye guys.

Monday, October 24, 2016

Ulangtahun Arwah Suami

October 24, 2016 4
Ulangtahun Arwah Suami
Salam...

IQ berada di KL sekarang. Cadangnya esok interview, tapi pagi tadi dapat call postpone minggu depan pulak. Haishhh....nak kena balik melaka esok, tak boleh nak tinggal anak lama lama. Rindu!

Hari ni ulangtahun Arwah suami IQ yang ke-28 sepatutnya. Lagi dua bulan nak genap 28 tahun, Arwah pergi dulu. Tahun lepas sambut first time sebagai suami, seronok IQ buat surprise. Masa tu IQ dalam pantang, nak keluar jalan2 memang mimpi la. Huhu. Buat surprise delivery jer. Tapi tahun ni dah tak der semua tu. Dah tak rasa nak buat surprise bagai.

Nak buat dekat Qa'id pun, tak kan sama dengan suami. Qa'id pun ramai yang melayan dia. Nak buat private berdua pun tak meriah sebab dia kan kecik lagi....kan? Mesti nak semua orang nyanyi2 dekat dia.

Arwah ni yang IQ perasan, dapat rasa segalanya hanya sekali. Rasa dapat anak sekali, rasa sambut birthday sebagai seorang suami sekali. Dapat sambut ulangtahun perkahwinan sekali...semua sekali....Allah SWT nak bagi Arwah rasa biarpun sekali then Allah ambik dia. Pergi buat selamanya.
Semua orang masih tak percaya Arwah dah pergi. Dua bulan dah berlalu. Bukan senang masing masing nak lepaskan insan yang banyak tolong diaorang masa susah. Arwah memang suka tolong orang. Saham dia di sana. Tak banyak merungut. Memang seorang yang sangat sempurna di mata IQ dan yang lain.

Hari special macam ni memang buat hati meruntun rindu. Allah je la tahu betapa IQ rindu Arwah sangat2. Dipujuknya hati supaya tak nangis, kena kuat. Kena berdikari. Semua kena buat sendiri. Pujuk diri sendiri bila sedih. Segala benda memang pendam sendiri. Nak mengadu memang tak ada tempat. Sebab semua orang pun ada masalah. Dan memang tempat seorang isteri di sisi suami....tapi bila suami dah tak der, hilang arah dibuatnya...

Selamat ulangtahun sayang. Hanya abang di hati sayang. Selamanya.

Sekian.

Friday, October 21, 2016

Kejap Ada Kejap Tak Ada

October 21, 2016 1
Kejap Ada Kejap Tak Ada
Salam semua.

Fiuhhh...seminggu tak berupdate. Maknanya life went well. Kalau ada yang tak kena, memang ada la entry dekat blog. Macam IQ cakap sebelum ni. Kita akan tulis ayat dan kata-kata terbaik bila kita tengah sedih dan marah. Bila kita happy, semua tu nampak fake. Kecuali nak tulis pasal event ke, yang tu sah2 pasal event je kan...tak der la nampak fake ke ape..

IQ tengah serabut. Kerja tak dapat dapat lagi. Susahnya nak cari kerja sekarang. Tambahan ekonomi negara pun macam sucks jer. (Tu laaa....sape suruh berenti kerja!) Well, semua orang boleh cakap macam tu, nak alami sesebuah kematian dan pulih kembali kepada sedia kala perlukan masa beb....serius tak tipu...bukan senang nak hadapi semua tu....tak rasa jangan nak pandai pandai cakap pape...huhu...

IQ dah contact semua kenalan dan client project masa IQ kerja dulu. Alhamdulillah...semua memang membantu cuma peluang tu macam tak der buat masa sekarang. Ada satu peluang nak masuk, tetiba ada masalah plak. Kecewa jugak. Tapi nak buat macam mana. Bukan rezeki IQ lagi buat masa sekarang ni. Sabar sabar...

IQ sendiri kadang rasa putus asa nak cari kerja tapi tak boleh putus asa jugak. Banyak benda kena fikir. Masa depan Qa'id. Makan minum. Hutang kereta. Komitmen dulu dan sekarang memang seratus peratus berubah. Dulu bayar kereta jer. Sekarang rumah sewa pun kena fikir sekali. Pampers dengan susu anak dulu arwah sediakan...sekarang diri sendiri kena fikir bajet bulanan untuk semua tu.

Kalau fikir pasal anak, memang rasanya tak ada masa nak fikir pasal diri sendiri. Dont mind at all. Tak kisah diri sendiri macam mana asalkan Qa'id membesar dengan sempurna. Isu kahwin lagi bukan isu utama dalam hidup IQ. Sebab bagi IQ, ramai lagi anak dara nak merasa kahwin tapi tak dapat kahwin kahwin lagi. Bagi peluang dekat anak dara laa...IQ dah rasa sekali cukup la. Huhu.

Ok la. Kereta dah siap basuh dekat carwash. Kejap lagi bertolak ke KL. Adik Arwah nak konvo ahad nanti. Huhu. Hari isnin nanti pun ulangtahun kelahiran Arwah. Allah....rindunya dekat abang. Hari ni pun genap dua bulan Arwah pergi. Banyak hari hari penting untuk bulan Oktober ni. Biase lah perempuan. Serba serbi akan jadi sentimental. Dont judge woman because of that, because woman always love to do that.

Ok.bai

Thursday, October 13, 2016

Dah Tak Berminat

October 13, 2016 2
Dah Tak Berminat

Salam...

Dah sudah...tak berminat apa pulak IQ kali ni? Huhu. Nasib la...keadaan bukan macam dulu...kalau dulu, tengok cerita romantik sikit, boleh pandang Arwah suami...senyum senyum plak lepas tu....konon nak suami sweet tahap semut harung gula la kononnya...tapi sekarang?

Dulu atau sekarang, kehidupan IQ tak jauh beza. Beza jugak tapi dari segi media sosial pun tetap sama...facebook tak berapa nak aktif jugak. Instagram je dulu aktif...sekarang dah private...fikirkan soal keselamatan Qa'id jugak...tak terbuka kepada orang ramai..hanya kawan kawan yang sebelum ni add sahaja...

Soal tak minat ni senang je nak cerita bab bab tengok drama romantik la....dulu layan sikit sikit drama melayu ni. Ni sejak arwah dah tak der, tak der da nak layan cintan cintun sorang sorang. Tak der feel tau tak? Drama terbaru, Suri Hati Mr Pilot tu pun IQ layan sekali jer, tu pun episod 2...sekarang ni tengah tayang dekat tv pun tak der terhegeh depan tv ngadap macam dulu...

Feel dah tak der. Mungkin. Nak tangkap romantik kang tetiba nangis dah satu hal plak. Orang lain senyum sengeh, kita ni plak sok sek sok sek...rindukan arwah suami....last last baik tak payah layan...lagi bagus...

Bila buka facebook, berderet kawan kawan pos pasal anak, pasal suami, pasal bercuti sana sini dengan family....tersentak jugak hati....mengenangkn IQ punya plan nak bercuti bertiga hanya tinggal plan...Arwah pergi dulu, tak sempat nak jalan jalan bertiga...yelah, nak kena tunggu waktu sesuai, duit lagi....tup tup Arwah pergi dulu....hurmm...

Last last scroll facebook laju laju...tak nak tengok adegan sweet orang lain dengan suami dorang...sentap hati ni....dulu pun IQ tak amalkan pos dekat facebook...sebab IQ tahu tak semua orang berpeluang nak bersuami lagi....tak berpeluang nak bertiga macam IQ sekarang...tapi yelah...kita yang buat, orang lain nak peduli ape kan pasal kita...haha!!

Bersederhanalah....tu je IQ nak pesan...sama sama beringat..semua ni hanya pinjaman....even kita sayang family kita, semua tu hanya pinjaman Allah...ini yang IQ rasa bila insan yang paling IQ sayang pergi buat selamanya...dan semestinya tiada yang kekal di dunia ni....

Cukup tazkirah dan merapu IQ kali ni. Duduk atas sejadah dengan solat Isyak dah nak tengah malam ni...kekonon jadi uztazah kejap...padahal solat pun bukan awal waktu...cesss...

Ok bai.

Sunday, October 9, 2016

Seperti Dulu...Seperti Sedia Kala

October 09, 2016 4
Seperti Dulu...Seperti Sedia Kala
Salam hari ahad.

Hari ahad semua masih terbongkang tidur semuanya. IQ sendiri sekarang di rumah adik IQ. Adik IQ selamat lahirkan bayi perempuan 6hb 10 2016 yang lepas. Dah 3 hari di sini. Dapat tengok baby comel ni puas puas.

Life tak berapa nak teratur sekarang. Dengan tak ada kerjanya. Income bulanan tak ada tapi masih kena bayar hutang kereta dan yang lain lain. Masa rehatkan diri mungkin dah sampai ke penghujungnya....memang dah sampai...IQ dah berpuluh kali hantar application kerja baru....baru satu dipanggil interview....yang lain masih sepi...

Hidup mesti diteruskan. Even hati rasa sedih lagi namun nak tak nak kena bangun. Kena jadi lagi kuat. Nak harapkan orang selalu pun tak boleh...kena ada life sendiri, cari duit sendiri, jaga diri sendiri dan anak...dan nak hidup sendiri macam dulu....hanya tanpa Arwah di sisi...

Hidup sendiri bukan bermakna tak menghargai orang yang nak hulurkan bantuan, hidup sendiri untuk jadi seorang yang kuat, yang ada pendirian, yang boleh berdiri atas kaki sendiri....dengan sokongan yang lain InsyaAllah boleh...

