Advertisement

Responsive Advertisement

Movie Review Inside Out dan Apps Game

Salam hujung minggu semua!!

Huihuihui. Pepagi da ambik mood nak update blog. Biase la bila ada sesuatu yang baru kat blog, mesti rasa semangat nak update. Apa yang baru? Korang discover sendiri la. Heeee

Malam hari jumaat lepas, IQ decide nak tengok wayang memandangkan IQ dapat dua tiket free lepas IQ buat survey kat emel hari tu.


So, memandangkan IQ minat satu game ni, IQ pun nak tengok cerita dia. Tajuk ceritanya adlaah INSIDE OUT. Yes! Cerita kartun. Tapi seriusly banyak pengajaran. 

5 karakter dalam badan manusia. Joy, sadness, anger, disgust dan jugak fear. Kehidupan bermula 5 karakter di dalam badan si kecil Riley, membentuk peribadi dan bakat. Hari hari penuh dengan Joy dan kadangkala terselit juga 4 karakter yang lain. 

Sehingga la waktu family Riley terpaksa berpindah ke San Franscisso. Di sana segalanya berubah..dan karakter Riley juga berubah...kenapa berubah? Korang tengok la sendiri. Heeee

Bagi IQ cerita ni menarik. Sesuai ditonton seisi keluarga. Mengajar anak2 membentuk dan mengawal peribadi. Tu pendapat IQ ler. Dan jugak, tak semua gembira akan bermula daripada gembira. Gembira juga boleh datang daripada perasaan sedih. Kenapa macam tu? Tengok la cerita ni. Korang akan faham kenapa..heee

IQ nak tengok sangat cerita ni sebab IQ suka main game dia dari bulan 6 hari tu. Game tu terdapat dalam Google Apps tu. IQ plak bengap ingatkan sekadar game  rupanya ada cerita di sebalik game gituu...haha.


Kan? Dah sampai stage 111 dah. Tak lepas tu sebab susah sket. Game shoot bubbles. Tak susah mana. Kacang jer. Budak budak senang jer nak lepas. IQ jer beria kata payah nak lepas. Heee..

So, meh pakat pakat bawak anak anak pergi tengok cerita ni. Memang best!

ok la. Till then. Bai!

Post a Comment

1 Comments

  1. header baru? hehe. nak tgk la cerita tu. nadia suka cerita cartoons! hehe

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)