Advertisement

Responsive Advertisement

40 Kereta Pancit - Kereta IQ Turut Terlibat

Salam semua,

Selamat monday blues. IQ masih dalam tempoh berpantang. Makanya, istilah monday blues tiada dalam kamus hidup buat sementara waktu. hihi. Jadual IQ berubah pada setiap subuh akan bangun bila ada 'alarm semulajadi' berbunyi. Siapa lagi kalau bukan si kecil tu. Alhamdulillah, kuning baby IQ makin hilang, tapi masih dalam tempoh pemantauan. Sebab sebulan dah kan? masih kuning lagi...huhu..

Hari khamis lepas, IQ plan nak balik KL kejap, nak setelkan urusan dengan adik IQ. pagi ada checkup kat hospital melaka, petang kemas kemas barang, dan terus drag sampai lepas isyak. Ikutkan hati dari petang tu dah tak sedap...tapi duk ignore perasaan tu. huhu..

Kitaorang gerak lepas isyak pun dalam pukul 9 malam. Memang orang tua tua kata tak elok jalan malam, tapi tak boleh nak elak sebab suami ada kerja esok harinya. So, gerak jugak malam tu. Masuk highway, area alor gajah...entah macam mana tetiba kereta macam terlanggar sesuatu. Terasa tayar pecah dan kereta tak stabil. Bagi signal, masuk lorong kecemasan.

Masa tu, IQ nampak ada sebuah kereta berhenti sebelum kitaorang. Pikiran jahat IQ ni fikir diaorang lah punca tayar kitaorang pecah, yelah...banyak sangat kes sekarang yang tetiba excident sebab diaorang nak cari makan...area yang kitaorang kena pun dikira area panas jugak...

Rupenye diaorang mangsa jugak. Tayar diaorang pun pecah. haih...kereta kitaorang kereta kedua yang kena. Lepas daripada tu, lepas sebuah sebuah kereta tayar pancit dan berenti di lorong kecemasan. Bayangkanlah, baru 5 minit, 11 buah kereta yang kena! Memang cepat benda tu berlaku.

Suami IQ call ayah di Jasin. Minta pinjam tayar spare daripada jiran sebelah sebab kereta IQ pancit dua tayar di belah kanan. senget sebelah kau...haaa...

Memang jadi berita lepas tu. Wartawan datang lewat. Walaupun kitaorang antara yang terawal kena, kitaorang tunggu tayar spare datang lagi. Yang kena satu biji tayar tak perlah, tayar kat belakang terus boleh ganti. huhu...tu yang tetiba kena temuramah kejap dengan wartawan...

metro online. 16/10/2015
Harian Metro 19/10/15
Cekodok IQ!! IQ dalam kereta je la..tak leh keluar.

Memang menakutkan betul pengalaman tu. Dan banyak bagi pengajaran. Lain kali, jangan gerak malam-malam...bahaya. huhu...besi yang jatuh tengah jalan tu besi buruk. Ada lori tercicir besi tu. Bukan ringan ok. 200 kilo dianggarkan berat besi tu...huhu..dua tiga orang angkat un tak mamp...orang dalam gambar kat atas tu eksen je lebih...haha..

ok la. Sekian sahaja laporan daripada IQ. lagi dua minggu pantang habis!! yeay! seronok!

k.bai!

p/s: Membongak jugak wartawan metro ni, lain yang dicerita, lain yang ditulis, nak bagi cerita hangat, pecah 2 tayar, jadi 3 tayar, kereta viva jadi kereta kancil, tunggu 2jam jadi 5jam!!! jangan percayakan wartawan lepas ni..haha!!

Post a Comment

6 Comments

  1. huhu bahaya betul besi terjatuh dari lori.. lori yg bawak besi tu kenalah pastikan muatan secure, inikan dh menyusahkn dan membhayakan org ramai :3

    ReplyDelete
  2. Huyoo. Banyaknya! Nasib tak jd lg teruk. Ahh media mmg propa lebih haha

    ReplyDelete
  3. kenderaan bawa barang sepatutnya perihatin dengan keadaan baarang yang dimuatkan.. ikat kemas2 .. tutup elok2..
    kekadang lori bawa batu tak kisah pun batu jatuh ke kena cemin ke..
    tapi ni besi ..fuh,,,dah la malam malam .. sib baik tak teruk lagi

    ReplyDelete
  4. saya lalu Dalam pukul l0.32pm waktu kejadian...masa tu terkebil2 tengok kenapa semi org tukar tayar....speed up sampai depan berselisih dengan ramai lagi pakai Tayar spare ..Rupanya"haha

    ReplyDelete
  5. cnfirm ye besi tu sebabkan tayar2 pancit?bahaya gak kan? xperasan ye masa lalu kat situ? ingatkan ada paku ke hape

    ReplyDelete
  6. Wartawan dari dulu membongak yo. Toksah percaya akhbar twbloid ni semue... hahaha

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)