Harap ada yang mengerti jika IQ mahu hidup sendiri. IQ mahu kehidupan macam dulu. IQ boleh buat keputusan apa apa yang IQ mahu. IQ boleh pergi mana yang IQ suka. IQ bukan tak ingat Arwah masih baru pergi meninggalkan kami, IQ cuma nak biarlah kenangan itu tersemat di hati, bukan dalam kehidupan seharian...

Move on. Semua orang perlukan perubahan. Jika tidak, kita semua bakal ketinggalan.

Friday, September 30, 2016

Seperti Ayahnya...Ye ke?

September 30, 2016 4
Seperti Ayahnya...Ye ke?
Salam...

Mood nak datang bulan. IQ agak sensitif sejak dua menjak. Cepat marah, cepat nangis, cepat melatah...segala yang buruk2 memang muncul la..emo...biasa...perempuan..

Nak terasa hati pun rasa macam tak patut, patutnya IQ rasa bangga tapi entah la...rasa macam tak fair pun ada...IQ bukan nak kisah sangat...tapi ni yang IQ perhati dari awal lagi...dari Arwah Suami IQ masih hidup lagi...

Anak rupa sape? Anak ikut perangai sape? Anak iras sape paling banyak...? Anak punya achievement macam ikut sape masa kecik? Segala dipersoal...segalanya dikata itu ini....

Dari awal Qa'id lahir, Qa'id memang rupa IQ. Bila dia tembam, dia makin menyerupai Arwah ayah dia. Mostly sampai sekarang pun orang kata Qa'id ikut ayah dia. Kalau dulu IQ memang terasa bila orang kata Qa'id ikut ayah dia je, habis segala bahagian tak der pun ikut IQ, kecuali lesung pipit tu. Tapi sekarang IQ memang kalau boleh nak suruh Qa'id ikut sebijik Arwah ayah dia. Buat pengubat rindu...

Cuma yelah, bila diperkatakan soal perangai dan achievement Qa'id...IQ tak boleh nak kata apa, nak dikatakan Qa'id banyak ikut perangai arwah ayah dia, semua tu of course macam berat sebelah sebab IQ memang tak tahu perangai IQ masa kecik macam mana plus Arwah Ummi IQ pun tak der nak cerita IQ ni macam mana masa baby kan? Yang dengar hanya sebelah pihak...dan mostly semua macam Arwah Suami...

Terasa? Yes I am. Sebab IQ nampak Qa'id banyak ikut perangai IQ sebenarnya...perangai IQ masa mengandungkan dia. Apa yang IQ suka makan masa mengandung, Qa'id pun akan suka. Its not like macam dulu Arwah Ayah dia suka makan itu ini, sama macam Qa'id sekarang....IQ rasa tu tak berkait rapat sangat...I think....tabiat makan banyak mungkin boleh dihubung kaitkan tapi jenis makanan yang Qa'id suka makan bukan hundred percent sama macam Arwah...its not...

IQ rasa nak stopkan mulut2 orang yang berkata itu ini tentang perangai Qa'id ni macam mana. Sebab semua memang kait dengan Arwah Ayah dia je. Macam Arwah Ayah dia yang mengandungkan dia dan melahirkan dia. Gen ibu dia langsung tak der dalam badan dia agaknya. I know, the best thing is follow macam perangai Arwah ayah dia, seorang yang sangat baik dengan semua orang di sekeliling....tapi please jaga juga perasaan ibu dia...ibu dia juga ada gen dalam badan dia...takkan la baik dia tu semua asalnya dari ayah dia sahaja....ibu dia tak baik ke?

IQ tahu IQ bukan orang yang baik. IQ ngaku sangat perkara tu. Tapi bukankah berkata yang baik baik, menjaga hati semua orang tu juga perlu? Instead of berkata "nanti besar jadi macam ayah tau, baik dengan semua orang" IQ rasa macam, erkkk...am I too bad here?

IQ tahu IQ terlampau sensitif bila ulas perkara ni. Benda ni IQ rasa makin menjadi bila Arwah dah tak der...komen komen tu pun sebenarnya dah lama...bila terbaca tu kadang macam masih sentap dan tak boleh nak move on....arghh...mood nak datang bulan sangat...demm..

Anyway, IQ dapat rasa IQ jadi diri IQ yang dulu balik selepas ketiadaan Arwah di sisi. Jenis yang lantang bersuara. Dulu IQ slow, sebab IQ ada suami. Suami IQ memang akan cool downkan IQ bila timbul isu isu ni. Yelah, orang pertama yang IQ nak mengadu pun mesti Arwah kan? Sape lagi. Dia laa tempat IQ mengadu domba. Sekarang dah tak der da...sobs...

40 hari sudah Arwah pergi. 40 hari rindu arwah tanpa henti. Al-Fatihah....

Sekian....

Saturday, September 24, 2016

Rindu

September 24, 2016 0
Rindu

Abang
Sayang teringin abang muncul sekali dalam mimpi sayang
Abang datang dan peluk erat sayang
Abang tenunglah sayang
Bagitahulah dari hati abang
Abang bahagia di sana

Abang
Sayang rindu dengan dakapan abang
Sayang rindu dengan segala tentang abang
Datanglah dalam mimpi sayang
Dengan senyuman manis abang yang sayang rindu

Abang
Sayang tahu abang tak sempat berpesan apa apa sebelum abang pergi
Sebab abang yakin abang kuat untuk melawan sakit abang tempoh hari
Namun Allah S.W.T. juga sayangkan abang
Allah ambil abang cepat, tidak mahu beri sakit abang berpanjangan

Abang
Sayang rindu abang
Sayang nak abang datang dalam mimpi sayang
Abang katalah dari riak muka dan hati abang yang abang ampunkan segala dosa sayang pada abang

Abang...
Sayang....sayang dan cinta abang dunia akhirat
Rindu hati ini tak terucap
Moga rindu ini terubat di akhirat kelak
Bersama abang di syurga sana

Amiin Ya Rabb

Friday, September 23, 2016

Rindu Nak Mengadu Domba

September 23, 2016 0
Rindu Nak Mengadu Domba
Salam....

Kalau boleh IQ tak nak tulis sangat dah pasal Arwah. Nak kurangkan....tapi hari ni buatkan IQ jadi rindu sangat dekat Arwah....time2 down macam ni memang nak cari dia je....nak mengadu segala benda dekat dia....tapi dia dah tak ada....IQ nak mengadu pada siapa...

Lumrah seorang isteri, apa jua keadaan, suami yang akan dia cari. Sejak dari IQ kenal Arwah tahun 2012, segala benda IQ mintak pendapat dia, mengadu pada dia...Arwah sangat sabar menadah telinga, mendengar cerita, rungutan, bebelan IQ ni...sekarang Arwah dah tak ada, IQ memang tak ada tempat nak luah semua ni....tak ada siapa yang dengar....kalau dengar pun belum tentu faham, belum tentu nak pinjamkan bahu untuk IQ basahkan bahu dia....tak ada sama sekali....

IQ memang down sangat sekarang ni. Sakit di hati tiada sape yang nampak. IQ nak luah pada siapa IQ pun tak tahu. Nak luah pada adik beradik semua ada hal sendiri...nak luah dekat anak, anak kecil lagi....Allah...kuatkanlah aku...

Rindunya dekat abang. Abang la pendengar setia sayang, pengubat duka sayang, rindu sangat dengan abang....sayang dah tak ada tempat mengadu, Arwah ummi pun dah tak ada....sape la nak dengar luahan hati sayang ni bang..

IQ tak boleh nak cerita di sini, ada benda kita boleh cerita di alam maya, ada yang tidak boleh...bertapislah segala apa yang ditulis...moga tiada apa yang timbul di kemudian hari...
Bila saat macam ni berlaku, rasa nak ikut Arwah pergi jauh...tinggalkan semua ni....tiada siapa sudi nak dengar luahan hati...biarlah diri membawa hati yang duka...tapi bila fikirkan anak yang masih kecil, buatkan IQ tersedar....masih ada amanah yang perlu IQ pikul...anak IQ, tanggungjawab IQ...amanah Allah..

Sekian.

Wednesday, September 21, 2016

Genap Sebulan Pemergianmu Abang

September 21, 2016 4
Genap Sebulan Pemergianmu Abang

Salam semua.

Hari ni genap sebulan Arwah kembali ke Rahmatullah...jam 12.47 tengahari sebulan lepas Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pergilah seorang yang amat IQ sayang, kasih dan cinta sepanjang perkahwinan kami. Masih terbayang bayang gayanya berjalan, berceloteh, bergurau senda, bermanja....Allah....mana mungkin semua tu hilang...

Hari demi hari IQ berusaha untuk teruskan kehidupan IQ. Keluarga terdekat amat memberi sokongan. Yelah, siapa lagi jika bukan mereka yang mendengar keluh resah IQ sepanjang ketiadaan Arwah. Begitu juga dengan kawan kawan baik. Amat memahami keadaan IQ.

Dari dulu, IQ inginkan kehidupan yang unik. Unik mungkin dari segi mempunyai kelainan daripada kehidupan orang lain. Tapi untuk kehilangan seorang suami, bukanlah apa yang IQ bayangkan selama ni. Menjadi perkara yang jarang didengar orang, janda di usia muda, bersama anak kecil, jarang kita dengar kan? Namun, bukanlah unik itu yang IQ harapkan sebelum ini.

Menjadi seorang yang kematian suami, pilu sebenarnya. Walaupun perkahwinan kami hanya selama 1tahun 8 bulan, kami sudah mengenal hati budi sejak 2012 lagi. Untuk hilangkan kenangan itu sudah pasti susah ataupun mustahil. Bukan senang.

