Advertisement

Responsive Advertisement

Tempat Kerja Akan Bertukar

Salam semua.

Hari ni dah hari khamis, esok jumaat dan lusa akan sabtu. Ape la IQ melalut pasal hari ni. Nampak tak IQ tak sabar nak mengadap hujung minggu? Sangat kan. Tapi hujung minggu ni sibuk jugak, bukan boleb rest pun. Sibuk sebab apa? Nanti la IQ cerita.

Hujung bulan ni tamat la khidmat IQ kat opis IQ yang sekarang ni. Bukan berhenti tapi kontrak dengan klien kat opis ni dah tamat. So, apa lagi..angkat kaki la kan...heee..

Orang lain kemain sedih, IQ kemain happy sebab ini la masa yang IQ tunggu2. IQ happy sebab IQ experience selama beberapa bulan ni dengan macam2 perasaan. Geram, stress semua ada. Tensi rupanya kerja kat pejabat ni.

Pejabat ni dipenuhi oleh golongan elit. Golongan yang standardnya tinggi. Keretanya mewah mewah. IQ yang dah 26 tahun ni pun kira termuda kat sini. *even ada yang gatai mulut panggil kakak,mentang2 IQ ni gemok sebab mengandung. Huuuuu..

Kat sini kerja kena perfect, salah key in data yang belum disubmit pun boleh kena tengking tahap macam orang bodoh kena marah. Haru. Tapi tu la tekanan kat sini. Berkali jugak kakak2 yang rapat dengan iQ suruh cari kerja lain, tapi banyak perkara la yang muncul dalam kepala.

Tapi semua tu akan berakhir tak lama lagi. Lega sangat rasanya. Lepas ni balik HQ dan tunggu transfer ke site lain. Harap sangat dapat site yang lebih leisure. Leisure dari segi tekanan manusia. Mana2 ada tekanan, tapi berbeza dengan tekanan dekat pejabat ni. Serius. Tak tipu.

Apa nama pejabat IQ ni?

Sebut betul2. Wan-em-di-bi-arr-ee.

Bai!

*ini cerita betul. Bukan main main.

Izyan Balqis. 2015.

Post a Comment

7 Comments

  1. mesti tahu isu panas ni hehe. Tak best kan kerja kalau stghess ni. Slmt kerja tempt baru, hope with better environment. elok untuk baby pun hehe

    ReplyDelete
  2. Slmt bertugas di tempat baruuuu..

    ReplyDelete
  3. nadia ~ HAHA, isu panas tu dalam kepala jer...yeah! tapi baby pun da hadam dengan stress kat sini, tunggu nak keluar jer..

    cikrenex ~ terima kasih reen =)

    ReplyDelete
  4. biasalah kalau dah tak suka nak kerja situ mesti stress..hahaha..good luck..

    kalau nak beli coolhijab boleh beli dengan nad..whatsuup no 01137943782

    ReplyDelete
  5. memang seyes stress syarikat tu hahahah

    ReplyDelete
  6. Hahhaha eih sama la dengan tajuk cerita Cik Wan Emdibi.. Hahha Happy Weekend Izyan..

    ReplyDelete
  7. Seronok la angkat kaki dah. Hehe

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)