Advertisement

Responsive Advertisement

Persiapan Aidilfitri

Salam Ramadhan semua.

Hari ni dah masuk Ramadhan ke-20. Tup tup minggu depan dah raya. Ya Allah...kejapnya rasa...cuti raya pun tak hantar untuk kelulusan lagi...punya la cepat masa berlalu..

IQ ngantuk sebenarnye ni, tadi da terlelap 10 minit kat kerusi, nasib tak der sape yang perasan, nampak tak senyap je IQ membuta, sopan sangat...haha!! duduk opis mesti tersengguk sengguk, (kalau kerja banyak, merungut). Haha!! Biase la, manusia mana pernah merasa puas..

Macam mana persiapan raya korang? IQ mostly da setel da, tak larat nak angkut perut yang memang confirm ramai orang yang akan shopping last minit. Kan? So, ambil langkah untuk shopping awal seawal seminggu sebelom puasa, eh? Kemain awal kan...tu pun ramai yang dah start shopping sebelom puasa, alasan? Tanya dorang, mana IQ nak tahuuu...

Tahun ni mak mertua bagi green light untuk IQ beraya di kampung belah IQ dulu. So, tahun ni IQ balik Terengganu!! Tak jadi beraya di Melaka seperti yang dikatakan sebelom ni.

"Terima kasih mak, nanti raya ketiga kita raya sama2...nanti Balqis belikan baju yer mak? "
*ambik hati itu penting yer anak2...heeee...

Macam biasa, bila balik Terengganu, diaorang iaitu family besar IQ da set kan warna untuk baju raya mengikut tahun, tahun lepas kuning, dan tahun ni hijau lah pulaakkk...jenuh nak cari warna hijau  oiii....ramai kot yang mencari baju raya warna hijau ni...sampai nak cari baju untuk ummi minggu lepas pun asyik habis jer...geram plak...hurmmm...tahun ni mula raya berdua, kemain la nak sedondon..jenuh jugak round Jalan TAR tu nak cari warna sedondon...mujur la masih banyak pilihan masa tu....mujur la..heee...

Apa2 pun, berbelanja lah mengikut kemampuan, jangan ikut nafsu. Yang berduit ke tak berduit ke, sambutlah Aidilfitri ni secara sederhana. Yang penting, kunjung mengunjung sesama saudara, bertanya khabar apatah lagi yang lama tak balik kampung macam IQ ni...setahun sekali baru nak nampak muka kat kampung tu...maaf tok..anak cucu tumpang laluuu...heee

Selamat berpuasa kalian, dan selamat menyambut Aidilfitri! Eh..terawal pulak ucap rayanya...heeeee..

Sekian.
Bai.

Izyan Balqis. 2015.

*** gambar - jenuh nak cari kaler yang lebih kurang sama...lastly sipi2 je samanya....alahai

Post a Comment

4 Comments

  1. Dah kahwin ni kena berbagi la raya ek.
    Hehe..

    Cntik kaler baju korg..

    ReplyDelete
  2. Camtu la gayanya cik ren..hee

    Xbeli pn yg dlm gmbr. Sbb yg tubnk buat reference kaler jer..lepas tu kaler lari. Haha

    ReplyDelete
  3. bila dah ada family ni, 1st thing perkara yg akan dibincangkan.. "tahun ni kita nak raya mana dulu" bukan "tahun ni nak baju raya warna apa" huhu

    ..dan selalunya kesudahannya suami kena tido lua kat ruang tamu kehkehkeh.

    P/s : paling berat bila nak pujuk mak sebab merajuk anak tak balik raya. kadang2 belikan adiah kain baju still tak jalan. kena ubah strategi.. bg duit raya lebih la nampaknya huhu :P

    ReplyDelete
  4. yang tu da dibincangkan awal2, dan memang selalunya akan bertukar2 tempat nak beraya....kena buat sistem giliran jugak lepas ni...XD

    Insya-Allah, mak mentua yang cadangkan, kita menurut perintah jer....duit raya kena tong2 la jawabnye

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)