Sekarang IQ memang tak ada tempat mengadu. Segala macam aduan terpaksa disimpan sendiri. Tak puas hati, rasa nak merajuk, rasa nak mengamuk, kadang kadang kalau perut sakit pun tak tahu nak mengadu pada siapa. Siapa yang nak layan IQ ni selain Arwah. Arwah dari mula IQ kenal sampai la akhir hayatnya, tak pernah terabai IQ ni di samping dia. Sakit sikit terus dibelinya ubat. Lapar sikit terus dibelinya makanan. Teringinkan sesuatu, terus ditanya dan dibelikan. Manalah IQ nak lupa semua itu. Sebak dada bila teringat balik.

Harapan ingin lihat wajah tua di akhir usia, hanya usianya di kala 28 tahun kali terakhir IQ dapat tatap wajahnya. Sampai wajahnya senyum dibalut kain kafan. Indah sangat pemandangan tu. Mulut hanya mampu berkata, "hensemnya abang"...."hensemnya dia lepas dimandikan, dipakaikan air mawar"...

Kalau terlihat gambar lagi lah pilu rasa hati. Rasa macam Arwah masih ada di samping kami semua. Masih hidup dan gembira di samping kami. Allah...bukanlah menidakkan takdir. Masih terlalu awal untuk kami lupa wujudnya seorang insan yang hatinya tak pernah lekang menolong orang lain. Masih terlalu awal...dan tak kan pernah lupa.

Al-Fatihah buatmu sayang. Abang sentiasa berada dalam hati sayang. Selamanya.

***Pilu hati, bila tiada lagi bahasa abang dan sayang dalam kehidupan seharian. Pilu.

Sekian.

Sunday, September 18, 2016

Ulangtahun Pertama Qa'id Aqhar

September 18, 2016 1
Ulangtahun Pertama Qa'id Aqhar

Salam semua.

Hari ni dah 18 September. Genap sebulan selepas arwah suami disahkan demam denggi. Pada awalnya IQ tak pernah sangka dengginya tahap bahaya. Namun, apa yang IQ mampu buat, IQ hanya dapat berdoa agar Arwah kembali sembuh sedia kala pada waktu tu. Bila teringat balik kisah tu, sebak dada. Rasa nak putar balik masa tu, rasa nak bawak arwah pergi hospital lain. Kenapa? Sampai satu masa IQ akan cerita.

Dua hari lepas ulangtahun Qa'id yang pertama. Alhamdulillah. Sambutan sederhana dan dapat disambut dengan ahli keluarga yang terdekat. Keluarga kakak dan adik IQ pun datang. Actually dorang pun ada buat surprise untuk Qa'id di hotel. Terkejut dan terharu dengan surprise tu. Semua nak kami berdua happy. Tapi yelah, happy happy IQ pun IQ sebak. Alangkah indahnya kalau Arwah suami ada sekali....mesti Arwah paling beriya nak sambut befday pertama anaknya ni.

Pagi2 hari jumaat tu lagi adik beradik ipar IQ nyanyi lagu befday dekat Qa'id. Qa'id tercengang tapi boleh senyum dengan tepik tangan sekali. Layan je yer anak...tapi hati IQ? Sebak. Menitis air mata bila fikirkan Arwah tak sempat nak sambut befday anak dia. Padahal dia la beriya berbulan lepas nak buat itu ini...plan nak sambut dekat melaka, kalau ada rezeki nak buat akikah sekali...tapi perancangan hanyalah sekadar satu perancangan. Arwah pergi dulu...tak sempat nak buat semua tu...

Masa Arwah disahkan kritikal kemungkinan tiada harapan untuk pulih, IQ memang tak tahu nak kata apa apa. Dalam kepala IQ hanya fikirkan Qa'id. Ulangtahun dia masa tu tak sampai sebulan lagi. Takkan secepat ni Allah nak ambik dia? Macam macam perkara terjah dalam kepala IQ. Serabut memang serabut. IQ jadi risau tak tentu hala. Apa yang akan jadi selepas tu...

Bila Arwah disahkan meninggal dunia, hati IQ memang Arwah bawa pergi sekali. Hilang arah IQ. Terus fikiran terjah pada Qa'id. IQ berkata pada kawan baik IQ di wad masa tu, "Qa'id dah anak yatim". Allah........memang....sedih tu menggunung bila teringat keakraban Arwah dan Qa'id sebelum ni. Arwah dengan Qa'id memang rapat. Sampai IQ pun merajuk dengan Arwah sebab Qa'id selalu nak dengan ayah dia jer. Tidur je cari ibu dia. Bila Arwah pergi tinggalkan kami, Qa'id memang rasa ada  kehilangan dalam hidup dia. Dia seakan tahu Arwah dah tak ada. Dia mencari di mana Arwah. Last Qa'id tengok Arwah masa Arwah nazak dan pergi tinggalkan kami. Qa'id agak meragam tapi mujurlah tak lama. Ramai yang sayang dan layan dia. Alhamdulillah..

Hampir sebulan Arwah tinggalkan kami. Perlahan lahan IQ terima keadaan semua ni. Kalau ikutkan memang sakit. Ternampak gambar Arwah dalam purse pun dah menitiskan air mata. Nak letak gambar berdua di wallpaper pun nak sebak seketika. Apa jer yang buat IQ teringatkan Arwah, mesti buat IQ menangis. Kenangan tu sentiasa ada.

Walau apa pun berlaku, kehidupan memang perlu diteruskan...untuk masa depan...untuk anak IQ sendiri...moga bertambah kuat hari ke hari....Amiin...

Sekian.

Wednesday, September 14, 2016

Ketakutan Jadi Kenyataan

September 14, 2016 1
Ketakutan Jadi Kenyataan

Salam...

Apa yang IQ nak sampaikan kali ni, adalah ketakutan IQ sepanjang IQ kenal dan hidup dengan Arwah. Ketakutan IQ jika IQ kehilangan insan yang IQ sayang iaitu Arwah suami IQ. Yer. Ketakutan IQ jadi kenyataan. Akhirnya Arwah pergi mengadap Ilahi.

Dari awal perkenalan IQ dengan Arwah Suami, memang segalanya berjalan dengan lancar. First time IQ jumpa Arwah pun di rumah IQ sendiri, bersama Arwah Ummi. Perkenalan yang direstui. Semua orang senang hati dengan Arwah. Semua orang cakap Arwah baik dan lembut tutur katanya.  Seronok dengar dan pada masa yang sama risau....risau? Risau jika ikatan kami tak panjang.

Sampai la kami berkahwin. Rezeki anak pun cepat. Alhamdulillah. Memang perjalanan hidup kami smooth. Nak kata perfect tak jugak, ada pasang surut. Gaduh laki bini bukan jadi punca utama nak masam muka. Selalunya sekejap sahaja. Even rasa diri sendiri betul, rasa bersalah tinggikan suara pun dah buatkan IQ minta maaf pada Arwah cepat cepat.

Kadang IQ berseloroh dengan Arwah, kadang emosional tiba tiba. IQ kata "abang jangan tinggalkan sayang, sapa nak layan sayang macam abang layan sayang" . "Sayang tak akan jumpa orang sebaik abang". Arwah cuma senyum. Ingat IQ main main ke apa. Huhu. Tapi tu la...setiap kali ungkap ayat tu, mesti IQ yang mengalirkan air mata.

Ketakutan kehilangan dia memang dari awal lagi. Sebab IQ tahu, orang sebaik dia bila bila masa Allah tu nak ambik balik. Yer. Janji Allah itu benar. Allah ambik Arwah di saat IQ dan semua orang masih memerlukan dia. Masih mengharapkan dia. Dialah yang paling baik, paling ambil berat, paling bertanggungjawab yang pernah IQ jumpa dan kenal. Sebab itulah dia jadi soulmate IQ. Yang sebati dengan hidup IQ. Yang tahu apa yang IQ nak even IQ tak bagitahu. Seolah olah dapat baca isi hati IQ.

Indahnya kehidupan suami isteri dapat IQ rasa walaupun sekejap. Indahnya rasa dimanja, dibelai sebagai isteri. Nikmat yang setiap seorang isteri mahukan.

Maaf kalau terlebih berkata2. Rindu sebenarnya. Rindu nak dipeluk oleh sang suami yang telah tiada. Rindu sangat.

Pemergiannya yang menjadi ketakutan IQ selama ini telah pun berlaku. Selamat sudah beliau di alam sana. Kita ini bila pula entahnya. Adakah mudah atau susah saat kematian kita...mana kita nak tahu rasanya....

Sini Tempat Mengadu

September 14, 2016 2
Sini Tempat Mengadu

Dunia Blog IQ ni wujud sejak hampir 7 tahun lepas. Bermacam macam cerita sebenarnya yang dah IQ tulis dalam blog ni. Cuma ada sesetengah yang IQ tulis dulu, IQ padam...kenapa padam? Tak sesuai kot. Yelah, kisah lama buat apa diungkit. Kan?

Blog ni IQ rasa tempat best untuk IQ luah apa yang IQ rasa. Maybe tak semua akan IQ cerita selepas ketiadaan Arwah. Tapi cukup untuk IQ lepaskan apa yang terbuku di hati. Nak mengadu dekat Confession UIA tu nanti kang tak kena plak. Huhu.

