Advertisement

Responsive Advertisement

Musim Baby Lahir!

Salam semua...

Hamboi IQ, bukan ke ko banyak kerja nak diselesaikan? kemain rajin update blog yer...*yelah, sepanjang minggu busy dengan kerja jugak, bila masanya nak update blog...hujung minggu la jawabnya kan? heeee~~

IQ eksaited sangat! sebab bila scroll kat facebook tu, ramai kawan-kawan IQ dah selamat melahirkan baby baby diaorang! Bermula dengan Cidot masa 27 Ogos hari tu...lepas tu Mimie 9 September...lepas tu Irfan 11 September...Ya Allah...seronok bila tengok semua kongsikan kegembiraan diaorang mendapat cahaya mata pertama masing masing....

IQ pun tumpang gembira dan IQ sendiri plak berdebar....hari yang dinanti semakin dekat....IQ dijangka due 23 September nanti...sehari sebelum Aidiladha....tak tahu la kalau baby nak lahir awal atau lewat....si ayahnya da bisik awal-awal kat baby...keluar ikut due date...sebab ayahnya banyak perkara perlu diselesaikan....kemain ayahnya pesan....kalau budak tu nak keluar awal, awal juga nantinya...hihi~

IQ pun masih bekerja. IQ mungkin start cuti 19hb September....seminggu sebelum due...tak der la seminggu betul, dalam 4 hari sebelum. Pergi kerja pun dah sendiri sendiri sebab IQ dah tukar ke pejabat HQ kan? Suami plak kat KL...suami pun risau jugak tapi tak perlah...selagi termampu....Insya-Allah tak der apa apa...mujur jugak minggu depan ada cuti sehari....heee...kurang sikit hari bekerja...

Cuti bersalin mungkin dua bulan setengah, dua bulan berbayar dan setengah bulan plak unpaid leave...masuk balik bulan 12...boleh tak camtu? IQ baru pertama kali nak apply cuti bersalin ni...korang ada pengalaman tak berapa lama nak apply cuti bersalin? nak tahu jugak ni...

OK la, till then.
Bai!


lepas bersalin mesti rindu nak perut muncit macam ni..
buat kenangan sebelum bersalin....=)

Post a Comment

6 Comments

  1. Comelnye pewott. Hehe. Semoga dipermudahkan ye. :-)

    ReplyDelete
  2. wah besaunya. ni mesti anak lelaki ni huhu :D harap semuanya selamat la ye :D

    ReplyDelete
  3. wah..dah dekat dua la ni.moga dipermudahkan ye.in shaa Allah,segalanya berjalan lancar.

    IbuNoey ari tu ambik dekat tiga bulan cuti bersalin untuk kedua-dua anak.kalau nak mengandung lagi lepas ni,tak boleh lah ambil cuti tiga bulan lagi.

    ReplyDelete
  4. moga selamat semuanya..
    and tahniah in advance!

    ReplyDelete
  5. hai IQ.. Dah bersalin? Hehe. Semoga dipermudahkan ye.

    Saya cuti 2 bulan je. Tu pun seminggu sebelum bersalin dah cuti. Alhamdulillah, 2 bulan tu pun dah cukup sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. nnt lepas bersalin, mesti rindu nk prut bulat mcm ni ehee

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)