Lumrah suami isteri akan bercerita apa yang akan berlaku seharian di tempat kerja mahupun di mana mana. IQ selalu akan berborak dengan Arwah sendiri bila IQ sampai sahaja di rumah. Borak pasal itu...pasal ini...hal kawan yang itu dan hal kawan yang ini. Semua kawan yang Arwah cerita IQ kenal, dan semua kawan yang IQ cerita, mungkin la Arwah kenal...haha...Arwah tak pernah jumpa kawan kawan IQ...kawan baik jer pernah....kawan sekerja pun ada la sekali masa dinner lepas...lain dengan kawan kawan Arwah, semua kenal, sampai boss Arwah pun IQ boleh duduk borak sama...

Latest borak dengan Arwah pasal kereta. Kitaorang plan nak tukar kereta. Yelah, kereta Viva je kan...dah berkeluarga ni mesti la plan nak besarkan kereta. Orang lain yang tengok dan cakap, "bila nak tukar kereta?" Tak pun, "dah boleh tukar kereta rasanya". Hati rasa meronta nak tukar kereta baru bila ramai yang komen, tapi Arwah pun selamber cakap, "biarlah apa orang nak kata, kita pelan pelan la cari kereta baru, tengok kewangan macam mana". Macam biasa, Arwah memang pakar nasihat IQ. IQ memang jenis cepat tak senang duduk. Kadang termakan kata kata orang, dan memang Arwah jadi penyejuknya...huhu..

Penyejuk penyejuk pun, kitaorang tetap survey kereta. Kitaorang pergi showroom Perodua masa Bezza baru launch. Try duduk dalam Bezza. Arwah macam puas hati tapi last last tak puas hati. Arwah cakap kita tunggu Proton launch Iriz Sedan plak. Haha! Nak compare la kiranya. Dalam masa sama, try jugak Volkswagen Vento. Nice jugak kereta tu. Bulan2 pun macam honda city. Tapi high spect la. Huhu.

Last masa proton launch, Arwah dah terlantar di hospital. Dalam hati IQ, tak sempat Arwah nak test Proton ni. Sempat tengok video promo je. Kalau tak, mesti hujung minggu lepas launch dah terpacak di show room proton. Hehe. Tak menyabor namanya tu. Tapi Allah S.W.T. sehebat hebat perancang. Rancang la macam mana pun, jika ajal tu sudah sampai, sesaat lewat pun tak, sesaat awal pun tidak.

IQ tak tahu sejauh mana korang suka membaca cerita IQ tapi ni lah yang IQ akan cerita di blog lepas ni. Cerita IQ dan Arwah suami IQ. Banyak kenangan kami yang telah terukir indah. Walau hanya sekadar kenal selama hampir 4 tahun. Dipinjamkan kepada IQ menjadi suami IQ hampir dua tahun dan dipinjamkan menjadi ayah Qa'id hampir setahun.

Cukup setakat ni sahaja cerita IQ. Nanti IQ cerita lagi. Agak2 teringat Arwah tu IQ akan taip. Nak harapkan orang sekeliling mendengar pun jenuh dah dorang tadah telinga kan? Hehe.

Sekian.

Bangga Dengan Isterinya

September 14, 2016 3
Bangga Dengan Isterinya

Salam tengah pagi buta.

IQ, mak mertua, dua orang adik ipar dan juga anak kesayangan, Qa'id.. baru sampai rumah dari Kulai, Johor...melawat kawan kepada adik ipar yang kematian adik lelakinya akibat kemalangan. *Al-Fatihah. Meninggal hari sabtu lepas namun baru berkesempatan nak berziarah. Alhamdulillah. Dapat melawat keluarganya, sedikit sebanyak dapat berkongsi rasa.

Perjalanan balik lewat malam. Baru sampai 1.53 pagi tadi. Sekarang 2.11 pagi masih cuba nak lelapkan mata. IQ ambik alih drive dari Machap sampai rumah di Jasin sebab adik ipar ngantuk. Alhamdulillah. Perjalanan lancar dan selamat sampai.

Bila kenangkan perjalanan jauh ni, teringatkan Arwah selalu berkata,

"Terer la sayang, boleh drive jauh jauh"
"Abang bangga ada isteri macam sayang, dah la cantik, kuat drive jauh jauh plak tu"

No offense ok. Ni memang ayat yang keluar dari mulut Arwah. Siapa lagi nak memuji kita jika bukan suami kita sendiri kan? Arwah memang suka puji IQ. Kadang memang rasa macam tak layak dipuji. Tapi itu la kegemaran dia. Suka buat IQ merah padam muka.

Bila drive jauh jauh mesti ingat ayat Arwah. Yelah, kadang kadang Arwah mengantuk, IQ akan take over drive. Sampai destinasi mula la mulut tu ringan je nak puji. Kita rasa benda tu macam biasa jer tapi hakikatnya memang dia rasa bangga, sebab sedikit sebanyak hilang sikit penat dia drive jauh jauh. Kan?

Rajin rajin puji isteri. Tak salah malah digalakkan. Baru isteri rasa dihargai. Rindu rasa nak kena puji. Sape la nak puji IQ lepas ni...kalau ada pun, tak sama rasa kena puji dengan Arwah sendiri. Huhu.

Al-Fatihah buat Arwah suami.

Saturday, September 10, 2016

Ketenangan Itu Ada Bila...

September 10, 2016 5
Ketenangan Itu Ada Bila...

Salam semua.

Genap minggu ketiga Arwah Suami IQ pulang kepada Penciptanya. Dah kenapa kan IQ seminggu sekali baru nak update blog? Huhu. Banyak benda sebenarnya dah berlaku sepanjang tempoh seminggu ni. Pening memang pening. Tapi nak buat macam mana, ketenangan IQ hanya bila IQ berada di sini....di Melaka ini...

IQ letak jawatan IQ sebagai Scheduler atau pun planner dari company yang IQ baru join 4 hari. Ketenangan yang IQ harapkan tiada bila IQ berada di KL sana. Mungkin disebabkan anak IQ pun berada di melaka, dan IQ sendiri masa tu berada di KL. Rindu pada Arwah tak terubat, inikan anak pula jauh di Melaka.

Masa IQ nak balik ke KL dari Melaka tempoh hari pun punya IQ sebak. Nak lambai tangan pada anak pun tak mampu. Ucap bye2 pun nak mencebik bibir. Sedihnya Ya Allah....IQ gerak ke kubur Arwah sebelum betul2 gerak ke KL. Pilu. Allah sahaja tahu perasaan IQ masa tu. Tiadanya mereka berdua dalam kehidupan IQ memang buat IQ tak tentu arah. Lumrah seorang isteri dan juga seorang ibu.

Dikuatkan hati selama 3 hari bekerja di tempat baru. Namun, hati tidak kuat. Masuk Hari keempat IQ minta untuk letak jawatan. Ingin cari ketenangan terlebih dahulu. Ada rezeki akan kembali ke sana. Alhamdulillah. Boss korea IQ sangat memahami. Ditawarkan lagi bekerja di sana jika keadaan IQ dah pulih. InsyaAllah...

namun IQ masih mencari peluang kerja di Melaka, biarpun peluang kerja sebagai planner di Melaka teramatlah tipis. Mungkin akan kembali sebagai Site Engineer ataupun Project Engineer. Jawatan ni selalu lelaki yang pegang. Tapi IQ tetap nak cuba. InsyaAllah. Ada rezeki, ada la nanti.

Ketenangan IQ ada bila IQ berada di melaka. Sampai hati rasa macam nak settle down di sini sahaja. Bukan di tempat lain. Keputusan memang macam terlalu awal. Tapi iye lah, IQ perlu fikirkan masa depan IQ dan Qa'id. Orang mungkin mudah mencadangkan, tapi bukan mudah IQ nak laksanakan. Yang hadapi semua tu IQ, bukan sesiapa.

Apa jua keputusan yang IQ ambil, itu semua sudah berpuluh kali difikir, bukan main taruk buat keputusan. Bukan mudah....bukan mudah...selama IQ berkahwin, IQ akan ambil pendapat Arwah, tapi sekarang segalanya bergantung pada IQ sendiri. Pendapat orang lain hanya IQ boleh dengar dan pertimbangkan. Kalau baik, boleh IQ ambil, kalau tak baik, mohon maaf IQ ucapkan.

Rindunya dekat Arwah. Rindu nak gelak sama sama. Rindu nak berbual tentang segala benda. Rindu tentang segalanya.

Al-Fatihah.

Saturday, September 3, 2016

Lelaki Terbaik Saya

September 03, 2016 7
Lelaki Terbaik Saya
Salam semua.

Hari ni genap 2 minggu arwah suami pergi meninggalkan kami semua. Masih terngiang ngiang gelak tawa, kata kata terakhir dia, senyuman manis dia, segala perkara tentang dia. IQ sendiri masih mencari kekuatan dalam diri untuk meneruskan hidup IQ tanpa suami di sisi.

Lelaki terbaik. Itu yang IQ boleh ungkapkan tentang Arwah suami. Tak pernah IQ jumpa orang sebaik dia, selembut hati dia, susah sebenarnya. Kalau ada yang sebaik dia, mungkin tak sekepala dengan kita. Tapi dengan dia, Subhanallah. Segala benda dia akan melengkapinya. Kurangnya IQ dan lebihnya dia serta lebihnya dia dan kurangnya dia sentiasa buat kami saling melengkapi. 

Alhamdulillah. Sempat meniti rumah tangga 1 tahun 8 bulan bersamanya. Rasa bahagia usah cerita. IQ rasa IQ lah wanita yang paling bahagia dalam dunia.

IQ tak pernah cerita dekat mana mana tentang baiknya Arwah. IQ sendiri takut Arwah dirampas orang. IQ sedar kurangnya IQ yang boleh buatkan Arwah tawar hati. Tapi cinta dan kasih Arwah pada IQ sentiasa ada. Alhamdulillah. Cinta Arwah pada IQ hingga ke akhir hayatnya. Dan InsyaAllah cinta IQ pada Arwah hingga akhir hayat IQ juga dan juga hingga ke Syurga.

Baiknya Arwah jelas apabila perginya Arwah buat selamanya. Ramai yang bercerita baik budi, baik pekertinya Arwah terhadap kawan kawan, sahabat handai dan semestinya keluarga tercinta. Siapa kita untuk menidakkan janji Allah yang akan ambil orang yang baik terlebih dahulu daripada kita semua? Rasa cemburu dengan perginya Arwah dalam keadaan tenang dan ramai keluarga dan kenalan di saat Arwah  menghembuskan nafas terakhir. Ramai yang mendoakan Arwah. Alhamdulillah. Tenang sangat. Arwah pergi dengan mudah. Selamat sudah di alam sana.

InsyaAllah IQ sendiri akan kuat. Cubalah berjumpa dengan IQ, pasti tak sama dengan apa yang IQ post di instagram mahupun facebook. Nampak di media sosial macam IQ lemah, namun IQ masih mampu tersenyum dan gelak di kala sahabat mahupun keluarga berjenaka semua. Yer. Hanya hati yang masih bersedih. Bukan raut wajah fizikal semua. Jangan ditepuk belakang IQ menyuruh dikuatkan semangat, itu mengundang kepala air mata jer. IQ mampu tahan selagi IQ mampu tahan. Kalau tidak, meraung la seorang melegakan hati yang resah.

Dah kenapa ayat macam puitis tetiba. Bak kata Fynn Jamal, kita akan create the best words bila kita tengah sedih/marah. Bila kita gembira, ungkapan kita terlalu nampak Fake. Faham kan?

Lelaki terbaik IQ. Bersemadilah dengan tenang di sana. InsyaAllah sayang akan besarkan anak kita dengan sempurna. Sayang cuba. Diharapkan kita berjumpa di sana. Di syurga bahagia kita.

Captain hati IQ hanyalah Arwah seorang. Tiada yang lain. Insya-Allah.

Sekian.

Monday, August 22, 2016

Perginya Seorang Yang Bernama Suami

August 22, 2016 11
Perginya Seorang Yang Bernama Suami

Assalamualaikum

Suami IQ meninggalkan dunia ini pada 21 Ogos 2016 pada jam 12.50 pm di Hospital sungai Buloh akibat denggi berdarah.

Moga Allah kurniakan IQ kekuatan untuk melayari kehidupan ini bersama anak kecilku ini.

Amiin.

Monday, August 15, 2016

Beza Jumpa Kawan Lama Dengan Kawan Baru

August 15, 2016 6
Beza Jumpa Kawan Lama Dengan Kawan Baru
Salam semua,

selamat bermonday blues semua, IQ cuti lagi..huahuahua....nak habiskan cuti la katakan, plus pengasuh Qa'id mintak cuti sebab nak hantar mak dia pergi Haji kan? Hari Jumaat lepas IQ cuti jugak sebab IQ plak tak sihat, lepas Qa'id dan ayah dia...berjangkit-jangkit....tu lah kehidupan sebuah keluarga, satu sakit, lepas tu mesti yang lain sakit...huhu..

Jom discuss pasal kawan baru dan kawan lama....no offense to kawan IQ yang lama, ni just random writing....hurm..kawan tu tak bermakna rapat, atau nak sebut sebagai kenalan? kenalan macam jauh plak...hurmm...kawan laa..sebut je kawan sebab kita pun borak borak jugak kan dengan dia...kalau kenalan tu takat hye hye je...then bosan ngadap handphone je...kuikui...

IQ ada pergi kenduri kawan IQ hari tu, dah lama tapi macam baru lagi..hek hek....so, terjadilah reunion kecik dengan kawan kawan lain...surprisely, semua pandang IQ pelik...IQ cuba la jadi peramah as diri IQ sebelum ni, tegur kawan semua, hye sana sini, tegur anak kawan yang makin membesar tapi IQ rasa macam tak best...why? seems like dorang tengok IQ ni macam monster plak...pelik ke muka IQ? ada yang tak kena ke dengan pakaian IQ? pakai baju kurung juga macam diaorang...so? apa masalahnya?

then, IQ realised....I'm fat....IQ gemuk berbanding IQ di zaman belajar IQ dulu, zaman IQ study dulu kan IQ kurus melidi...muka cengkung....memang berbeza dengan zaman IQ sekarang, zaman dah beranak semua ni. zaman dah kahwin. Yes! I admit, ada je kawan IQ yang dah kahwin, dah ada anak tapi still slim slim, tapi dia dah lama bersalin, anak pun dah setahun lebih...bley kot nak catch up jadi slim macam tu balik kan...dan nak senang cerita la, IQ keturunan bam bam, dan diaorang keturunan slim molim...haha! *sedapkan hati betul ni..

IQ a bit tak selesa masa IQ sampai kenduri dan banyak mata memandang pelik. Mungkin dah lama kot dorang tak jumpa IQ, last pun masa kahwin kawan tahun lepas, masa tu mengandungkan Qa'id memang tak ada siapa nak kisah kau gemuk ke apa kan....ni dah beranak still gemuk lagi, memang orang pandang kau semacam...huhu..

IQ tak berkesempatan nak jaga badan, sebab masa pantang, Qa'id kena demam kuning, IQ menyusukan Qa'id tak boleh makan jamu, lepas tu, Arwah Ummi sakit memang IQ lagi la tak terjaga, nak jaga penyusuan Qa'id pun kelaut, apatah lagi badan sendiri, thats why badan IQ susah nak kurus balik....

Berbeza la bila IQ jumpa kawan baru. Kerja IQ ni fleksibel, so IQ banyak jumpa orang baru. Latest IQ ditugaskan tolong kawan IQ di satu site, dekat site tu mesti ramai staff kan? mostly fikir IQ tak kahwin lagi...huh? tak percaya? IQ pun tak tahu nak explain macam mana...kalau IQ cakap IQ dah anak pun, masing masing melopong mulutnya...tak percaya...jangan cakap IQ tipu ok..

IQ tahu pendapat manusia mana mana ada, memang selalunya orang baru akan bagi first impression tapi orang lama kenal pun bagi first impression jugak bila lama tak jumpa kan? even kita pun kadang terasa hati dengan sanak saudara yang dah lama tak jumpa berkata kita dah bertambah besar kan? betul kan?

IQ tak kisah apa pandangan masing masing pada diri IQ yang serba kekurangan ni, tapi kadang kadang sampai buat kita macam rendah diri pun ada...huhu..hope tu tak buatkan IQ patah semangat nak kurus! haha! plan nak kurus, yes! I am. Sape tak nak kurus balik kan? Duk tenung gambar lama dekat Facebook tu, bila la nak kurus macam ni balik...hahaha!!

Give me support guys! Anyway, get better and healthy life than hectic life. Kurus sangat pun eden ni tak lawo, janji suami sayang, eh? haha!

K. Bai.

Wednesday, August 10, 2016

Sekilas Lalu - Ulangtahun Arwah

August 10, 2016 6
Salam semua.

Hari ni IQ cuti. Emergency Leave. Sebab si Qa'id tetiba muntah muntah dari malam tadi. Boleh tahan teruk,. Muntah macam air terjun...minum susu je mesti muntah balik...dari malam sampai la pagi....sampai kadang tak sedar pun dia muntah...kepala IQ dan husband sampai mamai mamai semuanya. 

Husband plak cirit birit. IQ syak dia dua orang ni makan dadih yang mak mertua IQ bawak isnin lepas...dadih letak dalam peti tapi dah lebih sehari...ingatkan masih elok...husband IQ cakap dia makan ok je...tak tahu pulak efek dia teruk jugak...lembik Qa'id dibuatnya...bagi susu panas pun tak jalan, bagi air suam pun tak jalan..bagi bubur pun muntah balik....baru balik dari klinik, doktor bagi ubat sumbat ikut punggung bagi kurangkan angin dalam perut dia...perut dia kembung je manjang...letak minyak pun tak jalan...huhu..

Sekarang Qa'id tengah tidur...hope dia better dari semalam...doktor pun ada cakap dia akan cirit birit pulak lepas tu...hopefully tak melarat...risau bila anak tak sihat..tengok dia muntah macam semalam dan pagi tadi, risaunya alahai...


hujung minggu lepas jalan jalan dekat Setia Alam, seronok bila tengok dia sihat, gelak macam ni, bila dia tak sihat, kita pun jadi lemah, tapi kena kuat untuk jadi dia lagi kuat.

**************************************

8 Ogos lepas Ulangtahun Kelahiran Arwah Ummi ke-52. Pertama kali ulangtahun yang tidak disambut namun diingati selalu...kalau tak, mesti akan sambut sekali dengan adik perempuan IQ, sebab adik perempuan IQ tu befday dia 5hb Ogos, dekat dekat je dua dua tu...bila Arwah dah tak ada, terasa kehilangan dia...

Semalam atau dua hari lepas, IQ pun lupa, abang ipar share gambar kepuk/dapur/kubur Arwah baru dibuat...kitaorang nak buat kena tunggu kewangan stabil dulu, plus baru lepas raya kan, nak cover kewangan tu betul betul...ada bajet, baru dapat buat, bila dah buat, rasa lega...Alhamdulillah...selesai satu perkara....lepas ni, plan untuk upah haji Arwah pula. mudah mudahan urusan dipermudahkan..Amiin..


IQ dan Arwah...ada iras Qa'id tak? Adik IQ share gambar ni, IQ dedicate dekat Instagram sekali, ingatan buat yang telah tiada. Al-Fatihah..

Ok la, till then...rasa nak tidur plak, alang alang cuti kan? semalam pun tak cukup tidur..huarghhh....hehehe

k.bai~

Saturday, August 6, 2016

Kasta Dalam Masyarakat Kita

August 06, 2016 2
Kasta Dalam Masyarakat Kita
Salam hujung minggu buat semua..

IQ tahu kalau hujung minggu ni mesti tak ramai nak ngadap laptop, sebab nak spend time dengan family kan? IQ pun macam tu, tapi memandangkan budak kecik tengah tidur, ayahnya ngadap kartun Digimon, baik IQ pos something dekat blog ni...IQ dah fikirkan tajuk ni dari semalam lagi, tapi cuma sempat taip tajuk je la, naip isinya idok jugak..haha!

Kasta. Apa yang korang paham maksud kasta? Dalam erti kata lain, hidup berkumpulan, berpuak-puak, ada had batas, ada perfahaman berbeza, segala benda yang boleh mengasingkan sesebuah masyarakat kepada kumpulan yang berlainan pendapat/fahaman/cara hidup dll. Korang boleh nampak tak kasta dalam kehidupan seharian korang? Tak? Mustahil. Kalau korang kerja, dapat boss yang asyik marah-marah, dan tak pedulikan pendapat staff dorang pun dah dikira kasta. Betul tak?

IQ suka la tengok keadaan sekeliling IQ, banyak wujudnya kasta...sampai IQ tak faham, perlu ke nak berkasta semua ni? kau aku sama je kot, hidup seharian, pergi kerja, makan semua sama, di meja yang sama, so, apa yang nak dikastakan?

Contoh IQ boleh bagi, apa yang IQ pernah alami lah kan...macam IQ ada kereta kecik, bawak kereta sama dengan kereta lain atas jalan, TAPI bila atas jalan, kereta yang besar besar ni kalau nak laju tu kemain high-beam kita...kan? kalau ada waktu kita nak masuk lorong, siap bagi signal semua, still kereta yang besar-besar ni tak bagi laluan, tak nak bagi laluan dekat kereta kecik ni, macam kasta tahap langit dah, kereta kecik pun boleh pecut, and paling penting, kereta kecik pun bayar cukai jalan daaa....hormat la kereta lain even kereta orang tu kecik ke ataupun kereta lama...tapi tak semua kereta besar macam tu, ada yang ok, dan ada yang tak ok..

Kasta boleh jugak berlaku antara pekerja dan juga boss, yang ni berlaku kalau bossnya memang buat hal dia, asal dia je betul, dan siapa yang seangkatan dengan dia lah yang jadi anak emas syarikat. Staff yang tak sebulu dianggap tak efektif dan dianggap tak jalankan tugas dengan betul...kadang pekerja tak buat silap apa pun kena jugak...nasib la, kasta level tinggi jugak tu...tak semua boss macam tu, untung siapa yang dapat boss ok.

Yang IQ paling menyampah dan sakit hati bila wujud kasta antara masyarakat yang pandang serong hanya kerana kemiskinan dan hidup kurang berada seseorang, what? tak percaya benda ni berlaku? yes! benda ni berlaku ok! masyarakat ni masyarakat yang tak open, dan hanya lihat dari jauh, yang tak pernah tanya khabar kita pun, tup tup jadi musuh kita...ramai masyarakat macam ni tumbuh di dunia sekarang, apatah lagi dengan era digital sekarang, boleh tengok dengan mata kasar, boleh nampak di laman sosial, yang boleh timbulkan fitnah hanya sebab sekeping gambar, dan tak kan pernah soal siasat dahulu untuk mengsahihkan perkara yang terlibat...dan akhirnya kasta itu wujud, tanpa kita sedar....Astaghfirullahalazim....dunia akhir zaman...

Dunia dah nak kiamat kan? sebab tu manusia berpecah belah, hanya kerana pangkat, duit, kekayaan...moga kita tak terlibat dalam golongan di atas...Insya-Allah..

sekian tazkirah hujung minggu IQ, moga kita semua saling ingat mengingati....Amiin.

Bai

Wednesday, August 3, 2016

Rezeki Yang Tersembunyi

August 03, 2016 4
Rezeki Yang Tersembunyi
Salam hari syawal terakhir semua...

IQ Kebosanan sebab duk melepak site orang sebab boss dah tak bagi project..IQ bagi surat berenti terus boss merajuk tak nak bagi project dah...in case sekarang ada isu lain plak bila boss tak nak lepaskan IQ...peni g saya boss..sama macam boss..haha...ada sorang IR ni cakap IQ ni tunjuk cemerlang sangat depan boss...tu sebab boss tak nak bagi lepas...kang buat jahat, tak berkat pulak rezeki...huhu...

Rezeki yang tersembunyi. IQ ada cerita kan post2 yang lepas IQ ada kehilangan duit masa beraya? Rm250 jugak la hilang. Duit minyak dan tol untuk balik kampung. Menangis IQ bila sampai stesen minyak, cek purse tetiba duit hilang. Duit letak celah purse RM150 dan jugak duit dalam angpau RM100. Hati sedih sangat sebab dah tak ada bajet lain nak cover. Tapi nak tak nak kena redha je masa tu. Fikirkan bukan rezeki IQ kali ni. Sedih IQ hanya pada masa kejadian tu dan terus lupa sebab tak nak fikir...duit hilang tak kan dapat balik melainkan ada yang nak pulangkan. Kan?

Tapi Allah kan Maha Penyayang. Maha Adil. Digantikan IQ dengan satu lagi peluang kerja lain. Alhamdulillah. Sampai tak tahu nak pilih kerja yang mana satu sekarang. Plus ada duit masuk tetiba oleh majikan IQ sekarang yang dikatakan insentif untuk IQ. Alhamdulillah.
Rezeki tu ada di mana mana. Kita hanya perlu yakin pada-Nya.

Teringat pulak kata-kata Arwah Ummi. Rezeki tu akan datang. Walau macam mana bentuk sekalipun. Arwah boleh rilek2 je bila dalam dompet hanya tinggal sen. Tu masa IQ masih belajar. Masa tiada duit untuk beli barang dapur. Tup tup ada jiran sebelah hulur makanan. Tup tup terjumpa duit dalam beg tangan, terselit dalam zip kecil. Rezeki yang tersembunyi.

Yang penting, kita kena ingat, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Jangan lupa bersedekah juga. Menambahkan rezeki kita juga.

Till then. Bai

Friday, July 29, 2016

Kisah Yang Tak Tercerita

July 29, 2016 4
Salam hari jumaat.

Baru berkesempatan nak menaip, nak kata sibuk tu tak jugak, internet rumah seminggu down sebab kabel TNB yang supply untuk internet kena potong oleh geng geng MRT depan kawasan rumah tu. Dorang terpotong, jadinya internet seminggu nan hado, duk tengok cerita yang didownload aje....bila internet da ok, Hypp TV pulak buat hal...Adehhh~ IQ pakai Hypp TV sebab malas nak langgan Astro cekik darah tu. hihi...tapi bertabah la kalau tak ada internet...

Minggu lepas mak mertua ada buat rumah terbuka. Tetiba je! Dapat arahan kena balik kampung. HAHA! Kebetulan adik mak balik raya dari Jeddah kan...so, ambik kesempatan buat bacaan yassin dan selawat sama.

ambik gambar orang je la, si kembar tu anak acu (adik mak), si baju biru menantu acu, si baju hijo adik ipor IQ, si Qaid dan jugak Adam Naufal!! Adam sama umur dengan Qaid, cuma lahir dua minggu awal jer. yeay! Qaid dah ada geng ngulor mengaji dengan opah dah lepas ni...haha!

Setel rumah terbuka, cuti satu hari. IQ sekarang kerja nak cuti jer, nak habiskan cuti sebelum berhenti kerja bulan depan kan? diaorang tak bayar cuti yang tinggal, so cuti je la IQ sekarang....

By the way, minggu lepas kitaorang kena pindah ofis, saja buat kenyatan kata kena pindah tapi masa pindah IQ tak tolong pun sebab tetiba kena pergi site, konon ada meeting tapi rupanya discussion je. Blerghhh...so, ada la IQ tangkap gambar ofis buat kenangan kan...ofis ni tempat interview dulu dulu, tempat nak bergosip bagai...seronok la ofis ni...ofis sekarang tak best...tak happening...haha!

apa apa hal pun IQ tak heran sangat. tak lama lagi pun IQ tukar kerja baru, yang akan dirindu hanyalah kawan sekerja, bukan pejabat mahupun boss...haha~

pejabat 6 dimensi.

Actually IQ nak tanya masalah blog dekat korang ni...siapa yang jawab pertanyaan IQ ni nampaknya dia baca pos IQ ni sampai habis...haha! kan? heee..got you!

Siapa perasan bila kita update pos, pos terbaru kita tak keluar di bloglist sendiri mahupun kawan kawan mengikut masa yang sebenar? Pos kita akan keluar lepas satu atau dua atau tiga hari selepas kita pos....tak best kan? Serius tak best! Kawan kita baca blog post yang dah lama! Dah basi...huhu...lagi satu nak masuk giveaway ke contest ke mesti tak best...huhu...terlepas semua...no wonder jugak traffic macam low sangat...kenapa yer? ada yang boleh bagitahu jawapan?

ok la, till then. jangan lupa drop jawapan dekat bawah, IQ curious giler nak tahu kenapa...huhu..help meeee...

bai!

Tuesday, July 19, 2016

Jamuan Raya & Jalan Raya Lagi

July 19, 2016 4
Salam semua! 

Hari ni hari selasa, kerja makin surut. Setel tolong kawan sekerja buat work programme, terus lepak di office. Mengisi masa masa terakhir di office sekarang. IQ akan mula kerja baru bulan depan. Sebulan lagi. Tak tahu la perjalanan karier di tempat baru macam mana pulak nanti. Harap harap berjalan dengan baik. Amiin.

Hari jumaat lepas company IQ ada buat makan makan sempena raya. Department management jer kena bawak makanan, department planning bawak perut jer. Baru nak sumbang makanan tapi tak perlu bawak pulak. Plus, IQ planned tak nak pergi sebab ada kerja dekat site. Dan hari tu patut pakai baju raya pun IQ pakai baju kasual dan berseluar. Last last dapat call dari HR suruh datang makan jugak....bawak la perut ke sana...melantak apa yang ada...huihuihui...

Officemate a.k.a. geng gosip. Si tudung kuning dah last day masa hari jamuan. Dia bawa diri ke Johor plak..sedih IQ..huhu...Lagi dua di belakang tu budak praktikal dan jugak berbaju peach tu kak marina...HR jugak..hehe..
Melantak makan sampai bungkus bawak balik. hehe...dah dorang suruh bungkus, IQ pun bungkus ler. *muka tak malu.

Hujung minggu plak sibuk nak pergi rumah orang...haha! Tak tahu la kenapa tahun ni menyibuk sangat nak berjalan raya ni. Nak kata beriya kutip duit raya untuk anak tak jugak. Entah la, perangai Arwah Ummi menyerap masuk dalam tubuh badan IQ ni. Kemain kepoh nak pergi beraya. Alahai. Mujur la husband layankan ajer..

Sabtu pergi rumah Kak Nor dekat Kepong. Masa ni tak ada gambar sebab singgah kejap jer. Jumpa kak nor kejap sebab tak lama lagi dia da nak balik Arab balik. Dia ikut husband dia yang kerja dekat sana. Bukan selalu balik. Setahun sekali aje balik. Tu pun time raya. Last jumpa masa kerja dekat 1MDB dulu. Tahun lepas masa Qa'id dalam perut lagi..huhu..

Planned nak beraya semua rumah hari Sabtu, kiranya nak rehat lepak rumah hari Ahad, tapi plan hanya tinggal plan bila semua orang tak ada dekat rumah hari sabtu, suruh datang esoknya...so, esoknya beraya rumah Senior dan jugak rumah Pak Sedara la plak. hihi..

Si Anaqi cerdik lincah cerdas cergas semua ada! Geram tengok telatah dia. 
Rumah senior a.k.a. rumah Nadia senior zaman geng geng naik gunung. Nadia dengan husband ni dua dua hantu aktiviti outdoor. Dua dua daripada kelab kitaorang. Tapi husband Nadia tak ada masa kitaorang datang, pergi diving katanya. 

Nadia ni buat bisnes jual makanan. Menu western. sedap!! Masa pergi rumah dia, Nadia sediakan menu makanan yang dia jual. First time rasa, memang pergh. sedap! Tak dapat nak cuba air mangga dia. Harap next time ada. kalau nak boleh melawat IG diaorang @gempakfj

Menu malam tu, sedap sedap.hehe...
Lepas rumah Nadia, gerak pergi rumah Pak Sedara dekat Bukit Antarabangsa plak. Rumah adik kepada abah IQ. Pak sedara yang IQ panggil Pok Din dan isterinya nama Cik Moon. Pok Din ada dua orang anak. Still kecik. Pok Din dengan IQ pun beza cuma 6 tahun. Muda lagi. Anak Pok Din yang paling kecik pun baru 5 bulan. Lagi kecik dari Qa'id. Qa'id ada mak sepupu yang lagi kecik daripada dia..hehehe...

Qa'id dengan mak sepupu dia, Maryam Adzra. kemain dia buli Cik Yam. nakal betul anak ibu sorang ni.
Lepak, makan makan...Pok Din IQ jarang dapat jumpa sebab selalu pergi luar negara. Kerja offshore memang jarang dapat balik. huhu...memang jarang dapat jumpa...tapi tak der la sampai berbulan tak jumpa rasanya...heee..

ok la...kemain seronok berjalan, esoknya lemau nak pergi kerja. Adehai....mood raya korang masih ada ke? IQ ada mood raya lagi, hujung minggu ada jemputan rumah terbuka lagi tapi tengah berkira kira nak pergi ke tak..haha! Kena tanya husband dulu. Dia kan driver terhormat. Dia ON, IQ pun ON la nak berjalan raya..hehe~

rumah terbuka sendiri plak bila? meh la datang rumah...tak buat rumah terbuka, tapi kalau nak datang tu, pintu sentiasa terbuka..hehehe...jemput jemput..

till then,bai!

Thursday, July 14, 2016

Cerita Jalan Jalan Raya

July 14, 2016 6

Assalamualaikum semua!

Dah tiga hari masuk kerja baru la berkemampuan untuk menaip sepatah dua cerita raya. Actually ada kerja tapi biasa la, kalau idea nak buat entry blog ni membuak2 naik, kerja melambak pun dipandang sepi. haha! mentang mentang nak resign tak lama lagi..heeee..

As planned, IQ beraya di rumah mertua IQ buat pertama kalinya. First time beraya, rasa macam bukan raya, mungkin sebab dah terbiasa dengan kekecohan adik beradik ipar...kalau raya pun kecoh, tak raya pun kecoh. Haha! Pagi raya dah mandi siap siap, mandikan Qa'id awal awal tapi tak siapkan dia dengan baju raya lagi sebab dia nak tidur...bangun awal confirm timing tidur dia dalam 8.00 pagi....bangun tidur baru siapkan dia...

Sesi bermaafan semua, ambik gambar sana sikit situ sikit....lepas tu pergi beraya....dalam dua buah rumah kenalan ayah dan mak mertua...lepas tu, balik rumah kemas barang sebab nak gerak ke Perak pulak. Konon nak gerak lepas Asar, lepas Maghrib jugak baru bertolaknyaa...

Raya pertama dengan Keluarga Mertua...warna campor campor...family kecik warna pepel...heee

Even tak beraya dengan adik beradik sendiri, still contact dengan dorang, first time beraya tanpa Arwah Ummi dan jugak dorang....masing masing dah ada family sendiri...sobs...dah membesar keluarga kami...
Gambar adik beradik yang dah berkeluarga...yang belum berkeluarga tak der dalam gambor..
Raya kedua kami di Tanjung Malim dan juga Slim River, Perak. Beraya sampai 6 buah rumah!! Dari tengahari sampai malam! semua rumah adik beradik ayah mertua kecuali satu rumah kenalan mak mertua. Nak sebut satu satu pun dah lupa...ramai sangat! haha! Seronok dapat berjalan raya ni...kenal dorang dengan lebih rapat...

Raya Ketiga, IQ dan keluarga naik Ipoh. Pergi melawat abang IQ di Chemor. Beraya dengan dia plak...lepas tu ke rumah saudara Mak Mertua di Klebang. Pergi Ipoh tak raya banyak rumah sebab perjalanan pun dah ambik masa. Patutnya raya ketiga ni dah balik Pahang pada sebelah petangnya tapi disebabkan jem yang teruk even dekat highway pun, menyebabkan kitaorang terpaksa tidur dengan homestay jugak malamnya...esok baru gerak ke Pahang...

Raya Keempat di Pahang! Awal pagi gerak dari Kalumpang terus ke rumah kakak di Chemomoi Pahang, then gerak sekali ke Kuantan. Pahang ni family sebelah Arwah Ummi. Tahun ni tak balik Terengganu...mungkin tahun depan plak....Pergi Kuantan, terus pergi rumah Arwah Tokki IQ di Felda Bukit Kuantan...yang tinggal hanya Tokmi...a.k.a Nenek IQ...tinggal sorang je Tokmi...tak per Tokmi, kami ada...

Malamnya plak ke rumah mak long dan ayah long. Rumah abang kepada Arwah Ummi. Rumah wajib pergi tiap tiap tahun. Dari kecik sampai besar memang rumah ni tak miss pergi.

Atas tu rumah tokmi, bawah rumah mak long.....

Raya Kelima ke Pekan Pahang. Beraya rumah Mak Su dan juga Pak Der. Tak sempat nak beraya semua family di Kuantan. Mana yang sempat sahaja. Plan nak hantar adik sepupu masuk asrama on time pun tak sempat sebab jadual perjalanan delay sebab jem...huhu..

Raya Keenam beraya di Bentong pula! Memang berjalan sakan IQ dan keluarga semua kali ni...di Bentong rumah Pak Su dan juga rumah Wanie, bestfriend IQ tu...tak sempat nak pergi rumah kenalan lain, pergi mana yang sempat aje..huhu..

Melaka-Perak-Pahang

Tu la cerita jalan jalan raya IQ...nak buat open house sendiri memang macam mimpi je la...tapi kalau ada yang sudi datang, meh la datang rumah IQ...

Penyudahnya budak sorang ni la yang kemain dapat duit rayanya....
Udah udah la ngaco orang nak ambik gambor.

Friday, July 1, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua (Video Lagu Fynn Jamal - Sepi Aidilfitri)

July 01, 2016 11
Salam semua,

As planned, esok IQ akan bertolak balik rumah kakak di Pahang sebentar sebelum balik ke Melaka. Nak jenguk pusara Arwah Ummi. Ermm..Aidilfitri pertama tanpa Arwah....entah macam mana perasaannya...tak tahu nak gambarkan...yang selalu ada depan kita, yang pergi solat raya bersama...Allah...

kakak hantar gambar pagi tadi...dapur pusara ummi masih belum buat, kena kumpul duit baru dapat buat..
****************************************************

Dan dengan ini, IQ menyusun 10 jari tangan memohon maaf jika ada tersalah komen di mana mana blog yang mengguris hati blogger blog yang IQ singgah...mohon maaf banyak banyak....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

IQ tak ada feeling sangat nak raya tahun ni sebenarnya....yelah, raya tanpa Arwah, biarpun raya belah suami dulu, kalau Arwah masih ada, nak jugak feel call Arwah nangis2 pagi raya kan? Redha...

Kat sini IQ sertakan lagu raya buat musafir musafir di perantauan yang agak agaknye tak balik beraya sebab merajuk dengan mak ayah, atau adik beradik....baliklah....tak rugi balik...merekalah tempat kita bergantung bila kita bukan siapa-siapa...

SEPI AIDILFITRI - FYNN JAMAL


bai.

Tuesday, June 28, 2016

Planning Raya

June 28, 2016 2
Planning Raya
Salam semua.

Huarghhh..hari ni dah terasa sikit feel nak raya sebaaaabbbbbb tadi ada officemate bagitahu hari ni dah gaji!!! Awal dua hari kau...pecah rekod gaji masuk awal, selalunya lambat je manjang..hehe...duit raya pun dapat hujung bulan....amount tak tahu...tapi redho awal la, sebab bukan bonus kan...eh..sejak bila company IQ dapat bonus? heee~

Selain menjadi planner untuk kerjaya kita, kita haruslah jadi best planner untuk kehidupan seharian kita. Dan of course la kita kena tahu yang sehebat hebat perancangan pun, perancangan Allah S.W.T. yang paling terbaik. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Ecewah, tazkirah pulak dah..

Ok, baju raya? Dah setel....kot? haha! Belum lagi, baju kasual husband still tak cukup, baru beli sehelai! Bayangkan IQ dan anak dah setel baju semua, husband ada sehelai baju ajer...kesian husband-ku...nanti kita shopping ek? Kena cari time sikit tapi apa ada hal, pejabat husband sebelah SOGO je pun, nak shopping time break pun tak ada hal...heee...

Kuih Raya? ermmm...yang ni sah sah main tunjuk jer, nak buat memang tak ada time. Konon feeling nak buat kek, tapi bajet kelaut...nak kena utamakan bajet balik kampung dulu. Kuih raya just beli siap dua tiga jenis daripada yang terpilih....ok la daripada tak ada langsung....bukan ada sape pun nak datang rumah...budak budak area rumah jalan nak datang beraya pun mesti raya pertama, tak pun sampai raya ketujuh...seminggu...kitaorang berjalan je raya ni..balik kampung...open house tak ada...sorry yer adik adik..hehe..

Duit Raya? Yang ni paling lejen..kenapa? IQ recycle balik duit raya tahun lepas! haha! duit raya tahun lepas recycle daripada duit raya tahun sebelum tu..haha! BAPAK KEDEKUT KAU IQ~ eh...bukan kedekut, duit tu tak habis diberi kepada budak budak kecil yang bersekolah sahaja..hehe..yang dah masuk U, boleh tebalkan muka kalau nak duit raya...hehe...duit raya tahun lepas DITAMBAH amount nya untuk tahun ni, bukan semata mata duit tahun lepas...duit raya tahun ni kalau tak habis, boleh bawa ke tahun depan pulak...hehe..begitulah seterusnya..

Balik Kampung? Oleh kerana tahun lepas dah beraya dengan Arwah Ummi, maka tahun ni balik kampung belah husband IQ dulu. Sobs. Allah tu sebaik baik perancang. Dilembutkan hati mak mertua untuk benarkan IQ beraya kampung belah IQ dahulu tahun lepas macam dah tahu IQ akan beraya untuk kali terakhir dengan Arwah Ummi. Alhamdulillah...tahun lepas dapat bawak Arwah shopping baju raya nya...bawak balik kampung di Terengganu...Alhamdulillah..tak terkilan untuk raya kali ni...

Dan IQ akan beraya ke Melaka - Perak - Pahang - KL. Tahun lepas berjalan sakan, tahun ni pun sama. Nak buat macam mana dah kampungnya jauh jauh...berjalan ajer ler kiternyeeee...melawat sanak saudara yang lama tak berkunjung tiba. Terengganu tak ada dalam list tapi ada dalam hati....acewah....kemain ayat pickup line IQ kali ni....Terengganu mungkin balik raya haji nanti Insya-Allah...

ok la...itu lah planning raya IQ, korang pulak macam mana? Jom kongsi sama sama!

ok. Bai!

Friday, June 24, 2016

Rezeki Bulan Ramadhan

June 24, 2016 2
Rezeki Bulan Ramadhan
Salam semua.

Salam 20 Ramadhan. Dah masuk 10 malam terakhir sudah kita di bulan Ramadhan ni. Harapan amalan kita diterima-Nya. Amiin Amiin...

Alhamdulillah...bulan Ramadhan ni memang penuh dengan rezeki oleh-Nya. Dari minggu lepas sampai la minggu ni IQ dapat dua interview kerja. Dan memang rezeki dua dua dapat. Satu sebagai Civil Engineer dan satu lagi sebagai Project Planner. Alhamdulillah. Plan memang akan pergi salah satu daripadanya. Dah decide dan dah hantar surat berhenti kerja sudah. Memang orang kata rezeki bulan Ramadhan tu tak pernah putus. Alhamdulillah Alhamdulillah syukur.

Kerja baru nanti dekat Subang Jaya. Jauh sikit berbanding pejabat sekarang di Kelana Jaya. Tapi even dekat Kelana Jaya still kena travel sana sini pergi site klien. Kejap ke Shah Alam, kejap ke Kuala Lumpur, kejap pergi Putrajaya. Letih sangat. Dan rezeki setelah berbulan mencari kerja, bulan Ramadhan jugak pemberi rezeki baru buat IQ dan keluarga.

Harap proses berhenti kerja itu mudah. Tak ada isu berbangkit. Kadang kita kena faham kenapa ada pekerja tukar kerja...adakah tak serasi? atau pun sebab gajinya sedikit...

IQ sayang kerja IQ yang sekarang ni tapi nak buat macam mana, komitmen kena diutamakan. Keperluan seharian makin hari makin bertambah. Mana tahu nanti Qa'id ada adik, nak kena usaha lebih lagi kan untuk cari rezeki.

Moga kerja baru nanti memberi lembaran baru buat IQ...heeee...

Ok. Till then.

Bai!

Monday, June 20, 2016

Buffet Ketika Berbuka Puasa? Big NO!

June 20, 2016 2
Buffet Ketika Berbuka Puasa? Big NO!
Salam semua.

Last few days...IQ konon nak try buffet kat satu restoren yang menawarkan pakej buffet lepas IQ tergoogle cari tempat makanan yang best area Kota Damansara ni.

IQ jumpa la dua tiga tempat best tapi dah aim satu tempat ni sebab IQ suka interior dia cantik and menu dia pun macam best.

So, try pujuk husband berbuka puasa dekat situ. Diaorang ada buat pakej buffet yang IQ sebenarnya fikir boleh dapat murah incase early bird kan? Tu promosi diaorang tapi rupanya kalau awal dalam lingkungan 500 orang early bird tanpa voucher iaitu walk in pun tetap harga yang mahal.

Well, IQ rasa buffet ni kalau makan sesama kawan, ahli family yang dah besar besar boleh la kot. Sebab bila IQ bawak Qaid ni, alahai...mengamuk nak main dan jugak nak tidur. IQ pun tak dapat nak makan banyak banyak. Makanan pun tak banyak yang menarik minat IQ untuk makan lepas solat.
Husband IQ pun lepas makan nasi dengan kari kambing terus rasa kenyang. Memang pelik. Tak pernah pulak husband ni cepat kenyang sebab dia pun hantu makan. Hee..

Dia cakap menu dekat situ macam kureng sikit. Tapi dah bedal kari kambing kan bang?
Akhirnya kitaorang makan sikit jer even bayar untuk dua orang pun lagi 2-3ringgit nak seratus ringgit. Macam tak berbaloi. As conclusion, memang tak sesuai buffet waktu berbuka puasa sebab sebenarnya kita ni dahaga je lebih. Makan tu main suap sikit sikit je kan.

So, nak makan luar lepas ni kena makan ala carte. Senang. Boleh pilih menu ikut menu yang kita nak kan? Plus ada anak ni kena alert apa yang dia boleh makan jugak.

Yes I know, memang nak kena survey makanan apa yang dihidangkan dulu tapi restoren tu tak mention plak makanan apa yang dihidangkan. Tapi kita yang tengah kerja ni fikir nak makan jer so bedal la menu apa yang diaorang sediakan. Kan?

Buffet is not the right choice untuk berbuka puasa unless korang berbuka puasa dengan company ke kan...yang tu tak heran dah...makan sampai lebam...plus yang tak ada anak kecil...tahun lepas dan dua tahun sebelum ni IQ ada join berbuka puasa dengan kawan kawan husband ok jer...sebab tak der Qaid lagi masa tu kan...heee..tahun ni baru rasa.

Thats all. Heee..bai!